Part 1

3 0 0
                                    

Seperti biasa, hari tu mereka rehearsal untuk Shining Diamond D-1. Semua member berlatih seperti konsert sebenar walaupun ia hanya rehearsal. Aku rasa gembira tengok semua member berkerja keras, lagi-lagi wonwoo hyung dah sembuh dan telah bersama diorang. Aku duduk di tepi sambil memerhatikan Hip Hop team membuat persembahan 'Ah Yeah' mereka. Mereka hebat seperti biasa, sebutan, tenaga dan interaksi diorang pun hebat. "Vocalist team sila bersedia" kata salah satu staff konsert. Aku berdiri sambil bergumam lirik supaya tak lupa. Walau dah beratus kali kami nyanyi lagu yang sama, tak mustahil di tengah-tengah persembahan kita boleh terlupa lirik betul tak?

Kami nyanyi lagu 20 dari album debut kami. Kami duduk di atas meja dan kerusi seperti dalam kelas dan seperti masa debut showcase kami yang pertama. Suara Woozi hyung merdu, tambahan lagi suara Joshua hyung yang dia tak terlalu menggunakan suara dia tapi tetap sedap didengar. Jeonghan hyung hebat seperti biasa. Dokyeom hyung... Ah... Dia juga hebat.

Geunde mwol eotteokhae,
Nae apeseo unneun ge singyeong sseuineunde..

Saya tergamam sampai lupa lirik seterusnya, saya sahaja ke atau pun ketika nyanyi lirik tersebut Dokyeom hyung pandang aku sambil tersenyum sama seperti maksud lirik tersebut, kami berada jauh tapi aku nampak dia memandangku dan tersenyum, bukan senyuman bodoh yang dia selalu buat ketika dengan member, tapi senyuman yang.. Simple.. Tapi ikhlas.

"Seungkwan, fokus." Sifat Woozi hyung kembali lagi, dia seorang yang selalu nak semuanya sempurna. Satu silap, dia akan mengamuk. Aku jarang buat kesilapan ketika menyanyi tapi MACAM MANA NAK FOKUS KALAU ADA ORANG PANDANG KITA AISHHH. Memang la ramai peminat pandang kita, itu memang dah set di minda jadi tak la terlalu mengejutkan tapi ini... Baik lupakan. "Fokus Seungkwan" . nasib baik kali nie dia nyanyi dengan baik dan lancar. Member lain tersenyum, Dokyeom tersenyum bangga. Okay... Dia kena pergi sekarang juga.Jantung dia. Kenapa ni?!

Aku bangun sebab rasa badanku sakit-sakit, udara di seluruh badanku sejuk. "Ah.. Kenapa nie..." Bisikku perlahan, takut membuatkan Dokyeom hyung dan Joshua hyung terjaga. Aku baru perasaan suaraku serak-serak dan susah nak dikeluarkam. Tak.. Tak! Jangan cakap aku kena selsema. Memang hidungku sakit sampai ke tekak. Cepat-cepat aku bangun dan pergi ke dapur, nasib baik Jeonghan hyung jenis yang bersedia terlebih dahulu jadi dia simpan ubat di dalam dorm, tak perlu keluar untuk beli ubat. Aku cari ubat sakit tekak dan selsema. Kena minum cepat, sebab hari ni ade rehearsal lagi. Aku tak nak buatkan member risau. Lepas minum air suam, aku balik ke bilik dan cuba untuk tidur. Harap-harap okay la esok.

Esoknya aku tersedar dan bajuku habis basah, kepalaku pening. Tolong la... Jangan la buat aku macam nie.. Bisik aku sambil menutup mata untuk hilangkan rasa pening. Dino masuk "Seungkwan hyung, jom makan. Nanti kita dah nak pergi rehearsal." Aku pandang Dino dan tersenyum. Cuba untuk buat tak ada apa-apa yang berlaku. "Oh okay, nanti hyung datang, hyung mandi" Dino perhatikan aku lama "hyung okay tak? Kenapa baju hyung basah ni?" Aku tak suka menyusahkan dan membuatkan member lain risau. Aku tak suka tengok muka Dino yang risau sekarang. "Ishh tadi hyung mimpi ngeri, tu yang berpeluh macam ni. Jangan risau okay?" Dino diam dan mengganguk. Dia berjalan keluar. Aku pegang kepala aku, cuba terbaik untuk bangun dan masuk ke bilik air.

