Manusia terkecuali. Duduk dalam ramai tapi tetap rasa sunyi.
Aku memang begini. Manusia terkecuali. Manusia terkecuali.
Aku belum mati tapi sering sepi, mungkin bila ku mati, baru rasa dihargai?
Bukan untuk dibangga, tapi sebagai tanda laungan TOLONG yang aku pinta.
Baik ku undur diri, duduk seorang diri, teman kepul kepulan halus halusinasi.
Dari komunikasi, interaksi, tapi kelak, ku sakiti, mereka dan juga aku sendiri.
Aku sering tindak ikut gerak hati, tapi ramai kata ikut hati pasti mati.
Tapi ku bukan jenis senang reka rencana dari A sampai Z, mula situ habis sini.
Aku punya anxiety, takut untuk fikir apa bakal kita hadapi, aku pun tak pasti.
Aku tak punya zaman riang kanak happy macam kau tengok sang Barney di kaca TV.
Manusia terkecuali. Duduk dalam ramai tapi tetap rasa sunyi.
Aku memang begini. Manusia terkecuali. Manusia terkecuali.
Ku tak punya lawan, sebab ku tiada kawan,
tak punya kumpulan yang punya cara sama bersalaman
Sering tukar sekolah kerap berpindah randah,
Dalam 6 tahun saja aku ada 5 sekolah rendah!
Keliling tiada jiran, aku seorang bila waktu main petang
ku hanya berteman ladang dan juga kandang
Reka kawan imaginasi nak ajak main lari-lari
sebab nak tambah kawan dalam diri.
Bila besar aku sering bercerita dalam nada jenaka, tampak lebih mudah diterima
Tapi dalam masih anak kecil teringin terjun sungai dan juga main sepak bola.
Aku memang ganjil bila dalam kumpulan, lain dari apa yang mereka mahukan.
Semua dah ku turutkan waktu berkawan tapi mungkin mereka mahu orang siuman?
Pernah hampir ku hilangkan diri,
pelbagai cara dari sembunyi, berlari, meditasi dan hampir OD!
Tersentak terus ku mandi macam buang badi,
buka pili tapi keluar bunyi "Apa kau mahu lagi?"
Manipulasi? Promiskuiti? Tak kenal diri?
Mahu bunuh diri? Jangan kau pergi?
Manusia terkecuali. Duduk dalam ramai tapi tetap rasa sunyi.
Aku memang begini. Manusia terkecuali. Manusia terkecuali.
-AKUKETAM-