Perlahan lahan puan sri mia melangkah menghampiri fariz. "Riz... apa yang telah awak katakan pada shasha sehingga dia begitu marah sekali?", soal puan sri mia ingin tahu. "Sebenarnya saya cuba menasihati dia supaya dia jangan asyik memakai pakaian yang seksi tapi dia marah pada saya pula...", kata fariz dengan jujur. "Hm... Dia tu memang macam tu... keras kepala... tak nak dengar nasihat orang...", kata puan sri mia. Fariz hanya diam selepas itu....
*** *** ***
Shasha menghenyakkan punggungnya di atas kerusi. Rasa marah terhadap fariz masih ada di lubuk hatinya. Dia berfikir tentang apa yang fariz katakan padanya sebentar tadi. dia merasa marah apabila dia teringatkan perkataan pemuda tersebut. Ketika dia sedang duduk seorang diri di situ, muncul pula mummy nya di depan matanya. "Shasha, kenapa awak tiba tiba balik ke chalet ni pula?... awak sengaja nak rosakkan semua program ke?", soal puan sri mia dengan marah. "Si fariz tu... dia asyik cari gaduh dengan saya saja... Berani beraninya dia kata pakaian saya ni sama seperti pakaian perempuan pelacur di tepi jalan... lelaki bermulut celupar tu memang sengaja nak cari gaduh dengan saya....", kata shasha dengan marah. "Eh... memang betul apa yang dia katakan tu... pakaian awak terlalu menjolok mata sebab itulah dia berkata begitu pada awak... sebenarnya awak tu yang salah faham. Dia bukannya nak cari gaduh dengan awak... dia cuma menasihati awak... itu saja...", kata puan sri mia cuba menyedarkan anak gadisnya itu. "mummy selalu menyebelahi fariz. Macamlah fariz tu baik sangat... ahhh!... malaslah berbual dengan mummy ni... lebih baik saya pergi tidur di bilik saja...", cepat cepat shasha bangun lalu melangkah masuk ke dalam biliknya. Tinggallah puan sri mia seorang diri di situ...
*** *** ***
Malam itu seperti biasa puan sri mia tidak dapat tidur. Pelbagai cara dia lakukan tapi matanya masih juga tidak terlelap. Dia berfikir hendak berjumpa dengan fariz tapi dia takut pula kalau shasha melihat mereka berdua-duaan. Mahu tidak mahu dia pun menelefon pemuda tersebut. Seperti biasa fariz menjawap panggilan telefonnya
"Hello..."
"Hello riz... awak dah tidur?..."
"Belum lagi..."
"Riz... sebenarnya saya ingin berjumpa dengan awak di tepi pantai tapi saya takut pula kalau kita kedapatan berdua duaan di pantai tu..."
"Kenapa awak rasa takut?... semalam bukan main berani lagi awak ajak saya keluar kat tepi pantai tu..."
"Saya tengok shasha macam mengawasi pergerakan saya sekarang. Saya tengok dia selalu memerhatikan saya ke mana saja saya pergi... sehinggakan saya nak pergi ke tandas pun dia bertanya... kalau saya keluar malam ni dengan awak tentu dia akan memerhatikan kita secara sembunyi sembunyi..."
"So?..."
"So... kita berbual dalam handphone sajalah..."
Mereka pun mula berbual bual di handphone sehingga mata puan sri mia terasa mengantuk. Dia mematikan talian di handphonenya setelah dia mengucapkan selamat malam pada fariz. Selepas itu dia terus masuk tidur.Sementara itu kelihatan fariz masih duduk di atas katilnya. Dia berfikir tentang puan sri mia. Wanita itu selalu mengajaknya berbual. Berbual tentang pelbagai perkara. Biasanya dia lebih suka berbual tentang kehidupan. Banyak perkara yang sudah dia nyatakan pada fariz. Terutama tentang dirinya, tentang suaminya, tentang anaknya dan macam macam lagi. Dalam diam fariz sangat mengagumi wanita tersebut. Walaupun suaminya tidak melayannya dengan baik tapi dia masih setia pada suaminya.
Dia dekat dengan fariz pun cuma untuk meluahkan keluhan batinnya tapi selama mereka bertemu belum pernah pula wanita itu mengajaknya melakukan hubungan seks seperti mana di lakukan oleh wanita wanita kaya yang di temuinya sebelum ini. Pendek kata dia lain daripada yang lain. Bila dia mengajak fariz berbual dia akan menasihatinya tentang banyak perkara. Ini membuatkan fariz begitu gemar berbual dengan wanita tersebut. Apa yang fariz suka dengan wanita itu ialah kematangannya ketika berfikir. Dia banyak memberikan idea atau pendapat yang tidak pernah terfikir oleh otak fariz sendiri. Ia seakan akan membuka mindanya untuk berfikir secara rasional.
Kadangkala dia sering menegur fariz jikalau dia berbuat sesuatu perkara yang salah. Dia seperti menyedarkan fariz tentang kelemahan dan kesilapan dirinya sendiri. Dari situlah fariz dapat mengecam kelemahan dirinya dan memperbaiki kehidupannya. Kalau bukan kerana wanita itu menolongnya mungkin dia masih menjadi seorang lelaki gigolo sehingga ke hari ini. Nasib baik dia sudi menolong fariz, kalau tidak tak tahu lagilah macamana dia nak teruskan hidup ini. Memang betul apa yang arwah ayahnya katakan padanya dahulu. Jikalau hendak mencari kawan, carilah kawan yang dapat membimbing di saat kehilangan pedoman hidup. Kerana kawan yang baik bisa menolong di saat kesusahan. Bagi fariz, dia menganggap wanita itu sangat istimewa di matanya. hanya puan sri mia seorang saja yang tidak sedar betapa istimewanya dia di mata fariz.
*** *** ***
Sesi photoshoot pada pagi itu di jalankan seperti biasa. Kali ini mereka bergambar di atas jeti panjang yang terletak di tepi pantai tersebut. Mereka bergambar beramai ramai. Masing masing dengan gaya bebas. Di sepanjang sesi photoshoot shasha lebih banyak berdiam diri. Mungkin dia masih marah kerana peristiwa pagi kelmarin atau dia saja bad mood kerana datang haid. Begitu tekaan fariz. Dia malas hendak menegur gadis itu sebab dia tahu shasha seorang gadis yang panas baran. Sebelum mereka bersurai pada petang itu fariz terfikir hendak berdamai dengan shasha. Dia sebenarnya tidak mahu lagi bergaduh dengan gadis tersebut.
Baginya apa yang telah berlaku tu biarkan saja ianya berlalu. Tak perlu bermasam muka hanya kerana perkara sekecil itu tapi masalahnya sekarang dia tidak berani bersuara pada shasha. Oleh kerana dia tidak berani bersuara dan berdepan dengan shasha secara face to face dia pun terpaksa menulis nota kecil untuk gadis itu. "Shasha, Maafkan saya sebab saya selalu saja menyakiti hati awak... saya juga minta maaf kerana mencuri pandang ke arah buah dada awak tempohari. Saya akui saya bersalah dalam perkara ini... apa apa pun saya berharap semoga awak maafkan kesalahan saya... From me:- fariz - ...", begitulah bunyi nota yang di tuliskannya khas untuk gadis tersebut. Setelah dia siap menulis nota itu dia pun menyuruh alisha menyerahkan nota tersebut pada shasha. Kemudian dia melangkah pergi dari situ...
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...