ღ❀✿BAB 2✿❀ღ

94 12 4
                                    

MAIA duduk menekur di atas tikar sejadah. Hanya kepada-NYA tempat dia mengadu. Kata-kata bosnya bermain-main dikepala. Sungguh dia amat bersimpati akan nasib yang menimpa Fareez. Namun, memikirkan permintaan Farqil yang pada perkiraannya itu agak berat membuatkan jiwanya resah. Apa yang harus dia lakukan. Maia buntu. Lantas, pada Yang Maha Esa dia memohon pertolongan.

"Ya Allah ya tuhanku, kau ampunilah dosa hambamu ini ya Allah. Sungguh hambamu ini terlalu banyak dosa padamu ya Allah. Ya Allah, kepada engkau aku bersujud meminta pertolongan, kau bantulah hambamu ini ya Allah. Berikanlah petunjuk kepadaku ya Allah, jika benar dia jodohku maka kau permudahkan segala urusan kami ya Allah. Jika benar dia jodohku maka kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerimaku ya Allah. Bantulah aku dalam membuat keputusan ini ya Allah. Amiin amiin ya rabbal alamiin." Maia meraup wajahnya usai berdoa. Hatinya runsing. Hari ni sudah masuk hari ketiga. Esok dia akan mula bekerja seperti biasa. Esok juga merupakan hari untuk dia memberikan jawapan kepada Encik Farqil. Namun hingga ke hari ini, dia masih belum punya jawapan. Dia masih belum dapat apa-apa petunjuk. Hatinya mula risau. Telefon bimbit yang berada di atas meja dicapai. Dia ingin berbual dengan ibunya semoga suara ibunya dapat menenangkan jiwanya yang bercelaru.

"Assalamualaikum, mak. Maia ni. Mak sihat?" soalan lazim Maia ajukan kepada ibunya.

"Waalaikumussalam.. Alhamdulillah mak sihat nak. Maia macam mana, sihat?" soal Puan Kamisah kembali. Rindunya pada Maia terubat sedikit.

"Maia pon alhamdulillah sihat mak. Mak tengah buat apa tu? Abah sihat?" jawab Maia tenang bersama soalan.

"Abah kamu sihat cuma kaki terseliuh sikit. Tapi takde apa-apa. Mak macam biasalah malam-malam macam ni baru balik dari surau dengan abah kamu ni. Ada kuliah tadi, tu yang lambat sikit balik hari ni. Eh, kamu bila nak balik sini?" soal ibunya ingin tahu. Bukan apa, senanglah kalau dia tahu bila Maia balik, boleh dia masak makanan kegemaran Maia.

"Kaki abah terseliuh? Kenapa mak, teruk ke? Maia tak tau lagi bila boleh balik. Sebab sekarang Maia tengah sibuk banyak kerja dekat office. Nanti kalau Maia dapat cuti panjang Maia balik ye." ujar Maia bernada risau. Dia risaukan keadaan abahnya.

"Abah kamu terjatuh tangga. Tangga licin, hari tu hujan lebat. Tu yang terjatuh tu. Tapi kamu tak payahlah risau. Abah tak apa-apa cuma terseliuh sikit je. Mak dah bawa abah pergi berurut, dah surut bengkaknya tinggal kesan-kesan je. Dua, tiga hari lagi baiklah tu, laju dah berjalan nampaknya tu. Takpelah mak faham kerja kamu, kamu kerjalah elok-elok mak doakan kesejahteraan anak mak." ucap Puan Kamisah buat anak sulungnya. Hanya pada Maia tempat keluarganya bergantung. Adik-adiknya yang lain masih belajar.

"Baiklah mak. Terima kasih mak. Maia letak dulu ye. Mak kirimkan salam Maia pada abah ye? Assalamualaikum." ujarnya mengakhiri kata.

"Haa yelah. Waalaikumussalam Maia jaga diri baik-baik ye." panggilan dimatikan. Telefon diletak ke atas meja. Maia berasa tenang sedikit dapat dengar suara ibunya. Dia tersenyum kecil.

Dia mula bergerak ke arah katil. Tubuhnya dibaringkan ke atas tilam empuk itu. Otaknya masih ligat memikirkan permintaan bosnya. Semoga hari ni, Allah memberinya petunjuk. Dia mula memejamkan mata bersedia untuk tidur. Baru saja dia melelapkan mata, tidurnya sudah lena diulit mimpi.

Maia berdiri di atas pasir pantai menghadap lautan nan biru. Suasananya amat tenang sekali. Bunyi kicauan burung yang menenangkan jiwa memenuhi ruang.

"Maia.." tiba-tiba satu suara menyeru namanya. Maia berpaling ke arah suara itu. Dia ingin melihat wajah lelaki itu. Tapi sayang, wajah lelaki itu dilindungi di balik cahaya. Puas Maia menilik wajah itu. Dia ingin mengecam milik siapakah wajah itu. Tapi hasilnya tetap sama. Hanya senyuman lelaki itu sahaja yang dia sempat lihat.

KERANA KUCINTA (VERY SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now