Part 2

41 2 4
                                    

"Opah,opah tak payah lah macam ni,nanti sakit balik"kata Hanis sambil memegang opahnya.
"Aku tak kira!semua duit yang aku kumpul dengan peniaga lain dah kena kebas.aku dah kena tipu!"kata opah sambil menolak cucunya.opah meneruskan langkahnya dengan laju menuju ke kedai penipu itu.sesampainya hanis dan opah,peniaga lain sudah ada disitu.mereka terduduk sambil menangis.duit itu sudah mereka kumpul selama 30tahun dan sekarang ia lesap begitu saja.opah meluru ke arah mereka.
"Kenapa ni?"soal opah cemas.
"Dah takde"kata salah seorang peniaga sambil menangis tersedu sedu.
"Penipu tu dah takde"sambungnya lagi.Opah terduduk.tanpa sedar air matanya berjurai jatuh membasahi pipi.Hanis marah dan geram dengan tindakan penipu itu.
"Rumah dia kat mana?"soal Hanis.salah seorang peniaga di situ memberikan alamat kepada Hanis.
Hanis mengetuk pintu rumah penipu itu berkali kali.namun,tiada jawapan.
"Cik cari siapa?"soal jirannya yg berada di situ.
"Saya cari Encik Khairi,dia ada?"
"Err,saya tak tau"
"Kak,tolong saya,saya cuma nak tahu dia pergi mana jerr,ade perkara penting saya kena bincang dengan dia"hanis merayu.
"Dia baru je pergi ke airport untuk ke vietnam"terang jirannya itu.
"Ouh,ok,terima kasih."balas Hanis lalu berlari meninggalkan rumah itu.
Hanis tiba di lapangan terbang dengan menaiki teksi.Hanis ke kaunter pertanyaan.kapal terbang untuk ke vietnam akan bertolak lima minit lagi.Hanis berlari sekuat hati.
************
Mikail tiba di KLIA.sungguh lama dia tak menjejakkan kaki di tanah air sendiri.dia membuka kaca mata hitamnya.dia tampak lebih kacak tanpa kaca mata.dia mengambil handphonenya dari poket.sudah tiada bateri.tiba tiba seseorang melanggarnya.
"Auch!"jerit hanis.handphone mikail terjatuh ke lantai.
"Saya mintak maaf,saya mintak maaf sangat sangat"kata hanis lalu menyambung lariannya.
''Haish,kurang ajar betul"omel mikail sambil mengambil handphonenya.

hanis melihat melalui tingkap,kapal terbang ke vietnam sudahpun berlepas.hanis melintasi jalan untuk ke sana.tiba tiba..

"Hoonnnnnn"bunyi hon lori tersebut mengejutkan Hanis.tiba tiba seseorang menarik tangan hanis ke dakapannya.hanis menarik nafas lega.hanis sedar dia di dalam dakapan seseorang.Hanis melepaskan tangannya.ternyata lelaki tersebut adalah lelaki sama yang dia langgar tadi.
"Awak okey?"soal mikail
"Terima kasih saya okey"hanis membalas.hanis menangis,dia gagal menangkap penipu dan pemcuri itu.
"Err,kenapa awak nangis?"
"Sebab awak lah!kalau saya tak langgar awak,tak jumpa awak,saya boleh tangkap penipu tu!hanis dah tak boleh buat opah senyum balik"kata hanis sambil menundukkan mukanya yang dibasahi dengan air mata.Mikail tak tau apa yang perlu dilakukan.
"Penipu?"mikail cuma mampu mengungkapkan sepatah perkataan saja.
"Dia dah ambik duit opah dengan peniaga lain,dia tipu opah.duit yang opah kumpul 30 tahun dah takde."terang hanis sambil tersedu sedu.
"Ouh,err,pinjam phone boleh?"kata mikail sambil menunjukkan barisan giginya tanpa rasa malu.
"Nak buat apa?"soal hanis
"Nak call mama saya,bateri dah habis"kata mikail menayangkan phonenya yang sudah mati.
"Nah"hanis menghulurkan phonenya.berkali kali mikail telefon namun tiada yang mengangkat.
"Dapat tak?"tanya hanis.mikail menggeleng kepala.
"Takpelah,terima kasih,saya pergi dulu"kata mikail lalu melangkah pergi.
"Err,awak!!"panggil hanis
Mikail menoleh.
"Saya minta maaf sebab langgar awak tadi dan terima kasih sebab selamatkan saya"kata hanis
"Sama sama"balas mikail dengan senyuman yang manis.

