JODOH itu ialah sesuatu yang tak disangka-sangka. Kerana jodoh itu ada di tangan Tuhan yang Maha Bijaksana. Sungguh tak terjangkau dek akal fikiran manusia.
Manusia pula. Yang retinya hanya merungut dan merungut. Itu kalau tak sukalah. Kalau suka, tamak. Kalau boleh dia nak dia je yang ada benda tu. Tetapi, lain pula jadinya bagi orang yang bersyukur.
Suka atau tidak, dia tetap bersyukur. Seteruk manapun, seburuk manapun jodohnya itu, dia tetap bersyukur. Kerana dia percaya bahawa jodoh itu di tangan Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Golongan ini takkan pernah rugi. Sama ada di dunia ataupun di akhirat.
Jadi, kenapa perlu risau dan tak puas hati? Dah banyak kali dinyatakan bahawa jodoh itu milik Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Dia tahu segala-galanya yang terbaik buat hamba-Nya. Bagi orang yang berfikir, hatinya akan sentiasa tenang kerana mempercayai sifat-sifat Allah ini.
Macam bertazkirahlah pula.
Untuk menjelaskan lagi maksud jodoh itu ada di tangan Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui, ketahuilah satu kisah yang akan membuka mata manusia-manusai sekalian. Kisahnya hamper sama dengan cerita 'Beauty and The Beast', tapi versi Islamik punyalah.
Dinamakan kisah ini sebagai kisah...
Cinta Tak Diduga.
--------------------------------------------------------------
YOU ARE READING
Cinta Tak Diduga
RomanceJodoh tu tak tersangka-sangka kan? Ada yang crush dari kecil tapi kahwin dengan orang lain. Ada yang benci dengan orang tu tapi kahwin dengan orang tu. Ada yang tunang dengan orang ni kahwin dengan orang tu. Ada yang impikan nak yang handsome, lawa...