Rumah Usang

2.6K 112 2
                                    

Hujan renyai membasahi bumi pada malam ini lain sekali. Dinginnya, baunya sangat berbeza. Aku tinggal berseorangan di rumah usang ini. Ya. Rumah usang di hujung kampung. Jarang yang tahu kewujudan rumah ini. Suasananya agak suram berikutan kedudukan rumah ini yang dikelilingi hutan. Apakan daya, ini saja pilihan yg ada kerana sewanya yg jauh lebih murah berbanding rumah yang lain. Pada mulanya kami berlima, tetapi salah seorang dari kawan kami telah menamatkan zaman bujangnya sekaligus keluar dari rumah ini, kami hanya tinggal berempat.

Sebagai office boy yang bekerja di sebuah syarikat kecil dan berpendapatan sederhana, ini saja la yang mampu bagi kami. Tinggal secara bersederhana bagi menampung kehidupan seharian.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Aku masih sukar melelapkan mata. Aku yang tinggal keseorangan buntu kerana tak ada apa aktiviti yang mampu aku lakukan selain menghadap telefon. Hendak keluar pun sudah lewat tambahan pula hujan masih belum menunjukkan tanda akan berhenti.

Bersempena Raya Cina yang hampir tiba housemate aku rata rata sudah mengambil peluang bercuti untuk pulang menziarah keluarga di kampung. Dek kerana itu jugalah aku tinggal berseorangan di rumah. Rakan sebilikku, Samsul, juga sudah pulang ke kampung sebentar sahaja tadi. Kira kira 3 jam yang lalu. Aku rasa dia sudah pun sampai ke rumah. Maklumlah jarak dari rumah ini ke kampungnya pun tak lah begitu jauh. Maka tinggal lah aku keseorangan di rumah usang ini.

Bukan saja tak mahu mengambil cuti. Tapi sengaja aku simpan cuti aku kerana aku ingin bercuti lama pada hari raya nanti. Nak cuti sekarang nanti tak cukup pula baki cuti yang tinggal. Maka aku putuskan untuk berehat di rumah saja pada cuti 2 hari ini.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now