Aku langsung tak sedar yang aku telah tertidur malam tadi. Aku bingkas bangun dan meraut wajah ku perlahan. Adakah itu mimpi atau realiti?
Satu ketuk kan menyentak kan aku dari lamunan, aku terus menoleh kearah pintu dan turun dari tilam.
"Ira.. Ooh ira, bangun nak" kedengaran suara mak temah dari luar. Aku terus mengatur langkah ke pintu dan membuka nya, kelihatan mak temah dengan muka pucat nya. Dah kenapa?
"Kenapa mak temah?" soal ku apabila melihat mak temah jadi tak tentu arah.
"Puan syila tu, dia muntah-muntah. Mak temah dah cuba nak tolong dia tapi dia tak nak. Mak temah risau sebab dia muntah teruk sangat" kata mak temah bercampur risau.
Aku yang mendengar tersebut tak tau lah nak rasa apa. Sedih ke? Risau ke? Gembira ke? Semua nya bercampur. Walaupun mak cik syila dah hina aku macam-macam aku tak boleh biar kan dia sebab dia tetap mak sedara aku.
"Biar ira pergi tengok mak cik syila, mak temah pergi sedia kan ubat,minyak angin dan juga air suam ye" mak temah hanya mengangguk faham sebelum beredar. Aku menyanggul rambut ku dan terus menaiki tangga menuju ke bilik mak cik syila.
Buka saja pintu, macam-macam bau ada. Bilik nya sungguh berselerak macam tongkang pecah. Aku ternampak mak cik syila masih lagi nyenyak tidur. Hampir saja aku nak muntah apabila bau muntah mak cik syila tetapi aku harus tabah kan hati untuk membantu mak cik syila.
Aku memghampiri mak cik syila dan mengalihkan botol syaitan tersebut jauh menggunakan apa yang ada. Kelihatan mak cik syila sedang memuntahkan sesuatu di sebelah katil.
"Mak cik syila, sini ira tolong"
"Tak payah tolong lah babi! Kau blah! Aku benci tengok muka sampah kau tu!"
Tengking mak cik syila lalu menolak segala tawaran yang aku buat. Degil betul lah mak cik aku ni.
"Mak cik tu tak sihat, biar lah ira tolong" kata ku tidak mengaku kalah. Mak temah yang baru muncul menyerah kan minyak angin dan juga air suam namun mak cik syila tetap menolak nya.
"Babi kau sial! Jangan kau sentuh aku!" teriak mak cik syila. Aku walaupun di maki di caci aku tak akan mengalah.
"Mak cik syila, mak cik sakit biar lah ira tolong" kata ku tidak berputus asa. Namun aku tetap ditolak,dipukul dan di hina lebih teruk. Apa salah ira mak cik?
"Aku bagi kau amaran perempuan sundal! Kalau kau sentuh aku, aku tak teragak-agak nak halau kau dari rumah ni!" jerit mak cik syila berserta amaran keras.
Aku hanya menundukkan wajah. Kalau kena halau mana nak tinggal? Aku nekad nak bantu mak cik syila walaupun kena halau sekali pun. Aku pun tak tau kenapa.
Dengan segala kudrat yang ada, akhir nya mak cik syila beralah. Aku dengan berbesar hati memberi nya ubat untuk makan dan juga air suam untuk minum. Kepala mak cik syila ku urut perlahan. Memang kepala batu. Memang benar lah kata ibu dan ayah, mak cik syila seorang yang keras kepala.
Apabila melihat mak cik syila nyenyak tidur, aku terus mengemas bilik nya tanpa mengejutkan nya.
Sedang aku mengemop muntah tersebut, aku terdengar mak cik syila meracau-racau macam orang kena sawan sambil menyebut nama seseorang. Dengan segera aku meletakkan mop tersebut dan berlari mendapat kan mak cik syila untuk menenangkan dia.
"Jangan.. Azr.. Azri.. Kau tipu.. Aku benci kau.. Azri sial.. Kau.."
Aku menggosok bahu nya sambil mengurut kepala nya untuk menenangkan nya. Tak jangka lagi kenapa mak cik syila jadi macam ni. Ni mesti bergaduh dengan pak cik azri.
Selepas mak cik syila tenang, aku terus membawa diri ke ruang tamu untuk mengemas apa yang patut. Mak temah sudah pun menyiapkan makanan tengahari. Yelah nak ke mak cik syila makan masakkan aku? Memang tak lah. Sebab apa? Aku tengok dalam drama tu, mak cik yang jahat memang tak hingin nak makan masakkan orang macam aku ni.
Siap saja mengemas apa yang patut, aku terus duduk di sofa sambil mengeluh kecil. Kalau macam ni lah hidup aku, makan banyak mana pun tetap tak akan gemuk.
