"Kim Joohyun," Joohyun keluar dari biliknya dan terus turun ke bawah.
"Ya?" Dia duduk di atas sofa berhadapan ibu dan ayahnya.
"Ibu dan ayah kena pergi Itali hujung minggu ni. Dalam dua bulan jugalah. Kamu nak pergi rumah Nahyun?" Joohyun berfikir sebentar.
"Tak nak lah. Hyun duduk rumah je."
"Betul ni?" Dia mengangguk. Ibu dan ayahnya pergi overseas on the spot macam ni bukanlah sesuatu yang luar biasa baginya. Biasa waktu dia umur 14 tahun, parents dia terpaksa pergi ke Sepanyol sehari selepas dia tahu tentang itu.
"Hmm..."
"Okay. Nanti bila ibu tak da jangan bakar rumah ni pula," Joohyun berdecit.
"Tau lah..Ish," Puan Kim ketawa.
"Okay, pergi siapkan kerja sekolah cepat. 9.30 dah ni," Joohyun mengumam sebelum naik semula ke biliknya.
----
"Kerja sekolah aku mana?" Joohyun menghulurkan buku latihan Sehun.
"Than-"
"Bangun," Kata-kata Sehun terhenti bila Cikgu Park melangkah masuk ke dalam kelas.
"Selamat pagi, cikgu." Mereka semua menunduk.
"Okay, duduk." Semua pelajar duduk. Buku dikeluarkan. Terus terasa aura mengantuk datang menyapa.
"Keluarkan kerja yang saya bagi semalam." Di antara semua murid, Sehun lah manusia yang paling bangga sekali. Kononnya dia akan betul semua untuk kerja kali ini.
"Semua buka buku tu dan letakkan atas meja." Tangannya cepat menyelak buku.
Tetapi makin perlahan bila dia langsung tak nampak kertas yang berisi.
"Joohyun. Mana kerja aku?"
"Huh?" Joohyun memandang buku Sehun. Seperti ada batu yang menghempap, dia terus membulatkan matanya.
"S-sorry..S-saya terlupa nak buat.." Sehun membulatkan matanya ke arah Joohyun.
"Sehun dan Joohyun? Ada apa-apa yang nak dikatakan?" Cikgu Park menahan badan dengan berpegang pada meja guru. Kening diangkat.
"T-tak dak apa-apa.."
"Good.." Cikgu Park mula berjalan dan memeriksa buku-buku pelajarnya.
"Oh Sehun." Cikgu Park mengangkat buku Sehun.
"Y-ya?" Lelaki itu menelan air liurnya. Siapa sahaja yang tak ketar dengan Cikgu Park? Dari dulu lagi dia dikenali sebagai 'Cikgu Singa Chemist'.
"Kenapa kosong? Mana kerja yang saya bagi?" Chanyeol menyiku lengan Suho.
"First time dia tak buat kerja sekolah." Suho mengangguk. Betul, walaupun masih ada kesalahan dalam setiap latihan, Sehun tetap akan siapkan kerja sekolahnya.
"S-saya ermm..Saya..Joo-"
"Saya tak nak terima alasan. Berdiri di luar. Sekarang!" Bahu Joohyun terhincut. Dia memejamkan matanya rapat. Sehun yang kena, dia yang terkejut.
"Cepat!" Sehun mengeluh perlahan sebelum berjalan keluar.
---
"Kim Joohyun." Remaja itu menelan air liurnya. Langkah dan niatnya untuk pergi kantin terus terbatal.
"Kau terlupa nak buat. Ataupun kau saja tak nak buat?" Sehun mengangkat sebelah keningnya. Tangan disilangkan di dada. Suho dan yang lain berdiri di belakang Sehun.
Diorang pula yang terasa takut dengan Sehun sekarang.
"Maaf..Saya betul-betul terlupa." Sehun berdecit. Inilah kali pertama Joohyun nampak Sehun macam ni. Sebelum ini, lelaki itu hanya berlawak dan langsung tak ambil serius.
"Kau ingat senang la nak maafkan kau? Aku kena berdiri kat luar satu jam setengah kut." Pelajar yang lalu lalang mula memandang mereka. Tetapi sekali pandang sahaja. Tahu sangat. Sehun mesti tengah membebel pada Joohyun.
Itu apa yang mereka nampak.
