Isnin 13/8
Semalam aku jumpa amar. Amar cakap dia marah aku. Aku buat ape? Hari ni, masa aku masuk kelas amar palingkan mukanya tidak mahu melihat aku. Ntah kenapa ntah dia tu. Aku rilek je. Lepas habis kelas sains je, amar ajak aku teman dia pergi tandas. Aku ikut je la. Masa keluar dari tandas amar bagitau aku "kau amik ape?" aku diam je sebab aku tak faham. Sebelum balik sekolah pon dia tanya aku soalan yang sama cuma lepastu dia tambah "pulangkan kalau bukan milik kau"
Aku buat ape?
Dah malam aku nak tidur.
Selasa 14/8
Aku belek-belek pen yang aku jumpa hari tu. Cantik. Bukan, pen ni tak cantik pon tapi...unik,klasik. Macam jiwa aku. Aku suka benda unik dan klasik. Sayanglah kalau nak pulangkan balik. Bukan senang nak jumpa barang camni.
Mak tak habis nak layan jantan. Nak duit katanya. Bapak ntah kemana ntah. Dah mampos kot. Kalau dia ada pon buat susah orang je. Tak habis-habis nak pukul aku dengan mak. Mak pon sama lepas kene pukul dengan bapak dia pukul aku pulak. Sejak bapak dah berambus ikut perempuan mana ntah aku ngan mak bahagia je duduk dua orang. Cuma sekarang ni aku tak suka mak bawak jantan masuk. Haisshh. Apalah masalah dunia ni.
"Acap, mak nak keluar jap" aku angguk je. Tengok pakaian dia pon dah tahu dia nak pegi mana. Murahan.
Dah la aku penat nak tido.
Rabu 15/8
Aku penat sikit hari ni, ada koko. Rajin pulak aku pegi koko hari ni. "Cap dah tulis nama belum" aku geleng. Man hulurkan sehelai kertas pada aku. "Nanti bagi kat cikgu Fat"
Aku keluarkan pen unik aku. Tulis pelan-pelan takut nanti mata dia rosak. Sayanglah.Masa balik tadi pintu rumah tak tutup, aku dah berdebar. Risaukan mak. Terkejut aku nampak bapak tengah acukan pisau pemotong daging dekat leher mak. Mak menangis. Bapak pulak menjerit suruh aku tutup pintu lepastu masuk bilik. Aku ikut arahan dia. Lepas tu semuanya senyap. Tak berani aku nak keluar. Takut.
Khamis 16/8
Aku beranikan diri keluar dari bilik nampak mak dengan bapak tengah berpeluk dalam keadaan yang tak sepatutnya aku ceritakan. Aib sungguh keadaan mereka. Aku pegi dapur, bukak api masak meggi. Makan.
"Pulangkan kalau bukan milik kau"
aku teringat apa yang amar pesan. Aku berlari kearah bilik. Amik pen unik. Aku tahu tu bukan milik aku. Aku ceraikan badan dia. Aku bukak isi dia. Ada surat. Katanya, "mereka binatang. Bunuh guna pen ni dan kau akan bahagia. Atau kau buang pen ni dan hidup kau merana. Pilih."
Aku pilih bahagia.
Aku datang perlahan-lahan menuju kearah bapak yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Aku benamkan mata pen ni pada dada dia. Cucuk berkali-kali. Tapi bapak tak menjerit, bapak diam je. Dia tak marah? Aku pergi kearah mak buat benda yang sama, mak pun sama tak menjerit cuma mata dia terbeliak, terkejut mungkin?
Tangan aku berdarah. Hari ni aku tak pergi sekolah. Amar mesti bosan bila aku takdek.
Dah la aku penat nak tidur.
Jumaat 17/8
"Amar" aku panggil amar. Amar hanya memandang aku tanpa memberikan apa-apa reaksi. Oh yeah lupa nak bagitau amar ni buta. "Kenapa?" soal amar.
"Aku dah buat"
"Buat ape?"
"Macam pen tu suruh"
"Pen?"
"Ye, pen yang aku jumpa hari tu"
"Kau buat ape"
"....."
"Kau buat ape"
"...."
Aku masih diam berkira-kira perlukah aku bagitau dia?
"Tok imam ada bagitau sumpahan yang kene dekat Kama dia buang kat dalam pen"
"....."
Aku tergamam
"Pen ape ?"
"Pen klasik"Sejurus itu aku berlari pulang ke rumah. Mayat mak dan bapak mengharumkan seluruh ruang rumah. Aku capai pen yang aku guna untuk bunuh mereka. Surat tadi dah takdek. Mana? Puas aku cari.
Tiba-tiba terdengar suara mak."Cari ni ke?" aku menoleh kearah punca suara itu. Wajah mak pucat matanya terbeliak. Dadanya terkopak. Oh yeah, aku tahu kenapa mak tahu aku cari surat itu. Sebab aku lupa cungkilkan mata mak macam yang aku buat pada bapak. Kalau tak mak mesti mak tak tahu yang aku dah bunuh mereka.
Dah la aku penat. Aku tak nak tidur.
Aku ambil pen benamkan pada dadaku. Cungkilkan mata aku sendiri. Oh yeah, kini keluarga aku bahagia. Ye bahagia di neraka sama-sama.