SESAMPAINYA dipejabat Maia termenung untuk seketika. Tidak mahu bagaimana ingin memberi tahu Farqil tentang status dirinya dan Fareez. Lambat laun Farqil akan tahu juga. Lagipun, tarikh perkahwinannya lagi 2 minggu masakan dia tak menjemput bosnya sendiri merangkap sahabat baik kepada Fareez. Maia menggaru kepala yang mula rasa serabut. 'Arghh lantaklah, baik aku siapakan kerja aku yang bertimbun ni'.
Farqil melangkah masuk ke dalam pejabat. Kelibatnya langsung Maia tidak sedari memandangkan gadis itu begitu tekun membuat kerjanya. Langkah terus diatur ke arah biliknya. Punggung dilabuhkan ke kerusi empuk itu. Interkom ditekan.
"Maia, masuk bilik saya sekejap." Maia yang sedang tekun membuat kerja itu terkejut bila tiba-tiba interkomnya berbunyi. Eh! Bila dia balik? Jam di pergelangan tangan ditoleh. Patutlah dah pukul 2.00 petang mestilah dah balik macam manalah aku boleh tak perasan. Tanpa berlengah terus dibawa langkah menuju ke bilik Farqil.
"Ye Encik Farqil ada apa nak jumpa saya?"
"Macam mana dengan rancangan kita? Saya rasa kerja awak makin mudah sekarang ni memandang Areez dah mula ambil alih syarikat papa dia." Maia terpinga, apa maksud Farqil dengan pertanyaan macam mana dengan rancangan kita?
"Maksud encik? Macam mana, macam mana?" Maia garu kepala sendiri. Eh betul ke soalan aku tu macam berbelit je. Argh lantahlah, minta-minta dia fahamlah.
"Maksud saya, hari tu awak masuk lambat ke office minggu lepas. Macam mana ada apa-apa yang terjadi ke antara awak berdua?"
"Owh petang tu, ada. Dato' Huzer masuk hospital. Tu yang saya masuk lambat ke office petang tu." Jawab Maia polos.
Farqil menggaru kepala sendiri yang tidak gatal. Hey Maia ni kadang-kadang sikap polos tu tak reti nak sorok. Dia tahulah Dato' Huzer ditahan dihospital hari tu dan dia sendiri sudah datang menziarah. Keluhan dilepaskan.
"Ye saya tahu Dato' Huzer masuk wad, awak dah inform saya hari tu dan saya pon dah pergi melawat. But my point right now is..awak dan Fareez. Mustahil takde apa-apa berlaku antara awak dengan Areez sebab korang berdua nampak macam ada sesuatu yang tak kena. Ada apa-apa yang saya tak tahu ke Maia?" soal Farqil terus straight to the point. Maia pura-pura membetulkan tudung sementara otaknya ligat memikir bagaimana dia ingin karang ayat yang mudah tapi Farqil dapat faham.
Farqil memerhati gelagat Maia. Menunggu jawapan dengan sabar. Matanya terarah pada jari manis Maia yang sibuk membetulkan tudung yang sudah cantik terbentuk. Semerta matanya membulat.
"Maia boleh awak angkat tangan tu sekejap?" Maia yang tidak dapat menangkap tujuan sebenar permintaan itu hanya mengikut. Kedua tangannya diangkat separas dada.
"Awak dah bertunang?" Zapp! Mendengar soalan Farqil membuatkan otaknya yang ligat berfikir tadi terus berhenti serta merta. Mana Farqil tahu ni? Saat terpandang jari sendiri Maia mula mendapat jawapan pada soalannya sendiri. Nafas dihembus perlahan, bersedia untuk menceritakan perkara sebenar.
"Aah saya dah bertunang." Tenang Maia menjawab. Farqil mengerutkan dahi.
"Dengan siapa?"
"Fareez." Sepatah jawapan Maia tapi cukup membuatkan Farqil terkejut tak terkata.
"Fareez? Sejak bila? Kenapa tak bagi tahu saya awal-awal berita baik ni?" suara Farqil mula ceria. Walau dia masih terkejut tapi dia cukup gembira dengan berita itu.
"Baru 2 hari. Dia datang merisik saya dekat kampung. Saya bukan tak nak beri tahu encik tapi saya seganlah nak bagi tahu sebab macam cepat sangat." Jawab Maia serba salah.
"Bila tarikh pernikahan, dah set up?" soal Farqil lagi.
"Dua minggu dari sekarang." Maia bermain-main jari sendiri.
YOU ARE READING
KERANA KUCINTA (VERY SLOW UPDATE)
Acak- FARQIL "Tolong rebut cinta Fareez." - MAIA KHAYRA "Apa maksud encik? Saya tak faham." Maia buntu. Pertolongan jenis apa yang Farqil cuba minta padanya ini? Ingat dia barang mainan ke? - FAREEZ ALYAN "Jadi semua ni dirancang?" - MAIA KHAYRA "No Ar...