"Maaf-"
"Kau-"
"Kau ni memang bukan lelaki sejati kan?" Joohyun terkejut.
"Ji-jimin.."
"Dia dah minta maaf. Kau maafkan je lah. Benda kecil pun kau nak buat besar."
"Dan apa hak kau untuk datang dan defend dia?"
"Mestilah dia ada hak. Joohyun kawan dia." Joohyun memandang ke tepi.
"Jungkook.."
"Aishh..Hero-hero pun dah datang." Tao tersenyum sinis.
"Drama pun dah start..La kan?" Kai menyambung.
"See? Korang terlalu bodoh. Suka sangat buat benda kecil jadi besar. Kitorang datang sebab nak tengokkan dia je. Tiba-tiba korang dah bersemangat nak berlawan. Kenapa? Gementar?" Taehyung memandang mereka sinis.
"Kau! Kau memang bukan kembar aku." Baekhyun menunding jari ke arah Taehyung.
"Baekhyun..Tolong jangan buat lawak bodoh kat sini," Xiumin menarik rakannya sambil berbisik.
"Siapa kembar kau? Even kalau kita betul-betul pun aku tak mengaku punya." Baekhyun menahan geram. Bukan geram sebab hal 'kembar' tu. Tapi geram sebab Taehyung memandangnya terlalu sinis.
"Kau-"
"Sudahlah!" Joohyun menaikkan nada suaranya.
"Eeiii! Kalau nak bergaduh cari tempat lain boleh tak?!" Dia menahan geram.
"Awak, Sehun! Saya dah minta maaf. Kalau awak nak suruh saya buatkan kerja sekolah awak lagi, then I'm sorry. Saya dah tak nak. Korang!" Dia memandang Jimin dan yang lain pula.
"Jangan ada hati nak cari pasal lagi. Rimas tau tak? Rimas?" Dia mendengus geram sebelum terus meninggalkan mereka semua.
Sehun berdecit.
"Korang tunggu..Aku tak habis lagi." Dia terus berpaling dan mulakan langkah.
"Tak nak lah. Tunggu kau buang masa kitorang!" Yoongi menjerit supaya mereka dengar.
"Korang tunggu..Aku tak habis lagi. Bla bla bla." Hoseok memerli Sehun.
----
"Joohyun!"
"Joohyun!"
"Yah, Kim Joohyun!" Jimin terus menarik bahu perempuan itu.
"Apa?" Joohyun berdecit.
"Kau tu yang kenapa! Dari tadi emo tak kena tempat." Namjoon menyambung. Joohyun perlahan-lahan mengeluh.
"Aku tak suka la korang gaduh pasak aku. Rasa rimas," Mereka mulakan langkah.
"Itu je? Perempuan betul. Suka emo," Jin berdecit.
"Hish!"
"Oh, ya! Parents aku cakap mak ayah kau kena pergi Itali kan?" Jimin memandang perempuan itu.
"Bila yang kau jumpa parents kau?" Taehyun menyibuk. Agak pelik, sebab mereka semua tinggal satu apartment.
"Ish kau ni. Zaman sekarang ni orang hidup pakai teknologi. Bukan macam kau. Hidup dalam gua. Jumpa pemetik api pun jakun gila." Jimin membalas.
"Kau ni kan..Ish!"
"Dah la tu..Itu pun nak bergaduh." Joohyun berdecit. Dia berjalan di antara Taehyung dan Jimin.
"Ha'ah..Parents aku nak pergi Itali. Kenapa?"
"Jom duduk apartment kitorang?" Jungkook terus memberi cadangan.
"Huh?" Joohyun memandangnya pelik.
"Jom lah..Bukannya selalu," Seodang per seorang mula merayu.
"Tapi-"
"Please.." Mereka membuat muka comel yang langsung tak comel.
"Haish..Okay lah.." Semua lelaki itu tersenyum kemenangan.
YOU ARE READING
My Bully, My Lover+OSH[Malay](C)
FanfictionKim Joohyun, seorang pelajar perempuan yang sangat baik dan peramah. Tapi, disebabkan hobinya yang suka sangat membaca, dia dibuli seorang pelajar lelaki bernama Oh Sehun. Atau lebih dikenali sebagai kingka sekolah. Maknae sebuah kumpulan yang diber...