BAB 9
Puan sri mia sedang duduk menonton TV di ruang tamu ketika anak gadisnya shasha melangkah masuk ke dalam villa tersebut. Wajahnya kelihatan pucat lesi dan tegang. "Awak baru balik?...", soal puan sri mia. Tanpa menjawap soalan mummynya shasha terus duduk di atas kerusi yang ada di situ. "Mummy... saya nak tanya mummy ni", perlahan lahan shasha bersuara. "Tanyalah... apa dia?", soal puan sri mia sambil memandang wajah anak gadisnya itu. "mummy ada hubungan dengan si fariz tu ke?...", soal Shasha dengan wajah yang serius. Puan sri mia terdiam seketika. Dia tahu anaknya merasa curiga dengan dirinya dan juga fariz tapi dia cuba bertenang biar pun dalam hati dia merasa menggelabah sedikit. "Kenapa awak tanya soalan macam tu?", soal puan sri mia ingin tahu. "Saya nak pastikan apakah betul mummy tidak ada hubungan dengan fariz... itu saja...", kata shasha. "Kami tak ada hubungan apa apa pun shasha... kenapa awak asyik mencurigai mummy dan fariz ni?", soal puan sri mia. "Habis tu korang selalu saja berbual bual mesra. Dah tu pula korang selalu keluar bersama... siapa yang tak merasa curiga jikalau korang asyik berkepit saja... sebenarnya saya tak sukalah mummy dekat dengan si fariz tu...", kata shasha.
"Shasha... sebenarnya mummy dekat dengan fariz kerana mummy nak bimbing dia supaya dia menjadi seorang lelaki yang baik... dia hidup susah selama ini. dia terpaksa mengorbankan tubuhnya demi mendapatkan wang bagi menyara kehidupan mak dan adik adiknya di kampung. Setelah mummy bimbing dia, mummy lihat dia mulai sedar dan kembali ke pangkal jalan. Hidupnya tidak lagi terumbang ambing. Sebenarnya mummy merasa simpati padanya kerana dia terpaksa bekerja keras di usia yang muda. Ayahnya sudah lama meninggal dunia akibat ketagihan dadah. Manakala emaknya pula sakit buah pinggang. Dia terpaksa bekerja keras untuk keluarganya. Dia bukannya anak orang kaya seperti awak dan abang awak tapi dia mempunyai sekeping hati yang baik. Dia tidak seperti abang awak yang hanya tahu berparty siang dan malam. Dia juga tak macam abang awak yang suka membelanjakan wang setiap hari. Dia pandai menyimpan wang dan dia juga mempunyai misi yang jelas dalam hidupnya. Misinya ialah dia ingin memberikan kesenangan hidup pada emak dan adik adiknya. Pengorbanan yang di lakukannya jarang sekali berlaku di kalangan orang muda zaman sekarang. Orang muda zaman sekarang tidak mengutamakan orang tua mereka. Kadangkala mereka lupa jasa orang tua mereka sehingga mereka tidak peduli pada orang tua mereka apabila mereka sudah lanjut usia.... apa apa pun mummy merasa senang apabila melihat fariz berkorban untuk emaknya dengan menyerahkan sebelah buah pinggangnya untuk emaknya. Itu tandanya dia sangat sayang pada emaknya dan menghargai emaknya... bila mummy memikirkan tentang fariz mummy merasa sedih sebab mummy tak ada anak sebaik fariz...", kata puan sri mia.
Shasha terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan mummynya itu. Dia tidak tahu pula yang fariz mengalami kehidupan yang sukar seperti itu. "Mummy tahu awak tak suka mummy dekat dengan fariz tapi mummy berharap sangat supaya awak jangan salah sangka jika mummy dekat dengan fariz... sebenarnya mummy cuma nak dia memilih jalan hidup yang betul. Mummy tak nak dia tersesat lagi sebab itulah mummy dekat dengannya.... by the way, awak jangan bimbang jika mummy keluar dengan fariz, dia tak akan buat benda yang tak elok dengan mummy sebab dia seorang pemuda yang baik hati... okaylah, mummy nak masuk ke bilik tidur dulu... mummy nak tidur... good night shasha...", Perlahan lahan puan sri mia bangun lalu melangkah pergi dari situ. Tinggallah shasha seorang diri di situ. Dia memikirkan tentang fariz. Memang betul apa yang di katakan oleh mummynya sebentar tadi. Fariz ialah seorang pemuda yang baik hati. Buktinya dia sanggup menolong shasha ketika dia di serang oleh lelaki india di parking lot sebentar tadi. Kalau fariz seorang pemuda yang jahat hatinya sudah tentu dia tidak akan menolongnya tapi dia bukannya begitu. Dia suka menolong orang biar pun dia tahu shasha memusuhinya secara diam diam. Shasha mula berfikir yang dia perlu mengubah cara pemikirannya terhadap fariz...
*** *** ***
Hari hari berikutnya fariz mula sibuk berulang alik ke hospital bersama emaknya untuk melakukan pemeriksaan buah pinggang. Setelah menjalani pemeriksaan 'cross match' buah pinggang di antara emaknya dan dirinya ternyata buah pinggang fariz amat sesuai untuk emaknya. Fariz merasa sungguh gembira sebaik saja dia mendapat tahu tentang perkara tersebut. Dia bersyukur ke hadrat ilahi kerana doa permohonannya di kabulkan Tuhan. Dengan senang hati dia meminta doktor tersebut melakukan pembedahan ke atas dirinya dengan memindahkan buah pinggang di sebelah kirinya kepada emaknya tetapi doktor itu mengatakan bahawa pembedahan tersebut hanya akan di jalankan selepas 6 bulan mereka melakukan pemeriksaan dan pemantauan dari segi tahap kesihatannya dan juga emaknya. Jika semuanya berkeadaan baik maka pembedahan itu akan di jalankan pada bulan januari tahun depan.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...