Kepala beg aku yang terkena sambal aku lumurkan dengan bedak Carrie Junior yang Yuyu bawa untuk menyerap minyak. Tisu basah bekalan wajib ketika mengembara aku gunakan untuk menggosok keluar kesan minyak sambal ikan bilis. Aku berhenti apabila tiada lagi kesan merah pada tisu. Sambal aku masih selamat didalam peket plastik. Yang terpicit keluar tadi hanyalah minyak yang keluar dari celahan plastik yang diikat dengan getah. Mungkin kerana aku telah menimpa beg aku dengan beg Yuyu telah memberi tekanan sehinggakan minyak sambal melimpah keluar.
Kami teruskan perjalanan dengan beg aku yang ada saki baki bau sambal.
******
Aku dan Yuyu selamat tiba di Affoltern. Homestay kami seterusnya. Rata-rata semua orang di dalam tren seperti tercari-cari dari mana datangnya bau sambal tumis ikan bilis. Rugi la engkorang mat saleh. Tak reti makan sambal tumis ikan bilis.
Sewaktu kami tiba, hari masih terang dan siang. Terlalu lewat untuk sight seeing tetapi terlalu awal pula untuk duduk di apartment mengangkang. Apartment di Affoltern agak mahal. Aku dan Yuyu mengambil apartment studio yang dilengkapi dapur dan bilik air. Kali ini kami tidak menjadi guest. Jadi kami mendapat privasi sepenuhnya.
Kunci bertukar tangan dengan pemilik apartment. Apartment mereka agak basic. Aku masih ingat kata-kata seorang teman yang pernah bekerja disini. Orang Swiss adalah orang yang sangat sederhana.
"Kita nak buat apa ni? Kita stay sini takde breakfast kan?"
"Takda. Aku lapaq makanan Malaysia. Huhuhuhu.." Yuyu menekup wajahnya ke bantal.
"Haaaaa...Aku..." belum sempat aku menghabiskan ayat, Yuyu mencelah.
"Aku tak mau samballll!!! Sambal sambal sambal! Itu ja hang tau. Brahim pun tak mau!"
Aku menggunakan khidmat laman enjin pencarian nombor satu di dunia. Aku meniarap di sebelah Yuyu yang seperti sedang frust menonggeng.
"Yuyu, google kata, ada kedai Asia 2 stesyen je daripada sini."
Yuyu memandang aku dengan penuh harapan.
"Hang nak masak apa?"
"Ntah. Jom la cari idea sama-sama. Dekat-dekat situ ada kedai daging halal. Kita boleh topup stock beras kita sekali."
Yuyu berdiri tanpa membuang masa. Menyarungkan jaket dan memakai boot. Tanpa mempedulikan aku dia keluar dari apartment. Aku yang terkejut dengan tindakan Yuyu hanya merenung ke pintu dalam keadaan meniarap di atas katil. Krikkk Krikk Krikkk. Tak sampai 10 saat Yuyu membuka pintu, merentap jaketnya, membuka boot dan berlari ke tandas.
"Hariam. Aku lupa nak kencin!!!" dari tandas aku dengar suara Yuyu bergema.
"Siaaapppp cepat woi. Aku tak sabaq nak makan makanan Melayuuuu!"
"Solat dulu la gile!"
******
Aku dan Yuyu sudah tiba di depan Liam Hong. Kedai makanan Asia. Sudah beberapa kali Yuyu mengelap air liur. Sudah banyak menu yang menyinggah di kepala otaknya.
"Yuyu. Fokus. Fokus. Menu kita hari ni, gulai lemak cili padi daging dengan pucuk ubi. Sayur pat choy goreng dengan telur masin. Itu sahaja. Lepas tu breakfast dengan bekal kita untuk esok porridge ayam, telur masin dengan ikan bilis goreng cili padi" cili padi memang makanan ruji aku dan Yuyu kalau di Malaysia. Masing-masing hantu pedas. Tambahan pula aku ada darah Negeri Sembilan.
Yuyu mengangguk seperti robot. Sewaktu berjalan dia nampak sepeket rebung.
"Ain..Rebungggg..."
"Letak balik. Letak balik. Kau jangan buat rosak plan. Rebung kena masak dengan ikan baru kena. Aku dah jelak makan ikan" Masalah dunia pertama. Orang di dunia ketiga ada masalah nak dapat makanan. Kau boleh pula jelak dengan makanan.
YOU ARE READING
Destinasi Si Jalang
AdventureIni bukan tentang perempuan yang diselamatkan lelaki kaya dengan kahwin kontrak. Ini tentang perempuan yang sudah tidak percaya cinta. Lalu membawa hatinya ke bumi Eropah. Dalam setiap langkah dia temui, yang salah bukan cinta.Yang salah dirinya yan...