"Samsul...?"
Aku menyapa dengan suara perlahan ditenggelami bunyi guruh yang berdentum dan hujan yang semakin lebat. Tiada jawapan. Ku buka pintu sedikit. Ternyata sangkaanku tepat. Samsul berdiri di hadapanku menundukkan mukanya. Basah kuyup. Bajunya juga kelihatan agak kotor. Aku tak tahu apa yang terjadi tapi aku agak ia bukan berita baik.
"Tayar kereta aku pecah..." jawab Samsul singkat.
Dia seperti tahu aku tertanya tanya akan kepulangannya dalam keadaan begitu. Aku bersangka baik sahaja. Mungkin dia keseorangan menukar tayar ganti dalam hujan lebat sehingga kuyup dan kotor begitu. Dia berlalu perlahan berjalan di hadapanku masuk ke dalam rumah dan menukar baju lalu terus baring di katil nya.
Tak banyak yang aku mampu tanya kerana mataku juga sudah layu. Aku juga terus baring menghadap dinding untuk meneruskan tidur yang terganggu tadi. Dalam bunyi hujan ku dengar sayup seperti orang teresak menangis. Aku menoleh sebentar ke arah Samsul yg berselubung sepenuhnya. Terdetik perasaan kasihan kepada dia, niat untuk balik awal ke kampung tak kesampaian kerana masalah yang dihadapi. Aku pun malas nak bersoal panjang dengannya kerana tak mahu dia rasa terganggu lalu terus memejamkan mata.
Aku terjaga kira kira pukul 11 pagi. Aku lihat katil Samsul kemas tersusun. Di luar juga kelibat keretanya tidak kelihatan. Aku menarik nafas lega. Mungkin dia sudah bersiap ke bengkel dan meneruskan perjalanan untuk ke kampung semasa aku tidur tadi. Aku meneruskan aktiviti biasa seperti hari yang lain cumanya aku tidak bekerja kerana office ku cuti dua hari kerana Raya Cina.
Senja itu aku pulang lewat ke rumah kerana baru selesai melepak dengan kawan kawanku di luar. Pabila pulang ke rumah. Aku pelik kerana pintu tidak berkunci. Aku masuk ke dalam bilik dan melihat Samsul ada di katil nya. Duduk diam dengan wajah yang muram dan tunduk memandang suatu sudut.
"Kau tak balik kampung lagi ke Sul? Kereta macam mana? Okay?" soalku.
"Kereta belum siap" balasnya pendek.
"Aik. Tayar je pecah. Apa yang lama sangat sampai tak siap lagi?" aku semakin pelik.
Samsul hanya mendiamkan diri. Hati aku makin kurang selesa. Malam itu aku lihat dia hanya baring di katilnya. Tak keluar makan. Tak menonton televisyen. Bahkan telefon bimbitnya juga tiada di tangan. Namun aku biarkan saja kerana tak mahu bersangka buruk. Bagi aku bagus juga Samsul ada di rumah, tak la aku keseorangan walaupun Samsul tak banyak bercakap seperti selalu.
Malam itu aku tidur awal kerana kepenatan seharian berada di luar. Entah pukul berapa aku terjaga untuk ke tandas, ku lihat Samsul tiada di tempatnya. Semasa keluar dari tandas, aku terdengar suara orang menangis. Persis seperti semalam. Aku beranikan diri untu melihat ke luar bahagian belakang rumah ku. Aku lihat Samsul duduk mencangkung di situ. Menangis teresak esak sambil menguis tanah seperti mencari sesuatu.
"Sul...kau okay?"
Tiada jawapan.
"Samsul..kau okay tak ni? Tak baik duduk luar rumah tengah malam macam ni..." kataku lagi.
"Tolong..."
"Tolong?"
"Tolong aku....Kau boleh tolong aku?"
"Boleh Sul...tapi kau kena la bagitau apa yang aku boleh tolong, kalau kau tak bagitau macam mana aku nak tolong..." aku cuba memujuk Samsul.
"Janji kau tolong aku...?"
"JANJI.."
"Kau tidur la dulu. Nantilah aku bagitahu..."
Aku tak mampu berkata apa apa lagi. Aku melangkah perlahan ke bilik tidur. Kepala aku ligat memikirkan apa masalah Samsul yang sebenarnya sehingga dia jadi sebegitu. Takkan lah wang? Atau apa? Ah. Aku persetankan semua. Tunggu lah dia cerita nanti. Aku cuba yang termampu. Malam itu aku tak dapat tidur lena dek kerana suara tangisan teresak esak itu kadangkala semakin kuat dan terkadang sayup di cuping telinga ku!
YOU ARE READING
HOUSEMATE
HorrorJangan sangka semua yang pergi tak akan pulang kembali. Kadangkala tetamu yang datang bukan sekadar menziarahi; terselit rahsia disebalik kepulangan yang tak disangka.