Minhyuk melangkah masuk ke dalam kelas Soyeon. Mata-mata pelajar perempuan yang tiba awal pagi itu tidak berkelip melihat Minhyuk masuk ke dalam kelas mereka. Minhyuk meletakkan beg milik Soyeon di atas meja seperti yang dijanjikan. Sebaik sahaja tugasnya selesai , dia pun beredar meninggalkan kelas tersebut kerana berasa tidak selesa diperhatikan oleh perempuan.
"Kau ada nampak tak lelaki yang hantar Soyeon tu?" Kata pelajar perempuan yang rambutnya di ikat sanggul.
"Lelaki ? Seriously ? Dia dengan Minhyuk dah tak ada apa-apa ke?" Soal pula perempuan yang berkaca mata.
"Tak tahu lah. Diorang berdua ada apa-apa hubungan ke?" Balas rakannya pula. "Btw , laki yang hantar dia tu serious handsome"
Minhyuk yang kebetulan lalu disitu terdengar perbualan mereka. Dan berhenti betul² disebelah mereka berdua. Minhyuk menolak perempuan bersanggul tadi ke dinding koridor lalu tangan kanan Minhyuk di tahan pada dinding. "Dekat mana kau nampak Soyeon ?"
"D-dekat t-tempat parking kereta" jawab dia tergagap².
"Lelaki tu?"
"Pun di situ jugak"
Sebaik mendengar jawapan perempuan itu Minhyuk terus beredar meninggalkan mereka berdua.
"Kenapa dengan Minhyuk tu ?" Soal perempuan berkaca mata.
"Tak tahu. Tapi... handsome betul bila tengok dia dekat². Perfume dia wangi"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Soyeon, nanti balik Oppa datang jemput" pesan Jongsuk.
"Jemput ? Oppa dekat sini kejap je ke?" Aku menutup pintu kereta.
"Ye.. lunch nanti Oppa nak kena balik office" Jongsuk turut menutup pintu kereta dan menekan alarm.
"Ooh, Soyeon balik 3:30 petang hari ini" tiba-tiba mata aku terasa hendak melihat kawasan sekeliling serta bangunan kelas sekolah. Kenapa ramai pelajar dekat tingkap² kelas tu ? Dekat bawah ni pun ramai.
"Okay" Jongsuk mengenakan kaca mata hitam pada matanya.
"Oppa , Soyeon pergi dulu la. Rasa tak sedap hati pula" pinta aku.
"Eh kenapa pulak.. tak nak oppa teman pergi kelas ? Lagi pun meeting pukul 8, sekarang baru jam 7:50" kata Jongsuk.
"Eh , tak payah la.." aku menggelengkan kepala.
"Soyeon... Oppa hantar balik rumah nak ?" Ugut Jongsuk.
"Mula la tu nak mengugut"
Jongsuk tersenyum , "dah jom... dah lama tak jejakkan kaki kat sekolah ni.. rindu pula... sekolah ni dah banyak berubah"
Jongsuk berjalan melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Jongsuk tersenyum kepada pelajar² yang melihatnya. Ada juga yang sempat menangkap gambar dia. Aku yang berada di sebelah oppa tertunduk. Aishh , kenapa dengan diorang ni. Oppa aku bukannya artis pun, dia cuma orang biasa je. Tiba² sahaja aku terasa seperti tangan seseorang melingkari bahu aku.
"Oppa tak payah la macam ni, malu la Soyeon"
"Shh , biarkan. Oppa suka jalan dengan adik macam ni. Tak ade lah adik oppa ni lari. Jalan biar rapat sikit"
Oppa menarik aku rapat dengannya. Tinggi abang aku ni , muka aku ni betul² dekat paras dada dia. Aduh , dah macam kekasih pula dia layan aku.
"Soyeon !!" Seseorang memanggil aku dari arah bertentangan.
"Kei !!"
"Soyeon , kau tak apa-apa ? Aku dengar kau pengsan depan sekolah semalam" Kei memegang tangan aku. Mukanya penuh kerisauan. Kei memandang lelaki disebelah aku sememang jarak aku cukup rapat dengan dia, "Eh , Jongsuk op...pa" perkataan 'pa' tiba² sahaja menjadi perlahan sebutannya seperti separa berbisik.
YOU ARE READING
The Diary
RandomGadis pemalu,Soyeon. Pertama kali dalam hidupnya meluahkan perasaan cintanya pada Wonho,senior sekolahnya. Tetapi saat cintanya ditolak muncul seorang lelaki membantunya. Ucapan terima kasih kepada si dia tetapi ucapan itu di terima dengan menjadika...