Harapan

6.9K 94 14
                                    

Seminggu kemudian...

"Da jumpa dia? Aku da bagi kau seminggu untuk cari dia! Mana dia sekarang huh?!" Long Zim sudah hilang sabar dengan dia menumbuk orang kanannya yang bergelar Apek. 

"Aku tak tau Long! Aku da cari dia dah! tak jumpa Aku tak tau mana dia sembunyi, kau kasi aku masa sikit lagi aku akan cari sampai dapat! Aku janji!". Apek yang ketakutan di situ kerana takut Long Zim akan bunuhnya. Long Zim mencengkam pipinya dan berkata " Kalau kau tak dapat dalam masa dua minggu ini aku bunuh kau dengan famili kau sekali faham tak?! Belah aku tak nak tengok muka kau!" 

Farah terpegun dengan rumah banglo putih suci yang dikenakan dengan tingkap warna biru terang. Ini rumah ke istana? pelbagai pujian yang tersirat di hati Farah. "Cik Haris.. ini rumah Cik Haris ke? da macam istana saya tengok seumur hidup saya tak pernah nampak rumah secantik ini" Haris tergelak kecil. Sesungguhnya dia juga tidak tahu kenapa dia mahu membawa gadis ini tinggal di rumahnya. Sudahlah rumah bujang. Niat hanya membantunya tak salahkan?

"Ya, ini rumah saya terima kasih atas pujian itu dan Cik Farah bolehlah masuk dalam nanti saya kenalkan dengan Mak Jah orang gaji rumah ini dan suaminya Pak Mat driver saya tapi dia di rumah abangnya sebab ada urusan di kampung jadi dua hari lagi la dia balik kesini" Farah mengangguk dan terus masuk ke dalam rumah Haris. Waaaah! di luar sudah lawa apalagi didalamnya lagi lawa! kaya betul cik Haris ni.

"Mak Jah! Oh Mak Jah!" terlihat kelibat seorang orang tua gayanya seperti 50an yang keluar dari ruang dapur. "Ya Haris, ada apa-apa boleh Mak Jah tolong?" Mak Jah yang baru perasan Farah terus berkerut. Tak pernah-pernah Haris ini bawak perempuan ke rumah, ada apa agaknya ya?

"Mak Jah ini Farah mulai dari hari ini dia tolong Mak Jah apa yang patutlah lagipun Mak Jah kan dan tua tak mampu nak buat kerja berat, jadi saya ambik Farah sebagai orang gaji dan juga dia kan tinggal disini, Mak Jah boleh tolong tunjukkan bilik kosong kat sebelah bilik Mak Jah? Biar Farah duduk disitu dan lagi satu biar Farah rehat dulu sebab dia baru keluar dari hospital" Farah terus menyalam Mak jah dan memperkenalkan diri. Mak Jah tidak mahu menanyakan apa-apa tentang luka di kepala itu walaupun membuak ingin tahu tapi dia simpan niat di hati kerana tidak mahu beratkan lagi keadaan. Mak Jah menurut perintah Haris untuk menunjukkan bilik tersebut.

"Terima kasih Mak Jah dan Cik Haris sebab terlalu baik dengan saya. Saya amat berhutang budi pada Mak Jah dan Cik Haris". Haris hanya senyum dan berlalu pergi ke pejabat. Mak Jah pula minta diri untuk pergi ke dapur. 

Malam yang dingin sunyi membuatkan hatinya lagi tenang. Duduk di pondok bersebelahan dengan kolam air renang lagi amat menenangkan. Selama setahun aku diseksa di tempat kotor itu. Dengan sekelip mata aku tidak suci, membunuh kandungan yang tidak berdosa dan lebih teruk lagi berzina. Ya Allah ampunkanlah dosa aku! Ibu Ayah tolong Farah! Tolong Farah! 

Aku hanya dapat meraung di hati sahaja. Sememangnya ingin meraung sekuat mungkin tapi disini rumah orang, rumah Haris pasti ada batas-batasnya tumpang rumah orang.

"Farah.." Aku cepat-cepat menepis airmata. Haris duduk bersebelahan Farah dan tenung lama padanya. "Farah kenapa nangis? Farah teringat sesiapa yang pukul Farah ke?" Soalan yang amat drastik di telinga Farah. Macam mana dia tahu aku kena pukul? Aku tercakap kuat ke tadi? Eh tapi kalau aku cakap pun aku tak ada lah sebut pasal pukul. 

"Pukul? Mana ada Cik Haris, Tak ada orang pukul sayalah.. ada je Cik Haris ni. Saya masuk dalam dululah" Dengan pantas Farah bangun belum sempat ingin berjalan Haris sudah genggam tangan dan dan menyelak baju lengannya. Farah terkejut dengan perbuatan Haris yang tidak disangkan. Alamak macam mana pula dia boleh nampak. 

"Ni apa Farah?! banyak sangat bengkak-bengkak?! Lagi satu kenapa awak lari keluar dari lorong pelacur? Awak ni siapa? Saya hanya ingin tolong awak dan ceritalah semua kat saya biar ringan sikit beban awak itu" Aku buntu disitu tidak tahu apa yang harus lakukan.

"Saya...Saya.."


Aku tidak ingin beginiWhere stories live. Discover now