JKL 1

46 1 0
                                    

Hari yang tadinya mendung bertukar cerah. Awan yang tadinya kelabu bertukar putih. Angin yang tadinya kencang bertukar angin sepoi-sepoi bahasa. Siapa yang tak gembira lalui hari yang indah sebegini? Hanya manusia yang tak berperasaan saja tak gembira.

Amar laju mengaturkan langkah menuju ke keretanya. Tetapi dihalang dengan soalan Datin Azila yang sedang menyiram pokok bunga.

"Haih, Amar. Kemana kamu nak pergi pagi-pagi ni?" soal Datin Azila.

Amar yang tak sangka mamanya di situ turut terkejut dengan soalan itu.

"Err.. Amar.. Amar nak keluar kejap mama. Have a little problem" Ah, tipu pun tipulah! Janji tak kantoi!

"What's the problem Amar Iskandar? Bagilah tau mama" ujar Datin Azila. Dia menutup pili air dan letakkan di atas tanah. Lalu menuju ke arah Amar.

'Alamak! Mama kenapa jalan sini pulak!?' desis Amar dalam hati.

"Come, sit here" pinta Datin Azila menyuruh anaknya itu duduk di sebelahnya.

Pasrah, redha, tawakal.

"Mama, kenapa nak ajak Amar duduk? Amar dah lambat nak pergi ni. Nanti tambah lagi masalah" peluh-peluh kecil mula membasahi pipi.

Datin Azila tersenyum.

"Amar, mama cuma nak tau. Apa masalahnya tu. Manalah tau, mama boleh tolong.. Daddy ke" jawab Datin Azila.

"Oh, nothing lah mama. Insyaallah dengan izin-Nya semua akan selesai" ucap Amar. Dia cuba untuk menyembunyikan perkara sebenar.

"Ya ke? Sure? Takpelah kalau macam tu. Nanti kalau ada apa-apa masalah, bagitau ya?" dari tadi dia melihat muka Amar peluh semacam. Seriau, risau, bimbang, khuathir... Ahh semuanya ada dalam hati dia.

'Fiuhhh! Alhamdulillah, terima kasih Allah.. Lepas pun aku dari ujian ni' bisik lega hati Amar.

"Baiklah mama. Kalau ada apa-apa Amar bagitau ya.Amar pergi dulu. Assalamualaikum" ucap Amar kemudian menyalam kedua tangan Datin Azila.

Pandangan kereta Amar dihantar dengan pandangan mata Datin Azila. Kelibat kereta itu hilang dia pun menyambung semula kerja yang tergendala tadi.

••••••••

Kereta myvi milik Amar berhenti di sebuah taman bunga berhadapkan dengan tasik yang indah.

Setelah keluar daripada perut kereta, Amar mencari-cari kelibat seseorang yang amat dirinduinya.

Sedang ralit dirinya mencari, tiba-tiba dia terlanggar susuk tubuh seseorang.

"Prakk" bunyi seperti kaca pecah berderai.

Amar sudah panik apabila melihat seorang wanita terjatuh di hadapannya dengan serpihan kaca bertaburan.

Segera Amar membantu wanita tersebut.

"Awak.. Awak ok tak? Ya Allah maaf. Saya sibuk sangat tadi sampai terlanggar awak. Awak ok?" ucao Amar. Kelihatan wanita itu hanya berdiam diri sahaja. Lagi panik Amar dibuatnya.

"Awak?" panggil Amar. Senyap.

"Awak?" kali kedua Amar memanggilnya. Senyal juga.

Kemudian terdengar suara milik wanita itu.

"Ouch! Sakitnya" terjerit kecil wanita itu apabila terasa tapak tangannya pedih.

Amar yang melihat itu terasa seperti mahu pengsan! Kaca! Beberapa serpihan kaca tersusuk di tapak tangan wanita itu. 'Ya Allah! Apa aku dah buat?'

"Aw... Awak.... Maaf" gugup seketika dirinya rasa. Malangnya nasib wanita itu. Tanpa membuang masa, Amar segera buangkan serpihan kaca-kaca itu dari tangan wanita tersebut. Lalu dia mengoyakkan cebisan daripada bajunya dan melilit tangan wanita itu.

"Eh, takpe awak. Saya ok je ni. Maaf sebab saya yang tak tengok jalan tadi" ucap wanita itu. Ya, sebetulnya dia yang salah kerana membawa barang-barang yang bertimbun itu.

Terpana Amar mendengar jawapan wanita itu. Baiknya perempuan ni. Siapa dia?

Ramai orang menuju ke arah mereka. Eh, eh..... Tadi takdek pulak orang nak tolong! 😝

"Err.. Cik. Biar saya hantar awak pergi klinik ya. Dalam ni lukanya" ujar Amar. Kasihan pula tengok perempuan ni.

(Hahaha.... Mana pegi tah orang yg nak tolong tadi... Maaf ya!)

••••••••••

Selesai sahaja merawat luka perempuan itu, Amar ringan hati pula ingin menghantarnya pulang. Sebagai tanda maaf.

"Oh ya, nama saya Amar Iskandar. Panggil saya Amar je" dihulurkan tangannya kepada wanita itu.

"Err.. Nama saya Sofia Radiah. Panggil je Fia" jawab Sofia tanpa membalas huluran Amar itu.

Amar segera menarik tangannya semula. Adehh! Malu mak oi!

"Terima kasih sebab dah tolong rawat saya. Minta maaf kalau dah susahkan awak" ucap Sofia dengan rasa bersalah.

"Eh, taklah. Itu saya yang nak rawat awak. Emm.. Kalau ada apa -apa call lah saya ya" Amar tersenyum manis ke arah Sofia.

Dup dap.. Dup dap..

Laju jantung Sofia bergerak. Alahai, senyuman dia! Buat aku meltingsss betui!

Err.. Ok Amar. Thanks ya. Insyaallah kita berjumpa lagi" balas Sofia sambil melambaikan tangannya.

"Ok, bye sweetty!" ucap Amar sebelum berlalu. Ahh, apa ini jodohku?





Hah! Macam mana? Ok? Tak? Komen je kat bawah tu. Terima dengan hati terbuka... Hikhik maaf kalau chapter first ni hambar banget! Ampun ya! Mohon vote abang abang yang encem lagi kacak! Dan kakak kakak Ayu lagi comel! Kihkihkih.... Mohon komen ya.. Tq sudi baca!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 26, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JOM KAHWIN LARI!Where stories live. Discover now