part 1

24 1 0
                                    

"JOESONGHABNIDA!"

Tercungap-cungap aku meminta maaf apabila terlanggar namja dihadapanku ini . Sempat aku menjeling ke arah jam di tangan dan setelah itu , kelam kabut aku mengutip buku yang bertaburan di atas lantai . Ah, nasib baik sempat ! Macam mana la aku boleh bangun lewat hari ni ?

Aku menghulurkan buku tersebut sambil membongkokkan badan "Jeongmal joesonghabnida . dengan kasar lelaki itu merampas buku yang berada di dalam genggamanku . Aku tergamam seketika . Kemudian dia menepis lengan bajunya yang kulanggar sebentar tadi . Gaya seperti buang habuk dari badan pulak . Ini sudah lebih ! Tajam matanya menikam anak mataku membuatkan aku terus sahaja berpaling ke hadapan . Geramnya ! Kalau aku tahu Mamat ni sombong , tak ingin aku nak mintak maaf . bongkokkan badan macam nenek kebayan tadi .

Sepanjang aku di sekolah , belum pernah lagi aku jumpa lelaki sekerek Mamat ni . Semuanya baik-baik belaka dengan aku . Ah , tapi... Salah aku jugak rempuh dia tadi . Itulah jadinya bila memecut sampai tak nampak orang ! Baru sahaja ingin melangkah , lelaki di belakangku ini bersuara .

"Jang-nim!"

Dia cakap aku buta ? Sabar eunji , sabar! Aku mengetapkan bibir . Lelaki pendek yang tadinya di belakangku kini betul betul berada di sebelahku . Terus sahaja aku mendongakkan wajah untuk memandang ke arahnya . Tajam sekali matanya menikam anak mataku . Gaya seperti nak ajak gaduh pun ada jugak !

"Kalau aku buta, kau tu apa ? Samseng!?"

Selamba aje aku berkata begitu bersama senyuman sinis di bibir . Berani kan aku ?

Namun, tak sampai beberapa saat bertentangan mata, anak mata terus kularikan ke arah lantai . Gerun pulak aku . Manakan tidak , matanya tidak berkelip . Masih tajam menikam wajahku . Gulp! lebih baik aku blah dari sini .

-Bersambung-

#Apa yang bakal terjadi ? Sama sama kita tunggu chapter 2 .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LET'S FALL IN LOVEWhere stories live. Discover now