46 : AKU MAHU JADI PERI-PERI

39 1 0
                                    

Jika aku jadi peri-peri
Aku mahu jadi sang pencinta paling bahagia
Jangan ditanyakan kenapa
Karena jawapannya tersorok di sebalik anak mata bundar miliknya

Jika aku jadi peri-peri
Aku mahu jadi musuh paling celaka dalam dirinya
Karena apa
Tidak kurang seminit pun dia akan melupakan aku dari kotak kotak pikirannya yang lohong

Jika aku jadi peri-peri
Terkadang, aku mahu jadi badut sarkas
Kau tahu kenapa
Senyumannya itu yang terpaling mahal daripada harga tas tangan berkulit buaya
Gelak tawanya juga lucu --lucu banget

Aku selalu ingin menjadi segala yang dia mahu aku jadi seperti
Pencinta yang setia kononnya seperti Harley Quinn.
Penghibur jiwanya yang lucu gaya Charlie Chaplin
Musuh nombor satu yang sentiasa mengganggu ketenteraman jiwanya seperti Sundel Bolong
Hanya jika, aku punya kuasa seperti peri-peri dari shurga.

Sehari Selembar PuisiWhere stories live. Discover now