Epilog : Sahabat Selamanya .

250 9 3
                                    

"Iffa kenal Afeeq ke ? Afeeq Fikri?" Cikgu Irna menuding jari kearah Iffa yang sedang terkebil-kebil . Serentak , seluruh kelas memandangnya . Iffa mengangguk lalu menunduk . Sempat dia menjeling Afeeq , wajah yang bengis dihadiahkan padanya . Apalagi, hati Iffa menjerit-jerit .

"Afeeq , adakah awak dah berubah ? " Bisik hati Iffa. Dia memusing - memusingkan pen nya . Ainy memerhati dua sahabat yang pernah berpisah dahulu pelik . Namun Ainy gagahkan diri untuk menolong sahabatnya yang ibarat tulang belakangnya . Sentiasa menyokong dia .
-----
"Assalamualaikum , awak ." Ainy menegur Afeeq yang sedang duduk memerhati padang. "Kau ni siapa?Nak apa ? " Kasar Afeeq menjawab . Nada suaranya mendatar . "Awak jawablah salam saya dulu . " Afeeq mengeluh lalu menjawab salam Ainy . "Nama saya Ainy . Saya kawan Iffa . "
"Aku tak kesah pun kau kawan ngan sesiapa . Lagi dengan perempuan yang tinggalkan aku masa aku perlukan dia tu . "

Ainy terkejut . Suara Afeeq bergetar seperti hendak nangis . ," Eh awak , awak , kenapa awak nangis ? " Ainy cemas . Takut percakapannya menyakitkan hati Afeeq . "Saya rindu dekat Iffa. Dia kawan susah senang saya . Masa saya kecil tak da seorang pun kawan lelaki yang hendak berkawan dengan saya . Saya juga yang menghantar semua buku novel tu dengan bantuan seseorang . Bila saya jumpa Iffa semula , saya ego . Saya taknak bercakap dengan Iffa kerana saya masih marahkan dia . " Setitis air mata jantan Afeeq mengalir.

"Jadi , awak suruh siapa yang hantar ? " Ainy cuba memenangkan lelaki itu . "Azim Shauki. Kawan lama saya dan Iffa . " Ainy tersentak dan terpaku di tempat duduknya.
"Ainy ? " Afeeq hairan apabila gadis itu hanya mendiamkan diri. "Berapa lama awak kenal Azim ? " "Erm . 10 tahun . Kami satu grup dulu. "
"Iffa tak pernah bagitahu pun ."
Bisik hati Ainy.

"Afeeq .. " Satu suara menegur Afeeq tiba-tiba . Afeeq menoleh .
"Iffa ? " Suara Afeeq kembali bergetar . "Saya minta maaf ya . Papa yang suruh saya pindah . Saya tak bermaksud nak tinggalkan awak . Saya tahu masa saya tinggalkan awak , awak perlukan saya . Saya.. minta maaf . " Air mata Iffa mengalir deras . Ainy sebak melihat 'drama' dua orang sahabat itu setelah 5 tahun tidak berjumpa.

Iffa mengesat air matanya perlahan . "Awak ke Prince Charming ? " Iffa merenung muka Afeeq seketika . Lambat-lambat Afeeq jawab . "Ye. "
"Kenapa ? Awak tidak perlu susah-susah beli kan saya novel yang pasti mahal harganya ." Tanya Iffa lagi. Merona seketika muka Afeeq apabila ditegur sebegitu oleh Iffa.

"Sebenarnya .. Saya suka awak. "
Gulp! Iffa mati kata. Afeeq sukakan nya ? Ouh selama ini dia ingat kata kata di dalam kad itu hanya usikan semata-mata !
-------
Iffa menyediakan pelbagai makanan di rumahnya sempena sambutan hari jadi Afeeq . Ainy juga disitu untuk menolong Iffa membuat surprise party untuk Afeeq . "Ainy letak kan kek ni kat sana ." Iffa menghulurkan sebuah kek blueberry kegemaran Afeeq . Ainy meletakkan di atas meja makan yang dihiasi belon-belon di kerusi.

"Fuh ! Siap akhirnya. " Iffa dan Ainy berkata serentak . Mereka mencampakkan diri mereka ke sofa . Rumah teres itu sungguh cantik dihiasi belon - belon disekelilingnya , meja makan yang penuh dengan makanan , dan yang paling penting kain renda yang besar digantung . Kain itu tertulis "Happy Birthday Muhamad Afeeq Fikri ! "

Sambil menunggu kehadiran Afeeq , Iffa memikirkan kata kata yang Afeeq memberitahunya dua hari lalu .

Flashback
"Sebenarnya .. Saya suka awak ."-Afeeq
"Kenapa ? " -Iffa
"Sebab awak ada dengan saya masa saya susah senang . Dan awak lah satu-satunya kawan perempuan saya . Saya tak pernah sangka akan sukakan awak. " -Afeeq
"Afeeq, memang saya sukakan awak juga . Tetapi awak tahu kan saya ? Saya seorang yang pentingkan pelajaran kerana pelajaran adalah masa hadapan saya . " -Iffa
"Saya faham . Saya Janji akan tunggu awak , ya ! "

End Flashback

Ting Tong
Ting Tong

Lamunan Iffa terhenti ." Ainy , tengok siapa datang . " Ainy mengangguk . "Afeeq datang , Afeeq datang ! "Ainy berbisik ke telinga Iffa . Serentak , seluruh lampu rumah itu di padamkan dan menjadi gelap-gelita . Pintu dikuak perlahan. "Ainy ? Iffa ? Mana awak semua ? Bukan kita dah janji nak buat ... "

Pom!Pom !

Iffa meletupkan bom yang berisi kertas warna-warni di dalamnya.Afeeq terkejut dan terharu . "SELAMAT HARI JADI AFEEQ FIKRI ! " Serentak Ainy dan Iffa menjerit. Kek blueberry dihulurkan ke Afeeq . "Make a wish and cut it ." Perlahan-lahan Afeeq memotong kek itu.

"Panjang umurnya .. Panjang umurnya ... Panjang umurnya .. serta mulia .. serta mulia .. Yeay!!" Ainy menepuk tangannya. Hari hari yang dilalui oleh dia dan Iffa memasuki ruang ingatannya . Afeeq menangis kegembiraan . "Thankyou ,all ."

"WE ARE FRIENDS ! "

"Aik . Korang je friends ? Saya ? "
Iffa , Ainy dan Afeeq menoleh me arah suara itu . Iffa dan Ainy tersenyum tetapi hanya Afeeq yang ternganga besar. Teriakan kecil terkeluar dari mulutnya .

"Azim Shauki ? Bro ! "

Sahabat Selamanya ialah sahabat yang sentiasa bersama kita semasa susah dan senang . Mereka tidak akan menghilangkan diri apabila kita memerlukan pertolongan . Hargailah sahabat . Jangan pentingkan diri sendiri . Kerana sahabat , peneman kita selamanya !

- TheEnd -

Misi Kecantikan Ainy ✔Where stories live. Discover now