Arisya Maisarah menelek kad undangan yang diterimanya di kolej siang tadi. Nak pergi ke tak ya? Ah, aku bukan diundangnya pun. Kenal aku pun tak. Tapi, aku nak pergi sangat! Tapi... Hatinya berbelah bahagi. Sama ada menerima ataupun menolak ajakan teman rapatnya untuk pergi ke majlis lahir seseorang di Taman Cenderawasih. Bayangan Aqila Syakirah muncul di minda.
"Ala, Isya... Jomlah teman aku pergi. Aku tak ada sesiapa untuk dibuat teman kat majlis tu nanti. Biasanya ibu ada, tapi malam ni dia pergi mesyuarat kelab dia tu dekat Damansara. Please Isya..." rengek rakan sekelasnya itu, merangkap sahabatnya yang paling rapat.
"Hmm... Aku tak pastilah, Qila. Lagipun, aku bukannya diundang pun. Kenal dia pun tak, dan dia lagilah tak pernah kenal aku," ucapnya seolah-olah berjauh hati. Kewujudan aku pun dia tak pernah sedar agaknya.
"Isya! Aku tak kira, kau kena ikut aku pergi jugak. Kita bukannya selalu dapat hangout sama-sama. Kalau aku free, kau sibuk. Kalau kau free, aku pulak sibuk. Lagipun, rumah aku pun kau jarang datang kan? So, I'll fetch you precisely at eight o'clock p.m. tomorrow, kita lepak-lepak kat rumah aku dulu, Solat Isya' then pergi rumah dia. Okay? Fullstop." Aqila menoktahkan kata-katanya. Arisya terkedu.
"Tapi..."
"No tapi-tapi. I've done with my sentence. Fullstop." Aqila berkalih ke hadapan apabila pensyarah mereka masuk ke dalam dewan kuliah itu. Arisya sekadar mendiamkan diri. Hmm... memang terpaksa dah ni. Dia sudah masak dengan perangai Aqila. Sekali dia kata begitu, maka begitulah yang akan terjadi. Kalau tak ikut kata-kata minachi ni, aku yang kena nanti, keluhnya sendiri.
Tok! Tok! Tok! Lamunan Arisya pecah berderai. Jam Icewatch di tangan dipandang sekilas. Oh, dah pukul lapan.
"Ya, ya. Isya dah nak keluar dah ni," ujarnya sedikit lantang.
Dia kemudiannya menanggalkan telekung yang masih membaluti tubuhnya untuk Solat Maghrib tadi lalu dilipat pantas dan dimasukkan ke dalam begnya. Kepalanya dipakaikan sehelai selendang biru secara ala kadar kerana nanti dia bakal menanggalkannya semula untuk Solat Isya' di rumah Aqila. Dia cepat-cepat mencapai beg tangannya itu sebelum bersalaman dengan ibu dan ayahnya lalu melangkah keluar dari rumah itu.
Azan yang berkumandang dari Masjid an-Nur di Taman Cenderawasih itu membuatkan dua orang gadis itu bergegas mengambil wudhu' lalu menunaikan rukun Islam yang kedua. Usai solat, masing-masing menanggalkan telekung lalu disidai di ampaian mini yang terletak di sebelah katil Aqila. Aqila memandang rakannya yang sedang termenung di birai katinya.
"Isya, kau okey tak ni?". Arisya tersentak lantas menoleh ke arahnya.
"Aku okey. Tapi, malaslah nak ikut. Kau pergi sorang boleh?" soal Arisya. Okey, aku tahu soalan ni soalan bodoh.
"What? Eh, mengadalah kau ni. Aku dah penat-penat drive tadi, ambil kau kat rumah kau, then kau suruh aku pergi sorang? No way, woman. Dah cepatlah siap, pakai tudung," gesa Aqila. Dia membetulkan tudungnya yang senget ke kanan lantas membuat sentuhannya yang tersendiri pada tudung tersebut, membuatkannya kelihatan cantik dan menarik. Dia tersenyum puas dengan hasilnya di hadapan cermin.
Arisya hanya memandangnya sayu. Ah, aku memang teringin sangat nak pergi, Qila. Tapi kalau aku pergi then tengok adegan yang menyesakkan jiwa buat apa? Dia menarik nafas lalu menghembusnya lembut. Aku kena pergi. Biarlah apa pun yang akan terjadi, tapi aku akan buat-buat tak nampak, okey? Pergi ni untuk tengok crush aku je. Yeah, and dapat jejak kaki kat rumah dia. Mana tahu kalau aku berpeluang jadi ahli rumah tu satu hari nanti, so aku tahulah selok-belok rumah tu. Ah, berangan je kau Isya. Huh, dia mengeluh. Arisya tersentak apabila sesuatu melekap pada kepalanya. Kepalanya didongak memandang Aqila.
YOU ARE READING
Dia Crush Aku!
RomanceArisya Maisarah yang sangat menyukai seseorang mengetahui segala hal tentang jejaka itu. Dia berharap agar lelaki pujaannya itu akan memandangnya suatu hari nanti. Walaupun mungkin sebagai seorang kawan, tapi mungkinkah harapan itu menjadi kenyata...