Cikgu Thaqif

2.2K 89 14
                                        

Kapten Thaqif terasa dirinya diangkat oleh beberapa orang guru lelaki. Kapten Thaqif membuka sedikit kelopak matanya untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh mereka. Lakonannya perlu nampak 'real' . Lakonan Kapten Thaqif untuk jatuh pura-pura pengsan wajar diberikan anugerah pelakon terbaik.

Kapten Thaqif terasa dirinya di letakkan di atas benda yang lembut. Sama ada di atas sofa ataupun atas tilam. Kapten Thaqif dibawa masuk ke dalam bilik kesihatan

"So, macam mana ni Cikgu Pawi?"

Kedengaran seorang guru bertanya kepada cikgu Pawi dan guru lelaki lain.

"Entahlah, macam ni. Aokme balik semula ke perhimpunan. Biar aku tengok dulu Kapten Thaqif ni. Kejap lagi aku renjis air dekat muka dia ni.
Mungkin dia pengsan sebab terkejut je ni"

Jawab Cikgu Pawi.

Maka cikgu lelaki yang lain meninggalkan Kapten Thaqif dan Cikgu Pawi.

" kah...kah..kah.. Dahlah berlakonnya Cikgu. Aku tahu dah taktik cover malu macam ni. Dulu masa konvokesyen aku dulu. Aku pernah jatuh masa nak ambil scroll depan Dekan. Bagi mengelakkan malu. Aku buat-buat pengsan. Lakonan aku berjaya sampai diorang bawa aku ke hospital. Kah..kah..kah."

Gelak Cikgu Pawi.

Kelihatan Kapten Thaqif membuka matanya perlahan-lahan.

"Aduhh.. Kantoii la ni. Hehehehe... Harap Cikgu Pawi rahsiakan perkara ini"

Jawab Kapten Thaqif meminta belas ikhsan.

"Hahahaha. No hal. Kecik punya hal tu. Eh jangan lupa. Habis perhimpunan pagi ni. Kau terus ke bilik guru besar. Jumpa dia dulu. Sekarang kau rileks sini dulu. Karang kalau kau keluar sekali dengan aku. Kantoi pula lakonan kau. Kahkahkah"

"Hehehehe baiklah Cikgu Pawi. Eh apa nama penuh cikgu?"

Tanya Kapten Thaqif.

"Nama penuh aku Pawi bin Khairul Idham"

Cikgu Pawi meninggalkan Kapten Thaqif yang terpana mendengarkan nama penuh Cikgu Pawi.

"Macam nama pelumba motor 3 negara je ni. Tapi kenapa nama dia terbalik ?"

Bebel Kapten Thaqif keseorangan. Lebih kurang 15 minit perhimpunan pagi telah tamat. kelihatan guru dan murid-murid telah bersurai menuju ke kelas masing-masing. Kapten Thaqif mengintai dari sebalik tingkap bilik kesihatan dan kelihatan Cikgu Pawi sedang menuju ke arah beliau.

" Thaqif. Jom. aku bawa ke pejabat untuk berjumpa dengan guru besar"

"Baik cikgu Pawi. Jom"

Pejabat SK Benta berada di bangunan utama sekolah tersebut. Bangunan tersebut mempunyai 4 tingkat yang menempatkan pejabat, bilik guru, kelas tahap dua, perpustakaan, bilik kesihatan, bilik kemahiran hidup, makmal sains, gym, kolam renang, shopping mall, zoo , taman tema, kedai runcit , 7 eleven dan tempat pelancaran roket dari NASA.

Kapten Thaqif mengikuti Cikgu Pawi ke pejabat. Sambil-sambil berjalan, Cikgu Pawi dan Kapten Thaqif berbual-bual.

"Kamu asal mana Thaqif?"

"Saya asal dari Selangor Cikgu"

"Oooo ..Selangor dekat mana?"

"Dekat Shah Alam, Cikgu"

"Ooo. Ah.. Sampai dah pejabat. Kamu masuk ke pejabat dulu. Jumpa guru besar."

Terang Cikgu Pawi

" Errr..Apa nama guru besar kita Cikgu Pawi?"

"Hehehe kamu tanyalah dia sendiri. Dah pergi masuk dulu"

Kapten Thaqif melangkah masuk ke pejabat. Kelihatan dalam pejabat tersebut menempatkan 4 bilik. Bilik guru besar, GPK 1, GPK HEM dan GPK Koko. Kelihatan juga pembantu am rendah serta pembantu tadbir berada di meja mereka. Mereka menyedari kehadiran Kapten Thaqif disitu. Dengan senyuman yang penuh ramah kerani sekolah menegur Kapten Thaqif. Pembantu tersebut merupakan seorang wanita yang berusia lingkungan 40 tahun.

"Assalamualakum. Ada apa-apa boleh saya bantu?"

"Waalaikumusalam kak. Saya guru baru disini. Saya datang nak berjumpa guru besar sebab nak lapor diri. Guru besar ada ke kak?"

"Ooo.. Guru baru. Ada..ada. Kejap ye. Akak beri tahu dia"

Kelihatan pembantu tadbir sekolah mengetuk pintu bilik guru besar dan mengatakan sesuatu. Dalam beberapa saat kemudian, pembantu tadbir tersebut memandang kembali kepada Kapten Thaqif.

" Cikgu. Silalah masuk."

"Terima kak. Sebelum tu nama saya Thaqif. Selamat berkenalan kak"

"Ooooo. Thaqif. Sedap nama tu. Orang sini panggil akak Mastura. Panggil je kak Mas ye"

"Baiklah, kak Mas. Terima kasih kak. Saya masuk dulu ye"

Kapten Thaqif menuju ke bilik guru besar. Semasa dia ingin mengetuk pintu bilik guru besar tersebut. Dia ternampak nama pada pintu tersebut. Terkejut bukan kepalang lagi Kapten Thaqif melihatkan nama tersebut.

"Jennifer Lopez!!!!!???"







Cikgu SuperTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang