Bab 10 : Kantoi !

178 6 0
                                    

Ainy melangkah masuk ke kelas 4 Cermai dan mencari kelibat sahabatnya , Iffa . Dengan topeng mukanya itu , sekali lagi orang memandang dengan pandangan yang pelik .
"Weh ! Tengok tu kita punya Queen Mags , kenapa dia pakai mask?"
"Aku rasa boleh jerebu Malaysia ni sebab bedak yang dia pakai tebal sangat ."
Ainy sudah hilang sabar dengan kata-kata yang diterimanya . Tetapi dia tetap memikir positive tentang rakan rakan sekelasnya .
-----
"Nah cikgu ." Iffa menghantar buku latihan sejarah yang bertimbun di atas meja Cikgu Aishah a.k.a Cikgu disiplin paling garang dalam sekolah tu. "Terima kasih Iffa . Awak boleh balik kelas sekarang ." Cikgu Aishah memeriksa satu persatu buku latihan sejarah itu . Iffa hanya mengangguk dan mengatur langkah ke kelasnya .

4PG kini berkumpul di tandas . "Airyn , close the door . " Airyn menutup pintu tandas itu. "Merlina , U ada dengar tak gosip hari ni ?" Ari mencelah seketika . Merlina hanya mengeleng sambil membuat muka blur . " Queen Mags kita tu hadir ke sekolah dengan memakai topeng muka !"Ari bercerita penuh teruja.

"Maksudnya rancangan kita berjaya ? " Ari mengangguk beberapa kali . Terpancar senyuman sinis di muka Merlina.
"Masa untuk fasa kedua rancangan kita. " Merlina menyambung kata-katanya . Mereka mula membuat kumpulan dan menceritakan fasa kedua sabotaj Ainy Safira .

"Macam tu rupanya . " Seorang gadis menerjah mereka secara tiba tiba . 4PG terkejut melihat gerangan itu .
--------
Iffa berjalan memasuki kelas 4 Cermai . Dia gembira melihat Ainy yang sedang termenung di tempatnya . "Hai Ainy ." Gadis itu berpaling ke arah suara yang memanggilnya . "Iffa ! " Ainy jerit kecil . Senyuman mula terbit di bibirnya .

"Saya minta maaf . Saya tahu saya dah sisihkan awak . Lupa awak ." Ainy menjawab sayu . "Ye ye saya maafkan awak . Tapi awak kena ikut saya pergi bilik guru dulu ." Iffa menarik tangan Ainy ke bilik guru. "Eh?Eh?Kenapa ni ?" Ainy bingung .

Sesampai di bilik guru , Ainy melihat empat gadis yang dikenali nya di dalam bilik disiplin . "Jom ." Iffa menarik Ainy ke dalam bilik disiplin . Hati Ainy gusar . "Kenapa aku kena pergi bilik disiplin?" Bisik hatinya. "Cikgu ." Panggil Iffa .

"Mana rakaman tu ? " Cikgu Aishah menanya Iffa . Ainy semakin bingung . "Nah cikgu." Iffa menghulurkan sejenis alat rakaman ke Cikgu Aishah . Cikgu Aishah duduk di kerusi nya dan memandang setiap gadis di hadapannya tajam .

"Kenapa awak sanggup lakukan perbuatan terkutuk tu ? Sila jawab soalan saya . " Cikgu Aishah memandang alat rakaman ditangannya ."Kami tak buat apa-apa cikgu . " Selamba saja Merlina menjawab . Dia tidak mengendahkan jika angin amarah cikgu Aishah naik . Cikgu Aishah membuka rakaman yang dirakam oleh Iffa .

"Masa untuk fasa kedua rancangan kita . "
"Apa rancangannya?"
"Sebarkan gosip negatif pasal perubahan muka Ainy ."
"Azzy , memang terbaik lakonan I sebagai Qaseh ! Nampaknya Ainy betul-betul percaya ."
"Biar semua orang tahu ratu Mags kita dah tak cantik lagi ! "

Cikgu Aishah menutup rakaman itu . Riak terkejut yang amat terpancar di muka Ainy apabila mendengar "Qaseh" . Jelas sekali Qaseh sebenarnya Azzy yang menyamar ! Hati Ainy retak seketika . Dia tertipu selama ini ! "Ainy , izinkan saya lihat wajah awak . " Cikgu Aishah mengalihkan pandangannya ke arah Ainy .

Ainy bimbang . Perlahan-lahan topeng muka nya dibuka . Cikgu Aishah kelihatan terkejut melihat wajah Ainy yang berubah dengan drastik itu . "Astagafirullah ." Cikgu Aishah mengucap panjang . "APA YANG AWAK SEMUA TIDAK PUAS HATI DENGAN AINY ?! KENAPA SAMPAI MUKA DIA BERUBAH MENDADAK MACAM NI ?! " Cikgu Aishah sudah
menunjukkan amarahnya kepada 4PG .

4PG diam tak terkata . Mereka tidak pernah dipanggil ke bilik disiplin. "Disebabkan itu awak akan dikenakan hukuman berat . Faham?! "Cikgu Aishah menjerit nyaring . Seperti hendak pekak telinga Iffa dan Ainy. 4PG hanya menunduk dan memandang lantai .
-------
"Hai Iffa! " Ainy mengambil tempat di sebelah rakannya . "Hai Ainy . Kenapa ? " Iffa berkata sambil memakan bihun sup (sedapnya) . "Nah. " Satu bungkusan bereben merah yang sangat dikenali Iffa . "Apa ni?"
"Saya jumpa atas meja awak. Takut ada orang ambil nanti , jadi saya ambil dan bagi awak ." Iffa hanya mengangguk .

"Wah , awak ada secret admirer eh ? " Ainy sengaja melanggar bahu Iffa menggunakan bahunya. Iffa senyum senget . "Cakaplah siapa peminat awak tu? "
"Em ... "

-ToBeContinued-

Misi Kecantikan Ainy ✔Where stories live. Discover now