Aku terdengar orang merengus dan aku segera menoleh. Kelihatan adry yang kusut masai sedang menuruni tangga tanpa pakai baju. Kejap! Tak pakai baju?! Aku segera mengalih pandangan dari adry yang menuju ke dapur sebentar tadi.
Tak guna punya adry. Hari tu abang ramy sekarang ni adry, lepas ni siapa pula?
'Ohok!'
Aku terdengar suara yang tak dikenali batuk dan aku terus menoleh. Lelaki tak dikenali baru saja turun dan menuju ke dapur. Pelik. Siapa lelaki tu? Tak pernah nampak pun. Dengan perasaan ingin tau aku bingkas bangun dan menuju ke dapur. Langkah ku terhenti apabila teringat yang adry berada di dapur.
Aku memusingkan badan hendak beredar namun nama ku dipanggil dari atas. Aku menoleh dan melihat natasya sedang berkemban dengan tuala. Kejap.. Berkemban? Lelaki tak dikenali? Astaghfirullah hal adzim. Tak mungkin.
"Ra, kau amik kan aku air suam, aku malas nak turun, cepat sikit!" dan natasya terus hilang dari bayangan. Aku mengetap bibir. Mak cik syila kenapa biar kan keluarga dia jadi macam ni?
Dengan perasaan sedih yang bercampur marah. Aku terus masuk kedapur untuk mengambil air suam. Langkah ku terhenti apabila melihat adry dan lelaki itu sedang berpelukkan. Ya Allah apa nak jadi ni?!?! Diorang gay ke?!
Habis rosak mata suci ni menyaksikan segala tingkah laku adry dan lelaki itu. Rumah yang macam istana ni aku boleh bayangkan neraka di dalam.
"Kau nak ape?!"
Sergahan adry membuat kan aku tersentak dan segera mengalihkan pandangan. Tanpa memandang adry aku segera mengambil gelas dan menuangkan air panas berserta air suam. Hampir saja cerek tersebut jatuh apabila aku dapat rasa kan ada tangan sedang memeluk tubuh ku.
Dengan secara spontan aku tersimbah air tersebut kepada seseorang itu dan dia mengerang sakit apabila terkena air tersebut. Yelah aku letak air panas lebih dan air sejuk sikit je memang lah sakit bila kena badan kan?
"Sakit lah bodoh!" jerit adry sambil menggelupuh kepanasan.
Rasakan betapa panas nya air tu. Kau tak rasa lagi betapa panas nya api neraka nanti. Dengan segera aku mengambil air yang baru dan terus beredar meninggalkan adry dan juga lelaki tersebut. Meremang bulu roma aku apabila lelaki tersebut dari tadi memandang aku.
Tiba di muka pintu bilik natasya, aku mengetuk dan natasya membuka pintu tersebut. Aku menyerahkan air dan aku terlihat sesuatu sedang bergerak. Kucing ke?
"Kau tengok ape?" soal natasya apabila dia perasan aku memandang sesuatu. Aku hanya menggeleng dan terus beredar.
Aku hendak masuk ke bilik namun ditahan oleh mak temah. Aku memandang nya sambil berkerut. Kenapa pula ni?
"Kamu nak tau kan kenapa semua ni boleh terjadi?" kata mak temah. Aku mengangguk laju.
Mak temah membawa aku ke bilik nya dan mengunci pintu, langsir yang terbuka di tutup rapi. Macam kes ni besar sangat.
"Mak temah boleh bagi tau kamu tapi jangan bagi tau sesiapa faham?"
Aku mengangguk tanda faham, nak tau lah kenapa kan?
"Mak temah akan cerita kan kenapa dan macam mana mak cik syila boleh benci dengan kamu"
Aku mengangguk faham. Dah macam kes besar sampai boleh menghancurkan satu dunia pula dah. Mak temah ni macam perisik pula dah.
"Macam ni.."
"TEMAH!!!!!!!!!"
Kami berdua menoleh apabila mendengar jeritan dari mak cik syila. Ya Allah apa lah pula ni.
⭐⭐⭐⭐⭐
Assalammualaikum, saya nak ucapman terima kasih kepada Omeko-chan yang selalu support cerita saya. Jangan risau saya akan habiskan cerita ni sampai habis (⌒_⌒) thanks for support
YOU ARE READING
Cintaku Hanya Padamu
RomanceAmira nadirah adalah seorang gadis yang baru saja kematian ibu bapa nya, dia telah dipindahkan di rumah ibu sedara nya yang kejam dan asyik mendera nya namun amira redha dengan segala yang ditakdirkan oleh Allah. Dia bertekad hendak menyambung pelaj...