**************
"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"salam dari mikail disambut oleh pembantu rumahnya mak jah

"Eh,Mikail!bila sampai?kenapa tak tak call je..boleh mak mah suruh pak Tam aje yang ambik"kata Mak Jah

"Takpelah mak jah..lagipun Mikail dah call tadi tapi talian tak dapat nak sambung..hp rosak ke?Mikail dah call no rumah dan no mama tapi tak dapat jugak"terang Mikail

"Ouh,sebenarnya tadi Puan risau sangat sebab dia dah call Mikail banyak kali tapi Mikail tak angkat.tu yang dia baling hp tu.habis rosak dibuatnya"

"Ya Allah,Ye ke??Hp Mikail habis bateri,mikail call tadi pon guna hp orang lain"

"Ouh,takpelah Mikail naik lah dulu ye..mak mah masak dulu"ujar mak mah

"Okey,mama mana?"soal Mikail sambil matanya melilau menxari kelibat mamanya

"Puan keluar tadi dengan Maya..katanya nak tenangkan fikiran"jelas Mak Mah

"Ouh,takpelah.terima kasih.Mikail naik dulu"Mak Mah sekadar mengangguk

Setelah Mikail hilang dari pandangan,baru Mak Jah ingat bahawa bilik Mikail berselerak akibat Puan Zulaikha yang marah kan anak terunanya tadi.

Mikail tersentak apabila melihat biliknya yang berselerak dengan buku dan bantal berteraburan diatas lantai.

"Er,Mikail..maaflah ye..mak mah tak sempat nak kemas.tadi Puan Zulaikha yang buat semua ni.mungkin dia terlalu tertekan.biar mak mah kemas ye"terang Mak Mah.

"Eyh,takpelah mak mah,biar mikail je yang buat.Mak mah pergilah masak..mikail boleh buat"

"Kalau macam tu,mak mah pergi dulu lah ye"mikail mengangguk

Setelah selesai mengemas barang yang berselerak tadi,mikail duduk di birai katil.letih sungguh.tiba tiba pintu dikuak.

"Mikail!"
Maya menjerit teruja.cepat sahaja dia menerpa kearah lelaki itu lalu ingin memeluknya.namun Mikail mengelak.Maya jatuh tersembam diatas katil.Puan Zulaikha menjegilkan mata kepada Mikail.Mikail mengangkat kedua tangannya tanda tidak bersalah.

"Mikail tak buat apa pon.dia jatuh sendiri''kata mikail mempertahankan dirinya.

Puan Zulaikha hanya menggeleng.Maya tidak putus asa,dia tetap menunjukkan muka manisnya.

"You lapar tak?I boleh masakkan"tawar Maya.'biarlah tak pandai pon,buat buat pandailah.iklan je ni.perihatin lah konon' getus hati Maya

''Pandai ke?"kata Mikail dengan nada perli diikuti dengan ketawa kecil.sememangnya dia tahu perempuan itu tidak tahu memasak.Dia tidak pernah menyukai perempuan gedik itu.

Maya hanya diam tertunduk malu.

"Er,takpelah.I balik dulu lah.aunty,Maya balik dulu tau"katanya sambil menyalami Puan Zulaikha lalu meluru keluar dari bilik itu

"Mikail ni kenapa?Maya buat salah apa sampai benci dia sangat?"soal Puan Zulakha sedikit dingin

"Mikail memang tak suka dia,ma.Mikail cuma anggap dia sebagai adik je.tak lebih dari tu.tapi mikail rasa dia tu lain macam dah.macam dah suka Mikail''terang Mikail jujur.

"Whatever lah.ni,kenapa mama call tak angkat.risau mama tau tak?best sangat ke London tu sampai tak boleh nak call mama?"

"Bukan macam tulah,ma..Mikail just busy je kat sana..dah lah jadual belajar padat..pastu balik bilik je solat,terus tidur..pagi tadi tu,hp Mikail habis bateri.tu yang tak dapat nak angkat tu..mama janganlah risau keyh?selagi Allah lindung Mikail,inshaallah,takde apa apa yang jadi"kata mikail sambil mengambil tangan ibunya dan diletakkan ke pipinya.

Puan Zulaikha hanya tersenyum.lalu dibawa anaknya kepelukannya.bertuah sungguh mempunyai anak seperti Mikail.mentaati agama,Allah dan ibubapa.

Semanis Cinta HanisWhere stories live. Discover now