Detak masa terus berjalan.
Bila sang mentari berganti sang bulan.
Saat tiba Margrib mengambil tempat.Aku melirik ke arah jam.
"Ah, lambat lagi habis waktu. Baru pukul 8.20. Kalau habis waktu pun boleh Qada'. Tengah syok layan Insta ni! Biarlah dulu.."Kau tahu apa?
Si 'pembisik kebahagiaan' bersorak gembira.
Satu lagi anak adam jatuh tersungkur.
Leka dengan dunia.
Ini apa yang 'dia' mahu.Woi!
Sedarlah diri!
Allah beri kau nikmat,
Beri kau cukup lengkap anggota badan.Satu saat,
Allah tarik semua nikmat yang Dia pernah bagi,
Melutut atas padang pasir,
Menangis air mata darah pun belum tentu hajat kau dimakbulkan.Tapi ingat!
Selagi ada masa,
Beringat selalu.
Pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Jom taubat?
YOU ARE READING
KALAM
PoetryKau sakit? Tepat jam randik tidak lagi berputar, kau, selamanya, akan menjadi peneman si 'pembisik kebahagiaan'.