TAK SEMUA

37 3 0
                                    


Aku tahu aku salah!

Aku Tahu Aku Salah!

Aku janji nak berubah!

Tak..semua perkara..aku buat sengaja..

Tak..semua cara..aku betul semua..

Tak..semua benda..aku ingkar belaka..

Tak..semua.. Tak semua.


Tak pernah rasa diri diajar masa kecil penuh perhatian,

bukan maksudku tali pinggang dan rotan, 

bukan maksudku mak abah salah bagi ajaran.

tapi yg ku mahu seni utk bezakan itu ini, terbalikkan kanan dan kiri. 

tak gemar ilmu menghisab tapi ku cepat tangkap bila gambar wayang di tayang 

dan suruh kita bayang. aku pasti menang.


dari sudut mentaliti dari ku bayi mungkin sampai ku mati, 

kadang rasa diri ini berfalsafah, kejap fikir mencapah.

 tapi ada tahap ku fikir diri ini semacam sampah.


kadang aku kurang sopan bila berhadapan dengan semua manusia yg punya perasaan.

Tak perasan aku tak perasan Tapi ku perasan 


bila orang simpan dalam hati apa yang aku lakukan.

Dari bangku sekolah rendah & tingkatan izajah graduan 

hingga tahap bila ditempat kerja aku diberhentikan,

bercakap lepas, gurau tak kira paras, tak suka kata ku dibalas, 

itu yang buat sering dipandang semacam bawah atas.


Tapi bukan makna ku nak jadi macam politikus yg rakus menghembus segala fakta auta di kaca tv

Cuma mahu rasa kewujudan dalam kehidupan ini panjat pokok tinggi, main kahwin-kahwin dengan anak jiran sendiri.

Tapi, bila depan keluarga, tiada kawan, aku keliru mereka segan atau bunian?

Kadang ku rasa hina, aku manusia atau cuma bayang bayang mereka yg rupawan.


Kalau dalam rumah sendiri tak tahu nak luah hati,

kat siapa lagi, aku nak ulas terulas? tak sempat kupas,terus pulas,

elok tadi buah, terus busuk jadi baja. Kecil dipaksa suka Tuah kesayangan raja,

Kini Jebat dikata derhaka itu idola dan aku mahu bela!


Bela dan bela hati sendiri, tanam pendam sekali dengn mimpi ngeri

Sakit sendiri, hati sendiri jadi duri di family

Baik hindar diri, dari jadi bahan buli dan punca maki


Hati ku memang rapuh, ingin isi rumah penuh 

macam dulu kolah air rumah atuk yg berkeruh, 

memori warna lantai simen bancuh, semua gopoh gaduh nak lompat masuk jadi jagoh.

utk semua pesta acara raya, kenduri kendara, sedara mara cukup semua dari subuh

sampai isyak, bercerita, tangis gelak kadang dengar bunyi budak teriak, 

sebab mak dia dah galak berborak suara kalah gagak.

Jadi mungkin aku tak asyik bayang borak sendiri, bina dunia rawak,

Palsu tipu, jadi macam watak. sendiri nangis sendiri gelak. serupa orang gila talak. 


Tak..semua perkara..aku buat sengaja..

Tak..semua cara..aku betul semua..

Tak..semua benda..aku ingkar belaka..

Tak..semua.. Tak semua.


-AKUKETAM-

AKU.Where stories live. Discover now