Doktor Ariana

180 12 1
                                    

6:00a.m.
Kring..kring..kring..
Tubuh yang lesu membuatkan Ariana berasa malas untuk bangun mandi dan bersiap, bagi memulakan hari-harinya sebagai seorang Doktor.Tetapi digagahkan juga untuk bangun.Dimanakan tidak,boleh dikatakan setiap hari dia terpaksa pulang ke rumah pada pukul 1 atau 2 pagi.Bertugas sebagai seorang Doktor di Mount Elizabeth Novena
Hospital,Singapore.Membuatkan Ariana terpaksa tinggal berjauhan,dari keluarga tersayang yang berada di Malaysia.Walaubagaimana pun,menjadi seorang Doktor merupakan kerjaya yang di inginkan sejak berada di bangku sekolah.

Selepas mandi dan menunaikan kewajibannya sebagai umat islam,dia terus bersiap-siap untuk pergi je hospital.Hari ini,dia mengenakan seluar jeans berwarna hitam dan disuaikan dengan blaus berwarna putih, serta dipadankan dengan tudung selendang berwarna purple,membuatkan dirinya nampak ringkas tetapi anggun.Memiliki kulit muka yang putih dan cantik serta bentuk badan yang menarik,membuatkan segala pakaian yang disarung sentiasa sesuai untuk dirinya.Tetapi sebagai seorang perempuan yang bersifat merendah diri,Ariana tidak pernah bersifat menunjuk-nunjuk dengan segala keistimewaan yang diberi oleh Allah SWT.

Jam di dinding menunjukkan pukul 7:30 a.m.Dia perlu segera pergi ke hospital bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Doktor.Di hospital,dia merupakan antara Doktor yang amat dikenali kerana sikapnya yang prihatin dan mempunyai personaliti yang menarik.Namun di dalam keprihatinannya,masih ada sifat tegas yang ditanam sejak di bangku sekolah.Ini kerana,dia merupakn salah seorang pengawas di Sek.Men.keb Bukit Kuching Tengah.Untuk pengetahuan juga,terdapat beberapa Doktor lelaki yang cuba untuk memenangi hati Ariana,namun tidak berjaya.Mungkin disebabkan cinta hatinya yang berada di Malaysia?

WAITING FOR YOUWhere stories live. Discover now