(Bab 1)

43 2 2
                                    

Hujan renyai-renyai menemani amira yang berada di tapak perkuburan. Hati nya begitu sedih tak terperi apabila dia telah kehilang kedua insan yang dia amat sayangi.

Tangan nya tidak berhenti mengusap kedua batu nisan milik ibu bapa nya. Ibu bapa nya selalu menyokong amira dan selalu berada di samping amira, tapi sekarang ibu bapa nya telah meninggalkan nya terlebih dahulu sebelum dia hendak membalas jasa kedua ibu bapa nya.

"Ibu..ayah.. Nape tak bawak ira sekali..? Ira nak ikot ibu dan ayah... Ira tak nak duduk dengan mak cik syila..." air mata amira tidak berhenti jatuh membasahi pipi nya.

Ya, sekarang aku adalah anak yatim piatu yang telah kehilangan kedua ibu bapa. Aku tak nak duduk dengan mak cik syila sebab dia selalu buat aku macam orang gaji di dalam rumah nya. Selalu ada saja yang tak kena dengan apa yang aku buat. Selalu pukul aku, tapi aku redha.

"Ira.. Dah lah tu, jom balik. Mak cik syila tengah tunggu kamu kat rumah tu" jelas pak hamit iaitu pemandu kereta kepada mak cik syila.

"Pak hamit...nanti ira nak pergi selalu kat sini ye..? Nanti ira rindu ibu dan ayah.." kata ku dengan suara yang serak dan juga perlahan namun dapat didengari oleh pak hamit.

"Yelah.. Nanti kita lawat sini selalu.. Pak hamit tak kisah pon, dah jom ye nanti mak cik syila kamu marah pula nanti" balas pak hamit lalu membantu bangun.

Ye, pak hamit bekerja sebagai seorang pemandu dengan mak cik syila, mak cik aku seorang wanita yang kejam dan tak ada hati perut, boleh dikatakan macam dalam cerita cinderella tapi ni lagi kejam.

Masuk saja diperut kereta volvo, pak hamit terus memecut menuju kerumah mak cik syila.

Rumah tak payah cakap lah, besar gedabak macam istana. Yang duduk dalam rumah ni pun tak payah cakap lah berapa orang, ramai.

"Eh dah balik dah anak mak cik seorang ni, sian dia meh sayang" mak cik syila yang baru muncul di muka pintu terus memeluk tubuh ku sambil mengusap-usap belakang. Aku hanya membisukan diri.

Yelah pelik sikit sebab mak cik syila ni tiba-tiba je berlagak baik. Dah kenapa?

"Dah jom masuk, mak cik tau ira penat kan? Ira masuk lepas tu pergi tukar baju ye sayang? Lepas tu turun makan tau?" kata mak cik syila lagi apabila tidak mendapat respon dari aku.

Aku hanya mengangguk lalu terus masuk kedalam rumah besar tersebut.

Dan baru lah soalan pelik yang aku dari tadi fikirkan terjawab apabila melihat ada 3 orang lelaki berpakaian seperti orang business man berada di ruang tamu sambil meminum teh.

Tak dijangka lagi semua ni hanyalah lakonan semata-mata, kejap lagi lepas orang tu dah pergi, confirm mak cik syila tunjuk kan muka sebenar dia.

"Eh ira" salah seorang dari lelaki tersebut menegur ku apabila aku hendak menuju ke dalam bilik. Aku memusingkan badan ku dan memandang ketiga-tiga lelaki tersebut sambil berkerut. Yelah macam mana lelaki yang tak dikenali itu boleh kenal aku kan?

"Mari lah sini, jangan takut. Saya ada benda nak bagi kepada kamu, peninggalan arwah ayah dan ibu kamu" jelas lelaki tersebut.

Aku hanya mengangguk dan terus mengambil tempat untuk duduk. Lelaki tadi hanya tersenyum sambil mengeluarkan satu dokumen dan juga pen. Aku hanya menayang muka blur.

"Tanda tangan dekat sini ye?"

Aku mengalihkan pandangan pada dokumen tersebut sambil berkerut. Surat apa pulak ni?

"Surat apa ni?" soal ku lalu mengambil surat tersebut untuk membaca apa yang di dalam

"Arwah nak saya serahkan segala harta dan tanah ni kepada kamu kerana kamu adalah satu-satu nya abak tunggal kepada arwah, dia ada berpesan kepada saya untuk melanjutkan pembelajaran kamu ke satu kolej dan itu sudah pun saya selesaikan. Yang penting sekarang ni adalah untuk mendapat tandatangan dari ira dan kepastian sama ada hendak melanjutkan pelajaran atau pun tidak" jelas lelaki tersebut dengan panjang lebar.

Cintaku Hanya PadamuWhere stories live. Discover now