Aku memang cuba yang terbaik hari ni. Kepala aku sakit macam nak pecah, tekak aku sakit. Nasib baik aku pandai cover suara aku. Semua member nampak macam tak perasan keadaan aku sekarang. Aku menghela nafas lega. Bila aku duduk ada tangan pegang dahiku, aku terkejut bila tahu siapa yang buat macam tu "D-Dokyeon hyung!" Aku melonjak. Dokyeom hyung diam dan mukanya serious.. Okay... Sekarang.. Dia dah jadi Seokmin hyung. Aku akan panggil hyung dengan nama sebenar dia bile kami hanya bersama. Dia cakap Dokyeom seorang yang periang, dan suka membuatkan suasana jadi ceria. Tapi Seokmin , Seokmin adalah seorang yang serious, bertanggungjawab. Sebab tu bila kami bersama , dia lebih jadi Seokmin dari Dokyeom. "Kenapa... Kau tak bagi tahu hyung? Jom kita balik" kata Dokyeom hyung. "T-tapi Seokmin hyung-" aku terdiam ketika mata Seokmin hyung memandang aku dengan tajam. Aku tahu aku tak boleh membantah. Kami pergi ke Woozi hyung dan Seungcheol hyung. Mereka faham dan menyuruh aku berehat sementara boleh.

Aku baring di atas katil, menunggu Seokmin hyung ambil ubat dan memasak bubur untukku. Seokmin hyung sejak one fine day realiti show mereka, dia jadi makin pandai memasak. Aku malu nak cakap tapi bila ngan Seokmin hyung... Aku jadi seperti budak kecil yang nak kasih sayang. Tapi dalam waktu yang sama, Aku tak nak menyusahkan hyungnya itu. Seokmin hyung masuk dan membawa semangkuk bubur dan air suam. Aku cuba untuk duduk dan tersenyum "ah.. Gomawo hyung.. Mian.." Aku bisik perlahan. Seokmin hyung keluarkan lagi senyuman yang aku nampak ketika rehearsal hari tu. Jantung aku.... Tolong jangan sekarang. Nanti kalau Seokmin hyung dengar. Aku cuba ambil sudu tapu Seokmin hyung pegang tangan aku. Rasa macam kena elektrik. Cepat-cepat aku tarik tangan aku. Seokmin hyung terkejut. Aku cuba tersenyum. "Hyung... Aku nak makannn" aku berlakon seperti biasa. Seokmin hyung ketawa "biar hyung suapkan." Senyumanku pudar. "S-suapkan?!" Aku tak sangka walaupun suaraku serak tetap boleh sampai ke note tinggi. Seokmin hyung pandang aku dengan pelik. "Ye, kan dah banyak kali hyung suapkan kamu" betul kata Seokmin hyung. Kenapa sekarang aku nak malu pula? Aku diam sambil Seokmin hyung suapkan aku.

"Seungkwan." Suara Seokmin hyung memecah kesunyian. Aku cuba pandang wajah Seokmin hyung. Dia cemburu. Seokmin hyung ada suara yang merdu, muka yang kacak dan pandai menari. "Nae?" Seokmin hyung mengacau bubur tu perlahan sambil diam seperti dia sedang memikirkan sesuatu. Aku menunggu dengan sabar untuk Seokmin hyung sambung perkataan dia. "Kamu tahu kan.. Yang hyung pedulikan kamu, jaga kamu dan bersama dengan kamu ketika kamu dalam kesusahan kan?" Aku mengangguk. "Macam mana...kalau semua tu adalah bukan sebagai kawan.. Tapi lebih?" Sambung Seokmin hyung. Aku tergamam... Cuba untuk ingatkan balik semua yang Seokmin hyung cakap... Lebih? Dari kawan? Seokmin hyung letak mangkuk ke atas meja dan ketawa. Ni bukan Seokmin.. Ni Dokyeom... "Lupakan, baik kamu makan ubat dan berehat. Hyung ada di ruang tamu okay?" Dengan cepat Seokmin hyung keluar seperti melarikan diri dari aku. Aku tak suka... Bile Seokmin hyung bertukar ke Dokyeom hyung.

-bersambung-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SimpleWhere stories live. Discover now