Chapter 8

43 9 12
                                    

  Taehyung tersenyum "Tapi saya tak akan buat macam tu sebab kalau saya nak, saya kena buat dengan cara yang betul. Iaitu menjadikan awak milik saya." bisiknya di telinga aku lembut. Setiap hembusan nafasnya di telinga aku membuatkan bulu roma aku meremang.

Adakah maksud kata-katanya tadi adalah lamaran? 

Perlahan-lahan wajahnya di jauhkan. Aku menolak tubuhnya kasar. Menyampah! Buat aku gelabah saja sepanjang masa bersamanya. Aku terus menyusun langkah laju meninggalkan dia di belakang.

Taehyung mengekori langkah aku dari belakang. Sisa tawanya masih kedengaran. Sakit hati aku setiap kali terdengar tawanya. Rasa nak tonyoh muka dia tu.

"Tunggulah. Jangan laju-laju." Taehyung menerpa ke hadapan aku. Segera langkah aku terhenti apabila tubuhnya menghalang laluan aku. "Get off!" kata aku kasar.

"Hey, cool down." katanya tenang. Matanya kembali menatap tepat ke dalam anak mata aku, segera aku melarikan anak mata aku.

"Awak cuba nak menggoda saya dengan lirikan mata awak yang sexy tu ke?" soalnya dengan suara menggoda. Aku menelan liur. Aduh! Kenapa playboy ni miang sangat? 

"I'm not! Dah lah, saya nak balik!" aku terus menolak badannya ketepi. Kali ini Taehyung tidak mengikut jejak aku kerana aku perasan tiada yang mengekori. Aku menahan bas.

Jarak antara stesen bas dan rumah aku tidak berapa jauh tetapi perlu berjalan kaki kerana kawasan di jalan ini agak sempit untuk bas lalu.

Aku melalui lorong yang agak gelap. Hanya derapan kasut aku yang kedengaran. Sunyi dan menyeramkan. Muncul satu bayangan hitam dihadapan aku. Dia berdiri dan menyandarkan diri pada dinding.

Aku menundukkan pandangan, beg aku peluk kemas. Langkah aku lajukan sehinggalah lelaki itu menghalang laluan aku. Aku ke kiri dia ke kiri, aku ke kanan dia ke kanan.

"Jalan seorang sahaja malam-malam begini? " tanya dia sinis bersama senyuman yang menyeramkan. "Apa kau nak?!" soal aku tegas.

"Wow! Garang. Hahahah, aku nak kau je." Dia ketawa kuat sehingga bergema lorong itu dengan suaranya.

Aku memusingkan badan ke belakang, ada seorang lelaki berbaju merah sedang menghampiri aku. Sudah, aku terperangkap! Aku kembali menghadap ke hadapan, wajah lelaki itu sudah terpacak di hadapan aku.

Aku selangkah ke belakang mencari ruang untuk membuka seni mempertahankan diri. Dia tetap menapak ke hadapan dan berhenti betul-betul di hadapan aku.

Hembusan nafasnya jelas berbau rokok. Aku benci bau itu, busuk! Tangannya cuba mencapai rambut aku. Aku memulas tangannya kebelakang apabila tangan kotornya hampir menyentuh rambut aku.

Dia menjerit kesakitan apabila aku memulas tangannya kebelakang. "Yah! Tolong aku!" jeritnya. Kawannya yang memakai baju merah itu segera menapak ke arah aku.

Tendangan kecang aku hadiahkan sehingga dia jatuh terjelupuk ke tanah. Apabila aku terleka, seorang lagi memeluk badan aku daripasa belakang, tangan aku dikunci daripada banyak bergerak.

Lelaki yang tadi jatuh terjelupuk ke tanah bangun sambil tangan di perut menghala langkahnya ke arah aku. "Heh, kau fikir kau siapa boleh belasah kitorang? Tak padan dengan perempuan!"

Tanganya lelaki itu mula mengelus pipi ku dan rambut aku. Aku menggelepur untuk melepaskan diri. lelaki ini terlalu berat untuk aku mengangkatnya daripada belakang. Tiba-tiba rambut aku direntap kuat.

Aku menjerit mememinta tolong. "Jeritlah kuat mana pun, tiada siapa di sini." apabila aku terus menjerit dia mengeluarkan pisau dan di acu pada perut aku membuatkan aku serta merta mengunci mulut. "Tahu pun nak diam."

Kali ini aku terasa blouse aku diselak. Pisau diacu pada leheraku. Air mata aku mula menitis. Tolonglah! Sesiapa tolonglah aku!!

"Woi!!" jerit satu suara yang aku tidak nampak berapa jelas kerana mata aku kabur dengan air mata. Lelaki yang memeluk aku daripada belakang melepaskan pelukannya. Aku ingin melarikan diri namun tangan aku direntap semula.

Sekali lagi dia memeluk aku sambil mengacukan pisau di leher. "Diam!" jerkahnya. Aku teresak kembali.

"Kau siapa?" soalnya sinis. "Lepaskan perempuan itu." jawabnya tenang. "Lepaskan?" Lelaki yang berbaju merah itu berpaling kebelakang dan berkata "Wey, mamat ni suruh kita lepaskan perempuan tulah!" meletus tawa mereka berdua.

Tidak semena mereka sudah pun bertumbuk. Aku hanya memerhati sambil menangis. Adakah riawayat aku tamat di sini?

Tiba-tiba aku terasa seperti aku bebas dari pelukan lelaki itu. Aku lihat mereka berlari lintan pukang. Lelaki yang menolong aku itu menghampiri aku. "Cik okay?" tanya dia lembut.

Aku hanya mengangguk. "Rumah cik di mana, saya hantarkan?" Pandangan aku masih kabur tapi wajahnya seolah-olah aku pernah bertemu dengannya.

Aku menatap mukanya. Shakespeare?! Betul ke apa yang aku nampak ni?! Tell me is it real?!

BERSAMBUNG~

Shakespeare 2: Cinta Musim LuruhWhere stories live. Discover now