...

12 0 0
                                    

Kadang kuat
Kadang lemah

Kadang tertawa riang
Kadang tersedu menangis

Lumrah manusia
Ada hati
Ada jiwa
Ada rasa

Kadang terlalu licik
Sembunyi resah
Di balik canda

Bukan kerana dia kuat
Bukan kerana dia tabah

Tapi kerana dia tahu
Tak siapa akan mengerti
Tak siapa mampu selami

Dan kerana dia tahu
Meski tak terluah di zahir

Tuhan tetap dengar
Keluh kesah nya
Tuhan tetap dengar
Sedu tangisnya
Tuhan tetap tahu hancur hatinya

Dan dia tahu
Hanya Tuhan yang bisa sembuhkan setiap luka dan dukanya

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 20, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kuat Where stories live. Discover now