Margandat -BAB 10

133 14 2
                                    


Hutan Garau
Hasan memperkemaskan kekudanya. Mahkluk di hadapannya diperhatikan. Dalam situasi sebegini, sebarang kelekaan akan membawa padah. Apatah lagi apabila berhadapan dengan makhluk kejam di hadapannya itu.

''Huh, nampaknya kau masih tak berubah Hasan. Sama sahaja seperti dahulu.''

''Begitu juga dengan kau, Saiful." Balas Hasan tenang. Walaupun dadanya bergelodak menahan perasaan. Saiful di hadapannya kini bukanlah Saiful yang di kenal dahulu. Saiful dihadapannya telah berubah menjadi makhluk yang hodoh, kejam dan mengerikan.

''Apa mata kau sudah buta Hasan? Lihat ni Hasan, aku semakin kuat dan gagah. Bukan macam kau !'' Saiful mendepakan kedua belah tangannya membangga diri.

''Sudah la, masih belum terlambat untuk kau kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah !'' Hasan berdiplomasi. Cuba menggunakan kaedah pujukan yang amat berkesan jika kena dengan caranya. Dia sebolehnya tidak mahu berlaku sebarang pertumpahan darah antara mereka.

''Kau cuba memujuk aku? Jangan harap, Hasan. Sia-sia sahaja usaha kau. Aku tak akan terpedaya!''. Tempik Saiful nyaring. Serentak dengan itu juga dia meluru laju ke arah Hasan. Senjata berbentuk sabit di angkat tinggi melepasi paras kepala. Sasarannya hanya satu iaitu , batang leher Hasan!

Mujur Hasan sudah bersedia. Dia melompat ke tepi mengelak daripada serangan mengejut tersebut. Hasan membetulkan kedudukannya. Dia masih belum menyerang. Dia memutuskan untuk bertahan dahulu. Saiful mendengus kasar kerana sasarannya terlepas. Matanya tajam merenung ke arah Hasan.

Sekali lagi Saiful melancarkan serangan. Kali ini Hasan terus membuka langkah persilatannya. Parang panjang dikeluarkan daripada sarungnya, lalu berdentinglah bunyi besi berlaga mengitari suasana.

Serangan demi serangan dilancarkan. Tetapi berjaya dipatahkan oleh Hasan. Hasan pula melancarkan serangan, dia melompat tinggi ke udara lalu menghayunkan kaki ke arah Saiful. Tepat mengenai kepala apabila Saiful sedikit terleka tadi. Terperosok Saiful bertubuh makhluk hodoh itu ke dalam semak.

Saiful bingkas bangun. Melompat keluar daripada semak. Berdiri merenung ke arah Hasan yang berada 7 langkah di hadapannya.

''Tak sangka Hasan, kau masih lagi ampuh.'' Akui Saiful dengan keampuhan Hasan dalam bertarung. Dia pernah tewas bertarung dengan Hasan, dan hari ini dia tidak mahu kekalahan itu berulang lagi.

''Pulanglah ke pangkal jalan, Saiful. Ini bukan tempat kau.'' Hasan nampak seperti tidak berputus asa. Masih berusaha untuk memujuk Saiful untuk menghentikan segala kekejaman yang telah dilakukan.

''Aku tak akan pulang. Ini rumah aku! Seluruh Hutan Garau ini adalah rumah aku! Siapa yang menggangu akan aku penggal kepalanya!'' Ancam Saiful dengan suara yang garau. Sememangnya Hutan Garau mendapat nama daripada orang kampung yang mendengar bunyi suara garau daripada hutan tersebut.

''Habis tu, kenapa kau bunuh Ramli?" Hasan cuba melengahkan Saiful dengan cara berkomunikasi.

''Ramli? Ouhh....kawan kau tu. Dia memang patut mati ! Semua yang ada kaitan dengan kau memang patut mati! Dan kau akan melihat mayat mereka satu persatu, Hasan!'' Sinis sekali nada suara Saiful. Sepertinya dia puas dengan kekejaman yang telah dilakukannya.

''Kau tak guna!'' Bentak Hasan.

''Kau yang tak guna! Semuanya salah kau, Hasan! Salah kau!'' Tempik Saiful seraya melompat tinggi ke udara. Hasan mendongak lalu cuba menepis serangan tersebut. Pertarungan kembali berlangsung. Sengit. Hasan lebih banyak menyerang kali ini. Apatah lagi apabila mengetahui Ramli sengaja dibunuh bagi membalas dendam kepada dirinya. Dendamnya meruak.

Serangan bertali arus itu akhirnya berjaya mencederakan Saiful pada bahagian lengan kanannya. Dia berhenti menyerang. Saiful melihat luka pada lengan kanannya. Darah merah mula mengalir. Saiful merapatkan lengannya ke muka lalu menjilat darah tersebut. Hasan yang melihatnya mula terasa mual. Jijik dengan perlakuan tersebut. Sebaliknya Saiful kelihatan berselera kelihatan berselera sekali.

MARGANDATWhere stories live. Discover now