Sahabat Akhirat

1K 49 11
                                    

Dia termenung jauh. Sangat jauh. Keluhan acapkali terbit dari mulutnya. Ah, amat mustahil untuk aku lakukan itu! Getusnya dalam hati. Tapi tidak salah jika aku mencuba. Ya, aku akan mencuba dan tidak akan berputus asa. Kali ini, aku mesti berjaya. Tekadnya sendiri. Kakinya mula melangkah pergi. Azam yang telah terpacak di dalam hati harus dipastikan tercapai.

Annur Syakirah melangkah perlahan. Dia tidak mahu membuatkan rakannya terkejut dengan kehadirannya. Dia akan menggunakan cara yang lembut untuk menarik semula rakannya yang telah jauh tersasar dari landasan agama. Nasib baik masih Islam. Jika tidak, jenuh juga mahu menanam semula iman dalam hatinya. Ish, nauzubillah. Simpang malaikat 44, aku tidak ingin rakanku ini terus tersasar. Aku akan cuba untuk mendekati hatinya, mengajaknya untuk sama-sama mengabdikan diri pada Tuhan yang satu. Tekadnya dalam hati.

"Assalamualaikum," sapa Annur Syakirah. Nor Afiqah agak tersentak, namun dia berpura-pura tidak menghiraukan gadis bertudung labuh itu. Malah, menjawab salam juga tidak. Ah, menyibuk aje minah bajet alim ni.

"Sesungguhnya, memberi salam itu sunat. Manakala, menjawab salam itu wajib," ujarnya lagi lantas melabuhkan punggung di sebelah rakannya itu.

"Waalaikummussalam. Kau nak apa datang sini? Kalau setakat nak bagi ceramah, baik kau blah," ujar Nor Afiqah kasar. Annur Syakirah sekadar tersenyum.

"Tak. Saya masih tidak cukup ilmu untuk beri ceramah pada orang. Saya datang sini, nak jenguk awak je. Awak sihat?" soalnya lembut. Sabarlah wahai hati. Pujuknya dengan lembut dan In Shaa Allah, usaha ini akan berhasil.

"Aku sihat. Kau tengok aku macam sakit ke?" Nor Afiqah masih bersikap dingin.

"Alhamdulillah, baguslah kalau begitu. Saya sekadar ingin mengetahui khabar saudara seislam saya. Dah berapa lama awak tak balik rumah ni? Awak tak sayangkan mak dan ayah awak ke?" soalnya. Nadanya masih kedengaran lembut, tidak mahu mengguris hati gadis yang sering diabaikan itu.

"Aku tak balik rumah? Hei sejak bila aku ada rumah, ada mak ayah? Aku cuma sebatang kara dalam dunia ni. Aku tahulah hidup kau lengkap, mewah. Tak macam aku, miskin. Ada mak ayah pun macam tak ada. Lagi satu, kau tak payahlah nak menyibuk sangat pasal orang lain. Cermin diri sendiri tu dulu!" Dengan kata-kata yang amat kasar itu, Nor Afiqah berlalu pergi. Air mata yang cuba ditahan oleh Annur Syakirah jatuh berjuraian. Aku kuat! Aku akan usaha lebih lagi!

Nor Afiqah termenung. Ah, apa nak jadi dengan aku ni? Sampai bila aku akan jadi macam ni? Soalnya sendiri. Dia ingin berubah. Cuma, mungkin pintu hidayah masih belum terbuka untuknya. Dia merenung dirinya sendiri. Ada ibu bapa, tapi ibu bapanya sendiri yang mengajar untuk hidup secara bersosial di luar. Nasibnya masih baik, kerana sama ada ibu, mahupun ayahnya, masih ada rasa sayang pada dirinya. Tidak menjualnya pada ibu-ibu ayam yang kejam di luar sana seperti sesetengah ibu bapa yang hanya inginkan wang dan sanggup menggadai maruah anak-anak mereka. Cuma, dia sendiri terikut-ikut dengan rakan-rakannya yang liar. Melepak, mengikuti acara perlumbaan dan nasib baik tidak terpengaruh dengan rokok ataupun dadah.

Jujurnya, dia masih bersyukur kerana masih hidup dalam dunia ini, meskipun dunia yang terasa gelap dalam hidupnya. Dia perlukan seseorang. Dia inginkan seorang sahabat. Sahabat yang sanggup mengahadapi segala kerenahnya. Yang sanggup menghadapi waktu suka dan duka bersamanya. Namun, kadangkala dia sudah tidak kenal lagi erti sahabat apabila kawan-kawan yang sekepala dengannya, Cuma akan ada bersamanya saat dia senang sahaja. Apabila dia perlukan bantuan, semuanya lari. Itukah namanya sahabat? Pastinya tidak. Dan pada saat ini, saat dirinya sendiri mengakui bahawa dia adalah seorang yang jahil. Dia perlukan seorang sahabat. Yang mampu membimbingnya untuk menunaikan solat, puasa serta ibadah-ibadah lain. Dia merasakan dirinya jahil. Amat jahil terutamanya pada pandangan Allah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 11, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sahabat AkhiratWhere stories live. Discover now