Minah Cool + Mamat Temper = ???

2.7K 91 9
                                    

Gadis itu tergopoh-gapah melangkah ke dalam syarikat tersebut. Aduh, aku dah lambat ni. Langkah diatur laju sambil menelek jam tangannya. Matanya dikalih pula ke hadapan dan...

Gedebuk!!!

Aduh, sakitnya! Siapa yang aku langgar ni? Soalnya dalam hati. Gadis tersebut memandang sebelah kirinya. Kelihatan seorang jejaka sedang mengusap perlahan bahagian kanan kepalanya sebelum menoleh memandang gadis itu. Gadis itu bangkit berdiri sambil mengibas perlahan punggugnya dan membetulkan bajunya yang terselak.

"Maaf. Saya minta maaf," kata gadis itu lalu melangkah meninggalkan jejaka itu.

"What?!" jerit lelaki itu tidak berpuas hati.

Bunyi pintu dibuka menarik empat pasang mata memandang ke arah pintu tersebut. Seorang lelaki sedang tersengih memandang ayahnya sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat itu. Dia menoleh pula ke arah gadis di hadapan ayahnya, namun tidak sempat kerana gadis itu cepat-cepat menoleh semula ke hadapan.

"Pa, sorry lambat. Tadi ada accident sikit kat office ni. Sorry kay?" ujarnya sebelum melabuhkan punggung di hadapan ayahnya, sebelah gadis tersebut. Datuk Fikri hanya menggeleng. Gadis itu pula tersentak. Accident? Alamak, habislah aku.

"Yang kamu sampai terjerit-jerit tu kenapa? Cuba kawal sikit emo tu. Malulah sikit dekat arkitek baru kita yang bakal menggantikan Puan Natasya. Kenalkan, ni Rasya Aqilah. Rasya, ni anak uncle yang akan berurusan dengan Rasya nanti, Firhan Asyraf. Kalau ada masalah dengan perangai dia yang baran tak habis-habis ni, report je dekat uncle." Datuk Fikri tersenyum memandang Rasya. Firhan hanya tersengih dan menoleh ke arah Rasya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Hai, Cik Rasya. Saya Firhan Asyraf. Selamat berkenalan." Rasya menoleh memandang ke arah lelaki tersebut.

"Assalamualaikum, Encik Firhan. Saya Rasya Aqilah. Maaf, saya tak dapat sambut tangan awak tu sebab kita bukan muhrim," ujar Rasya lalu menoleh semula ke arah Datuk Fikri yang tergelak perlahan mendengar kata-katanya. Firhan menarik semula tangannya. No smile? Serious face? Oh no! Takkanlah aku akan bekerja dengan minah yang garang macam ni? But, wait a minute! Minah ni bukan ke...

"Uncle, saya pergi dulu boleh? Ada meeting dekat office sekejap lagi." Rasya menggangkat punggung begitu juga Datuk Fikri dan Firhan.

"Boleh. Btw, Rasya akan start work with Firhan mulai esok. Terima kasih banyak atas kerjasama Rasya." Rasya hanya mengganguk.

"Assalamualaikum." Rasya kemudiannya cepat-cepat melangkah keluar dari bilik itu. Firhan tersedar lalu cepat-cepat mengejar langkah Rasya yang laju. Datuk Fikri hanya menggeleng membiarkan sahaja. Anak aku sorang ni, pantang nampak perempuan cantik, semuanya dikejar.

Rasya menelek jamnya entah yang ke berapa kali. Dia bangkit dari duduknya dan mula mundar-mandir di dalam bilik menunggu itu. Sesekali keluhan terbit di bibirnya.

"Ish, mamat ni! Berapa lama lagi aku kena tunggu dia ni?," soalnya sendiri dalam hati. Rasya melabuhkan punggung punggungnya semula di sofa itu. Fail yang berada di atas meja kopi dalam bilik itu dicapai. Dia mula menyelak sehelai demi sehelai helaian kertas di dalam fail tersebut untuk meneliti tentang struktur rekaan projek yang dikehendaki oleh syarikat Datuk Fikri. Beberapa minit kemudian, sehelai kertas A4 dicapai dan sebatang pensel kayu digunakan untuk melakar.

Bunyi ketukan di pintu menghentikan lakaran yang sedang dilukis. Firhan menjengulkan kepalanya dan menyuruh Rasya mengikutnya ke biliknya. Rasya mengeluh sambil mengemas barang-barangnya dan seterusnya mengikut langkah Firhan yang sudah melangkah masuk ke biliknya. Lelaki itu melabuhkan punggung di kerusinya manakala Rasya hanya berdiri di hadapan meja Firhan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 11, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Minah Cool + Mamat TemperWhere stories live. Discover now