Lif Blok B

123 6 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Usai solat subuh, Faris menggapai telefon bimbit yang terletak diatas meja kecil bersebelahan katil. Deringan telefon mengganggu kekhusyukan solatnya sebentar tadi." Siapa pula yang telefon pagi-pagi buta ni?" persoalan yang bermain di benak Faris. Tertera di skrin nama Wak Man penyelia tapak projek Kondominium Sri Selasih. Sekali lagi telefon bimbit itu berdering nyaring "Assalamualaikum Wak, ada apa telefon saya awal subuh ni?" soal Faris sebaik sahaja talian bersambung.

"Bos! seorang lagi pekerja kita mati di dalam lif blok B!"  menggeletar suara Wak Man menyampaikan berita buruk.

"Hah! siapa Wak?" jantung Faris bagai disentap. "Adi!...kami jumpa dia mati dengan lehernya hampir putus di dalam lif," terang Wak Man. "Ya Allah!...saya ke sana sekarang juga!" Faris bergegas bangun dari sejadah untuk bersiap ke kondominium Sri Selasih. Dua orang pekerja binaan terbunuh di dalam tempoh dua minggu. Kerja pembinaan sebenarnya telah hampir selesai hanya memastikan segala kemudahan berfungsi dengan baik. Sepatutnya minggu ini pihak pengurusan akan mengagihkan kunci kondominium kepada pembeli. Akibat tragedi ini Faris terpaksa memikirkan alasan terbaik untuk menundakan penyerahan rasmi kepada pemilik kondo.

Paling membingungkan Faris, apa sebenarnya yang terjadi? Kenapa kedua-dua pembunuhan itu terjadi di dalam lif yang sama? Sinaran dari lampu siren kereta polis menerangi kawasan kejadian. Beberapa orang polis sedang mengusung mayat yang diselimuti plastik berwarna hitam. Selepas berbicara dengan beberapa orang polis di situ, Faris berjalan menuju ke tempat kejadian.

Tali kuning telah dipasang untuk mengelakkan sesiapa pun dari menceroboh masuk kedalam lif yang masih dikotori darah Adi. Bau hanyir darah menusuk ke rongga hidung Faris sehingga menimbulkan rasa mual. Dia berdiri menghadap lif yang dibiarkan pintunya terbuka bagi memudahkan pihak forensik melakukan penyiasatan.

"Cik, ni kerja pembunuh bersiri ke?" soal Faris kepada salah seorang ahli forensik.

Suraya menoleh kearah suara yang menyapanya dari belakang. "Tak tau lagi Encik, belum dapat dipastikan lagi."Suraya menjawab ringkas.

"Cun gak awek ni...hissyy...apa aku ni! Pekerja kau baru jer mati sempat lagi nak mengurat...Astaghfirullahalazim...," getus hati Faris sambil bibirnya tersenyum nipis mengenangkan gelagat sendiri.

Suraya berjalan keluar melepasi tali kuning sementara tangannya membawa bungkusan plastik berwarna jernih. "Cara kematian sama dengan mangsa pembunuhan yang lepas. Leher hampir terputus dan terdapat beberapa kesan calar yang dalam dibeberapa bahagian dilengan dan badan." Suraya menjelaskan dengan terperinci kepada Faris.

"Bila kami boleh tahu keputusan siasatan?" Faris mengambil peluang mengerling kearah tanda nama di baju Suraya.

"InsyaAllah Encik paling cepat pun keputusan akan keluar minggu depan. Pihak polis akan menghubungi Encik," ujar Suraya. Sebaik Suraya berlalu pergi, Faris memberanikan diri merapati bentangan tali kuning. Mata Faris melingas melihat ke dalam ruang lif. Tangannya menutup hidung menahan bau hanyir darah.

Lif Blok BWhere stories live. Discover now