"Jom lah masuk kelas. Dah la kelas first dengan Cikgu Park. Nanti dia bebel pula. Aku tak nak berdiri kat luar," Sehun menjeling Luhan. Terselit unsur-unsur sindiran.
"Kau nak perli aku eh?" Luhan tersenyum nakal.
"Kalau aku cakap ya, macam mana?"
"Dasar manusia." Sehun berdecit. Dia mengangkat begnya dan mula membuka langkah.
"Jap.." Tao yang berjalan di hadapan mereka tiba-tiba saja berhenti.
"Dah kenapa ni?" Tanya Suho.
"Itu..Joohyun jalan dengan diorang," Mereka melirikan mata ke arah yang ditunjukkan.
Joohyun sedang berjalan dengan Jimin dan yang lain-lain.
"Jadi?" Sehun mengangkat sebelah keningnya.
"Tak da lah. Aku cakap je. Kau ni," Tao berdecit dan sambung jalan. Mereka masuk ke kelas dan duduk di tempat masing.
---
Joohyun melangkah masuk dengan yang lain-lain. Nampak sahaja kelibat manusia 'itu', terus hilang mood paginya.
Kerusi ditarik dan beg dihempaskan ke atasnya. Punggung dilabuhkan sebelum dia membuka novelnya.
"Hempas lah beg tu. Dalam tu ada ilmu," Kata Sehun. Matanya langsung tak memandang manusia di sebelah.
"Apa-apa je lah," Dan itu pengakhirannya. Kalau sebelum ini mereka akan sambung bertengkar sampai sekolah habis, sekarang dah berubah. Masing-masing tengah marah antara satu sama lain.
"Wei." Sehun memandang perempuan itu sekilas. Melihatkan dia tiada tanda-tanda untuk menjawab, Sehun menyanbung kata-katanya.
"Kau buat tak kerja sekolah aku?" Tak tau apa nak dikata, tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulutnya.
"Mana lah saya nak tau. Apa masalah awak?" Joohyun berdecit.
"Kau memang-"
"Bangun," Sehun berdecit. Cikgu Park selalu masuk tak kena tempat.
----
"Oh Sehun!" Sehun memandang Chen.
"Kau ni suspicious lah. Kebelakangan ni suka sangat termenung." Chen mengusap dagunya.
"Itulah. Kitorang cakap kau dengar tak?" Kai menambah.
"Huh? Korang cakap apa?" Jelas, lelaki itu nampak bingung.
"See? Kau fikir apa sebenarnya ni?" Baekhyun menjongketkan sebelah keningnya.
"Aku..Aku..Mana ada fikir apa-apa?"
"Sehun. Intonasi kau tu pun dah fake, weyh. Haih lah..Ni mesti kes teringat kat Joohyun ni," Chanyeol tersenyum penuh makna. Sehun membulatkan matanya.
"Hoi!" Dia menekup mulutnya bila semua pelajar mula memandangnya. Kawan-kawannya dah seronok ketawakannya.
"Sehun dah gabra! Kantoi! Sehun kantoi-aduhh!" Chanyeol terduduk semula.
"Thanks Kyungsoo," Kyungsoo mengangguk. Muka dia nampak puas lepas dapat tarik telinga gergasi itu.
"Hey, Sehun.." Suho meletakkan cawan yang telah kosong ke atas meja sebelum dia memandang rakannya.
"Aku rasakan..Kau patut minta maaf lah kat Joohyun," Sehun menganga. Gila ka anak Pakcik Kim ni?! Lepas lima tahun membuli Joohyun, tiba-tiba dia nak minta maaf? Memang taklah!
"Suho..Kau tengah practice untuk masuk Lawak Solo eh? Wei, tak lawak wei..Kau gila ke? Aku? Nak minta maaf kat dia? Tch! Dalam mimpi kau je lah," Sehun melepaskan segalanya. Suho memandang Xiumin sebelum mengeluh.
"Kau ni.. Aku tau kau sebenarnya ego. Sebab kau pun memang dah lama membuli dia. Tapi tak salah kalau nak minta maaf..Kan? Lagipun, kita ada lagi tiga tahun kat sekolah ni sebelum kita graduate..Takkan lah kau nak isi tiga tahun tu dengan membuli?" Sedaya upaya Xiumin menjaga percakapannya. Tak nak lah Sehun terasa pula.
"Tapi-"
"Sehun. Kau cuba jadi cool sikit? Takkan nak minta maaf pun tak nak? Kau lelaki kan? Bukan transgender." Kris menyambung. Sehun mendengus geram.
"Cakap je lah macam mana pun. Aku tetap dengan pendirian aku." Dia terus meninggalkan meja makan mereka.
"Haih la budak tu.." Luhan menggeleng kepalanya.
"Ego.. Macam tu lah jadinya," Kris menambah.
----
Angin yang meniup terasa nyaman. Joohyun memandang pemandangan sekolahnya. Musim luruh dah nak masuk, jadi banyak pokok yang dah mula bertukar warna.
Baru sahaja dia nak rehatkan minda, pintu dah terbuka.
Mulanya dia betul-betul malas nak berpaling, tapi entah kenapa.. Kepala dia tertoleh juga.
Dia terus kaku bila matanya bertemu dengan sepasang mata yang lain. Beberapa saat selepas itu, dia terus berpaling semula.
Sehun..
Kenapalah lelaki itu perlu datang pada waktu-waktu sebegini.
"Joohyun.." Earphone disumbat ke dalam telinga. Dia tak ada mood nak dengar suara lelaki itu.
"Kim Joohyun. Dengar apa aku nak cakap." Sehun bertinggung di hadapan Joohyun. Dia menarik earphone Joohyun dari telinga.
"Yah, apa yang-"
"Diamlah!" Sehun menekup mulut Joohyun.
"Dengar ni." Dia menarik tangannya semula. Lelaki itu berdiri tegak menyebabkan Joohyun terpaksa mendongak.
"Aku..Ehem."
"Aku..Nak..Mi-minta.. Ehem!" Sehun berdehem. Dia menarik nafas dan menghembuskan perlahan-lahan.
"Cepatlah! Saya tak ada banyak masa-"
"Aku nak minta maaf!" Sehun terus menekup mulutnya. Terlepas juga akhirnya. Joohyun mengangkat sebelah keningnya. Hairan pula dia.
"Hah?"
"Aku tau kau dengar dan aku tak akan ulang." Dia memeluk tubuh sambil memandang Joohyun. Perempuan itu mengemas barang-barangnya sebelum berdiri dan membuka langkah.
"Apa-apa je lah," Terus pintu ditutup. Tinggallah dia seorang di situ.
Sehun terdiam. Angin yang bertiup mendinginkan lagi keadaan.
"Joohyun.." Dengan sendirinya nama itu meniti di bibir.
YOU ARE READING
My Bully, My Lover+OSH[Malay](C)
FanfictionKim Joohyun, seorang pelajar perempuan yang sangat baik dan peramah. Tapi, disebabkan hobinya yang suka sangat membaca, dia dibuli seorang pelajar lelaki bernama Oh Sehun. Atau lebih dikenali sebagai kingka sekolah. Maknae sebuah kumpulan yang diber...