*Author nak mintak maaf lama sangat tak update L ni baru lepas final exam, so baru ada masa nak teruskan bab-bab yang seterusnya. Hope korang enjoy, and berharap sangat dapat habiskan cerita ni. Amin.
Aku terjaga dek tidur petang yang lena, 'eh sudah jam berapa ni?' handphone aku capai 3:45pm. aku berlalu ke bilik untuk bersiap. aku dah janji dengan adik nak jemput dia pada pukul 4:30pm ini, kalau lewat habislah membebel macam mak nenek. Aku anak tunggal perempuan, mempunyai dua orang abang dan seorang adik lelaki. Azfar Nur Iqmal a.k.a along bekerja sebagai seorang dokter dan berumur 26 tahun dan kembarnya pula Azfar Nur Iqwan a.k.a angah bekerja sebagai seorang engineer. oh yaa, lupa nak perkenalkan adik aku Azfar Nur Lukman yang bongsu dia sekarang berada di tingkatan 5. Saat aku jatuh suatu ketika dulu merekalah yang banyak bagi sokongan serta dorongan selain mak, ummi dan abah. hah! kenapa ada mak dan ummi? mesti korang rasa anehkan? okay okay, sini sis story hehehe. Mak ni panggilan bagi nenek aku, dari kecil aku di jaga oleh nenek dan sudah terbiasa dengan panggilan itu. Ummi sudah tentunyalah ibu kandung aku, even aku tinggal di kampung dengan mak tapi aku dan ummi tetap rapat. waktu sekolah dulu, 2minggu sekali ummi dan abah akan melawat aku di kampung. selepas tamat SPM aku terus tinggal dengan ummi dan abah di selangor. Bukan kerana apa, masa jaa aku habis spm abang sepupu aku yang rapat dengan mak nak tinggal sekali denganya alasanya kerana dia mendapat kerja berdekatan dengan rumah mak jadi memudahkan dia untuk berulang alik ke tempat kerja, dalam masa yang sama dapat juga dia tengok-tengokkan mak. Jadi tak mungkinlah aku nak tinggal sekali, segan aku di buatnya. Ummi mengambil keputusan untuk membawa aku pulang bersamanya, kata ummi aku boleh bantu ummi di butik pengantinya. Handphone ku menjerit minta di angkat, "Assalamualaikum, kak biy kat mana? orang tunggu dah lama ni!", dia mulah dah nak berleter, "wa'alaikumusalam, ye adik kakak yang hensem. sorry kakak otw ni 15minit lagi akak sampai.
*setibanya di kampong
"assalamualaikum, mak oh mak ! mana mak ni?" jerit lukman.
"waalaikumusalam, ish budak ni malam-malam macam ni nak menjerit kenapa? Kena sampuk ke kamu ni lukman?" jawap mak.
"mak lukman rindu meh muah sikit" sambil memuncungkan bibir.
"ish, kamu ni dah besar panjang tak payah nak mengadelah man!" bebel mak.
"assalamualaikum mak, mak sihat?" kata zati
"waalaikumusalam, Alhamdulillah sihat ja ni. Jom masuk, lepaih tu hangpa pi mandi makan apa semua. Mak dah sediakan lauk kat bawah dah" balas mak. Itulah rutin yang akan dibuat oleh mak setiap kali kami adik beradik balik. Dulu sewaktu abang masih ada *suami zati* mak rajin masakan kari kepala ikan untuk abang, abang kata mak masak sedap sangat sampaikan aku pon tak boleh kalahkan mak, dan abang jugaklah menantu kesayangan mak. Abang pandai jaga hati mak dan arwah atuk, sebab tu depa sayang kat abang. Aku terus masuk ke bilik dan melabuhkan punggung ke birai katil. Aku rindu bilik ni, lama dah tak balik almaklumlah aku busy dengan kelas lagi. Nasiblah ini semester terakhir aku lepas tu aku nak kerja sementara tunggu konvo. Rasanya baru lagi aku berada di semester satu, alih-alih dah nak habis dah pon. Tunggu final exam lepas tu I will freedom. Amazing kan? Macam tak sangka aku boleh sambung belajar sedangkan dulu aku ingat lepas kawin aku dah tak berpeluang nak sambung study. Mama dengan papa abanglah yang suruh aku sambung study, depa yang tanggung segalanya. Dari pada yuran study sampailah makan minum and everythinglah. Mama kata walaupun abang dah takde tapi abang dah sediakan everything untuk aku dan aku tak perlu risau langsung. Rumah yang aku tinggal sekarang dengan Mia pon adalah milik abang yang di hadiahkan kepada aku, sepanjang abang ada hinggalah hari ini, abang tak pernah susahkan aku. Rumah dia bagi, kereta dia belikan duit yang abang simpan kononnya untuk kehidupan kami di masa hadapan segalanya dia ubah hak permilikan kepada aku. Bahagia bukan? Apalah makna tanpa abang disisi. Malam berlalu dengan sendu di hati, lagu rindu dialun sepi beriring kasih tersemat di hati apakan daya jasadnya tiada lagi.
