Pulang

1.6K 83 5
                                    

2.30 Pagi.

Rasa mengantuk tapi sukar nak melelapkan mata. Sengaja aku scroll News feed di Facebook milikku untuk melihat jika ada berita atau posting yang menarik. Sekurangnya terubat juga rasa bosan. Semasa asyik membelek fb aku terlihat status yang ditulis Samsul kira kira 3 jam lepas.

" Hujan lebat"

Itu sahaja status terbarunya. Aku sedia maklum dia memang tak begitu sesuai memandu pada waktu malam. Dah aku nasihat semasa dia buat keputusan untuk balik tadi.

" Sul, kau balik esok je la. Dah lewat sangat ni. Hujan pulak tu. Boleh ke kau drive ?" Kataku kepada Samsul.

"Boleh je. Lagi pun malam tak banyak kereta. Malas nak hadap jem kalau balik pagi esok" jawabnya.

"Kau ni degil la. Jadi apa apa nanti susah lah."

"Alaa kau ni. Takde ape ape la. Kalau jadi apa apa kat aku nanti, aku jadi hantu ke aku balik la rumah buruk ni cari kau. Haha" seloroh Samsul

"Dah kau jangan nak mengarut. Balik elok2. Jumpa nanti. Kalau ada apa apa bagitau aku" kataku lagi.

Dan akhirnya Samsul meneruskan perjalanan.

Tak sedar bila aku terlelap dengan telefon bimbit masih lagi di tangan. Hujan si luar semakin lebat. Aku dengar bunyi enjin kereta dimatikan betul betul di depan rumah ku. Sempat ku lihat jam di dinding. 4 pagi.

"Siapa pulak yang datang pagi pagi buta dalam hujan lebat ni. Gila ke." Bisik hati ku.

Ku singkap sedikit langsir. Dalam samar cahaya lampu kalimantang depan rumah, aku lihat susuk tubuh seorang lelaki yang kelihatan seperti menunduk.

"Samsul...?"

Bersambung...

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now