Tragedi Beg Berdarah

115 4 1
                                    

Luzern adalah bandar yang tenang. Banyak sejarah. Tasik yang dipanggil The Reuss dan jambatan lama yang dipanggil Spreuer Bridge yang dibina sewaktu zaman medieval. Setelah mengambil pamplet percuma di kedai souvenir, baru aku tahu yang Gunung yang menjadi latar belakang bandar Luzern adalah Gunung Pilatus. Bahasa ibunda disini adalah Jerman.

Di sekitar bandar banyak kedai yang menjual jam buatan Swiss. Termasuklah jam cuckoo. Jam yang ada burung keluar setiap sejam. Dan mengeluarkan bunyi,

"Cuckooooo...Cuckoooo"

Jam cuckoo yang canggih sedikit akan diikuti dengan lagu-lagu. Jam cuckoo ada mechanical dan bateri. Namun rupa bentuk nya hampir sama. Sumber tenaga untuk jam mekanikal adalah pendulum yang berhayun kiri dan kanan dan spring yang harus dikunci. Jam sebegini lebih mahal kerana lebih rumit untuk dibina. Memerlukan ketelitian dan masa yang yang lebih panjang. Seperti grandfather clock besar yang bergema seantero rumah. Selain dari jam cuckoo, ada peti suara kotak musik. Kotak musik yang semua kanak-kanak 80an pernah ada. Kotak musik yang tengahnya ada patung kecil penari balet yang akan berputar mengikut musik apabila kotak itu dibuka. Bezanya disini, ia dijual berasingan. Kau boleh beli peti suara sahaja. Atau dengan kotak. Dan musiknya boleh dipilih. Seperti kotak musik custom made.

Mata aku tertancap pada susunan benda yang berwarna merah. Swiss army knife jenama Victorinox. Pisau lipat serba guna. Basic set selalunya ada dua jenis pisau, satu pembuka tutup botol dan pemutar skru. Lagi banyak fungsi, lebih mahal harga. Kalau di Malaysia, basic set boleh mencecah RM190. Disini hanyalah 20 Swiss Franc atau lebih kurang RM60. Ada juga yang berwarna warni. Namun harganya tidak masuk akal. Set yang sama hanya casing yang limited edition boleh mencecah satu lipat ganda dari harga yang berwarna merah.

Aku ambil satu untuk Angah dan satu untuk aku. Tangan aku ingin mengambil satu set lagi. Beberapa inci sebelum aku mengapainya, aku menarik tangan aku kembali. Berkali-kali aku buat begitu. Ragu-ragu samada haruskah aku ambil atau tidak.

"Hang nak beli untuk Dani ka?"

Yuyu yang muncul disebelahku. Dia baru sahaja memilih sebuah cuckoo clock kecil untuk dihadiahkan kepada ibunya.

Aku memandang Yuyu dengan penuh keliru.

"Aku....hmmmm"

"Ambil ja lah. Yang paling murah pun takpa. Nanti hang menyesal takdak beli apa-apa yang bermakna. Setakat fridge magnet? Nak roboh dah pintu peti ais rumah Dani tu dengan fridge magnet."

Aku mengambil 3 pasang. 2 pasang yang mahal sedikit daripada yang satu. Yang murah sedikit itu untuk Dani.

"Engraving are free for every set that you bought." wanita yang berada di cashier memberitahuku. Wanita mat saleh yang memakai sweater warna kelabu. Rambutnya yang lurus paras bahu sudah penuh dengan uban. Fringe dan rambutnya ia disikat rapi dan dikemaskan dengan cekak berwarna coklat cair. Suaranya lembut dan sedap didengar.  Aku dan Yuyu mengangguk tanda faham dan sambung mencuci mata.

Semua tipikal Swiss merchandise dapat dijumpai di kedai yang comel ini. Swiss army knife, jam Swatch, jam Tissot, cattle bell, jam cuckoo dan oh ya Swiss chocolates! Aku dan Yuyu mengambil sekotak coklat untuk dikongsi. Seperti biasa, ration kami hari ini hanyalah yogurt, pisang dan roti. Aku benci roti disini. Keras seperti kulit kayu. Jauh berbeza dengan roti gardenia atau massimo yang lembut dan berlemak. Roti seperti roti gardenia dipanggil American sandwich bread. 

Ikut hati banyak barang yang mahu dicekup. Tetapi perjalanan kami baru separuh. Nafsu harus dikekang. Kalau tidak, memang melepak dalam bilik hotel atau homestay sahaja lah gamaknya.

"All done? Need me to engrave the Swiss army knife?"

"Yes please. "

Dia menghulurkan tiga keping post-it kepada aku. Suruh aku menulis apa yang aku ingin ukirkan di atas pisau-pisau yang aku ambil. Aku tulis satu persatu. Angah, Ain dan Dani. Aku lekatkan di atas pisau itu tadi.

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now