*keesokan harinya
Pagi itu aku solat subuh di surau, sejak dari kecil lagi arwah atuk sudah ajar aku untuk sentiasa solat berjemaah di surau. Cuma bila dah dewasa ni aku jarang sekali solat berjemaah. Kalau jemaah pon if aku kena stay dekat kolej sampai petang baru aku jemaah zohor dan asar di sana. Aku tak stay hostel, kata mama lagi senang duduk kat rumah sendiri mudah nak berulang alik, rumah pon tak jauh mana. Mama memang pernah ajak aku tinggal bersamanya, kata mama takut aku tak biasa tinggal sendiri. Pada awal pemergian abang memang aku stay kat rumah mama tapi selepas aku sambung study aku stay rumah aku sendiri dengan mia. Lagipun rumah aku dan mama Cuma selang setaman sahaja bukan jauh pun. Tapi dah nama pon 'mama' mana lari dari perasaan seorang ibu bukan?, mama dan papa cakap aku akan selamanya jadi menantu mama dan papa dan tak kan seorang pon yang boleh ambil aku dari mereka. Ya dan begitu juga dengan aku, sehingga ke hari ini aku hanya sayangkan abang nizam seorang, sampai bila pun perasaan ini akan terus tetap begini, tiada yang boleh ganti tempat abang. Seusai solat subuh aku duduk sebentar mendengar tazkirah yang di berikan oleh ustaz muda kampong itu. Ustaz yang sedang menjadi berita hangat di kampung ini. Aku ada dengar yang mak cik mak cik kat sini cakap ustaz tu muda lagi, beumur dalam lingkungan 26 ke 29 tahun macam tu lah. Baru balik dari mesir uolss patutlah mak cik mak cik ni gelabah ayam, nak jadikan menantulah tu J hahaha. "hensem nye Yah oi muka ustaz tu, kalau aku ada anak perempuan dah aku nikahkan dah "-cik limah. "engkau ni limah, usah berangan leer. Kalau engkau ada anak perempuan pon idok ustaz tu nak dengan anak kamu. Anak aku tu lawa engkau tahu, ustaz tu kompom nak kat anak aku"-cik yah. Wah wah, mak cik sakan ceghito noh, pokusnya idok juga lahai. Hensem ke ustaz tu? Entahlah aku bukannya Nampak muka dia pon, cermin mata aku tertinggal dekat rumah.
"nikmat mana lagi yang hendak kamu dustakan?"-ar rahman
"sebagai hamba allah, kita di cipta di bumi ini sebagai khalifah dan sudah tentu kita akan diuji. Tetapi selayak manakah kamu hendak menanyakan kepada allah mengapa berat ujian yang di beri? Bukan kah ujian itu hanya sedikit sedangkan nikmat yang allah beri kepada engkau amatlah besar wahai manusia? Tidak bersyukurkah dikau atas nikmat yang diberi? Adakah engkau menafikan segala apa yang engkau miliki? Allah tarik satu tapi kau punya lagi seribu, mengapa engkau masih lagi mahu menyalahkan illahi? Allah tarik satu orang yang engkau sayang, tapi allah gantikan engkau dengan nikmat sihat tubuh badan, akal yang waras, manusia yang di sekelilingmu selalu ada ketika kau terluka masihkah kau tak lihat lagi wahai manusia? Allah tarik orang yang engkau sayang dan digantikan dengan kasih sayang yang berlipat ganda masihkah lagi engkau mahu dustakan? Allah datangkan ujian kerana dia sayang akan hambanya DIA mahu kita lebih dekat pada DIA. Allah mahu jadikan kita lebih kuat dan terus kuat tanpa perlu minta bantua yang lain selain DIA. Masih tak Nampak lagikah nikmat itu?"-ustaz muda.
Aku tewas, sebak di hati tak mampu aku tahan lagi, sakit! Bahkan sangat sakit. Sangat padu apa yang di perkatakan oleh ustaz itu, aku yang dari tadi duduk di suatu sudut di hujung ruagan muslimat di sapa oleh seseorang. "maaf, kami nak tutup surau. Cik nak duduk di dalam lagi ke?". Oh ya, aku baru tersedar yang aku patut pulang segera selepas habis tazkirah di teruskan pula dengan solat sunnat dhua dan selepas itu ada jamuan sedikit. Tetapi selepas solat sunnat dhua aku terus ke hujung suatu sudut untuk menenangkan diri disitu. "oh ya, tak saya nak balik dah maaf". Aku berlalu dengan muka yang masih bersisa air mata yang tak sempat dikesat. Siapa yang menegur tadi tidak pula aku perasan siapa. Mungkin imam barangkali.
YOU ARE READING
JODOH DARI ILLAHI
RomansaMizi seorang Yang tetap pendirian Dan tegas dalam segala hal. Namun sejak mengenali gadis yang bernama Zati hatinya bagai terdetik cinta hakiki. "Apa lagi dia ni nak? Ada je benda yang tak kena aku buat dekat mata kau zati!" - Mizi 'Sebab cinta...