Aku dan Yuyu tidak mahu terlambat lagi dan buat drama kejar train. Pagi ini kami awal. Sejam sebelum departure date kami sudah terpacak di stesen keretapi. Memulangkan kunci kereta sewa dan menikmati keindahan pokok krismas kristal Swarovski. Tangan gatal mahu mengambil sebiji dua kristal disitu. Mujur iman masih tebal di dada.
Kami habiskan masa kami dengan memakan pastri yang dibeli di kedai kopi kecil disini. Melepak di stesen keretapi. Tren sudah ada di landasan. Namun masih dalam proses pembersihan.Jadi aku dan Yuyu masih tidak dibenarkan masuk.
Sampailah 10 minit sebelum waktu departure. Akhirnya kami dapat menjejakkan kaki. 6 jam kemudian, zasssss kami sampai di Paris. Stesen Gare d'Lyon.
******
Hari sudah gelap saat kami tiba. Aku tunjukkan alamat hostel pada penjaga tiket di stesen. Aku dan Yuyu tidur di hostel. Memandangkan Paris sedang di waktu sibuk semua penginapan termasuklah AirBnB melambung naik. Ibis budget. Kami memilih untuk mengambil female dorm room. 4 katil dalam satu bilik dan tandas kongsi. Ada juga mixed dorm room. Western sangat kau kalau ambil mixed dorm room.
Perjalanan ke Ibis Budget tidak lah terlalu susah. Aku cuma berpandukan arah daripada polis yang berdiri di sebelah stesen bas. Kami berjalan kaki selama 20minit. Check in juga tidak mengambil masa yang lama. Dorm kami dilengkapi loker berkunci. Tak delah aku rasa seram sangat nak simpan passport. Oh ya, tiap kali travel aku cuma akan bawa copy passport berwarna dalam beg. Passport aku tinggalkan di penginapan. Nak mengelakkan risiko passport dicopet. Tambahan pula tempat yang aku pergi seperti Rome dan Paris memang terkenal dengan pencopet professional. Sedar-sedar je dah lesap. Panjang ceritanya kalau jadi. Nak ke balai polis. Nak pergi kedutaan. Nak buat passport sementara. Leceh!
Aku dan Yuyu dah ada plan malam ini. Kami mahu ke Hard Rock Cafe. Dinner di sana dan ambil Paris Pass kami. Paris Pass memudahkan urusan ticketing. Paris ramai orang yang suka ke musium. Jadi kalau tidak mahu mereput beratur membeli tiket, Paris Pass akan memudahkan urusan kau masuk ke dalam. Hanya tunjuk sahaja Paris Pass, dan wallah kau sudah sampai ke dalam. Paris Pass valid untuk 3 hari. 3 hari daripada hari kau mula guna. 3 hari tu sebenarnya agak singkat kalau dibandingkan dengan tempat-tempat yang diberi akses oleh pass yang dihiasi dengan lukisan Monalisa ini.
Selepas barang ditinggalakan di loker, aku dan Yuyu bersedia untuk turun dan mulakan perjalanana ke Hard Rock Cafe. Aku masih belum fasih membaca peta Metro yang berselirat seperti sarang labah-labah. Tapi sis cuba yang terbaik. Bak kata tipikal hijabista.
Setibanya kami lobi, aku terpandang segerombalan pemuda yang mengingatkan aku tanah air. Nampak dari facial features dan warna kulit, macam orang Malaysia.
"Melayu ka? Indonesia ka? Ka Siam? Tak pun Filipin?" tekaan Yuyu.
Salah seorang daripada rakan mereka menunding ke arah kami. Semua berpaling dan memandang kami berdua. Aku dan Yuyu pandang kebelakang. Tiada orang. Sahlah mereka menunding kearah kami.
Mereka merapati kami.
"Melayu ke?"
"Ha'ah Melayu. Hampa?"
Mereka tertawa dengan soalan itu. Aku cuma mampu menepuk dahi sendiri. Ah Yuyu. Bikin malu sahaja. Dah lama tak borak dalam bahasa Melayu dengan orang lain.
"Apa plan korang malam ni?" ujar salah seorang daripada mereka.
"Hard Rock. Nak ambil Paris Pass."
"Tahu tak macam mana nak pergi?"
Aku dan Yuyu menggeleng kepala sebagai jawapan kepada soalan tadi.
"Saya Amri." dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Aku dan Yuyu menyambut mesra.
YOU ARE READING
Destinasi Si Jalang
AdventureIni bukan tentang perempuan yang diselamatkan lelaki kaya dengan kahwin kontrak. Ini tentang perempuan yang sudah tidak percaya cinta. Lalu membawa hatinya ke bumi Eropah. Dalam setiap langkah dia temui, yang salah bukan cinta.Yang salah dirinya yan...