CINTA TERLARANG 44

10.2K 82 18
                                    

Keesokan harinya fariz pergi ke tempat kerjanya seperti biasa. Di sana dia bertemu dengan alisha. Dia nampak sedikit tertekan. Wajahnya tidak lagi kelihatan riang. Mungkin ekoran peristiwa semalam dia masih belum dapat fokuskan seluruh perhatiannya pada pekerjaannya. Dia lebih banyak mengelamun. Perlahan lahan fariz datang menghampirinya. "Kenapa dengan awak ni?... awak asyik mengelamun aje... masalah awak belum settle lagi ke?...", soal fariz sebaik saja dia duduk di sebelah gadis tersebut. "Memang masalah saya belum selesai... saya menghadapi dilema...", balas alisha dengan nada suara yang berat sekali.

"Dilema apa lagi ni?", soal fariz seraya memandang wajah gadis itu. "Sam menyuruh saya memilih di antara dirinya dan benji... mana satu kekasih yang saya cintai... masalahnya sekarang saya cintakan mereka berdua... jadi sukar untuk saya memilih di antara mereka berdua...", kata alisha dengan nada suara yang lemah. "Apa?... awak cintakan sam dan juga benji?... jadi cinta awak terbahagi dua, begitu?", fariz bersuara dalam nada suara yang terkejut. "Ya, begitulah... saya tidak tahu mana satu yang saya harus pilih sebab cinta saya pada sam masih ada begitu juga dengan benji... itu yang membuatkan saya sukar untuk membuat keputusan...", kata alisha.

"Saya tak tahu macamana nak selesaikan masalah awak ni sebab ini berkaitan dengan hati dan perasaan awak sendiri. Sebaiknya awak tanyalah pada diri awak sendiri, siapakah yang menjadi pilihan hati awak... sam atau benji... kalau saya jadi awak saya akan pilih benji sebab dia seorang lelaki sejati... jikalau awak berkahwin dengannya kelak awak akan dapat zuriat awak sendiri... tidak perlu ambik anak angkat macam pasangan gay or lesbian tu... saya bukannya menghina pasangan gay or lesbian tapi ini untuk menyedarkan segelintir orang bahawa perhubungan cinta yang terlarang seperti itu tidak membawa apa apa makna. Ianya akan berakhir dengan kesia-siaan... malah Tuhan sendiri pun tidak merestui hubungan seperti itu but oh well... itu terpulang pada setiap individu. Saya cuma menasihati saja. Dengar atau tidak dengar... itu terpulang pada individu itu sendiri. Jikalau ada yang rasa cinta terlarang seperti itu betul, ya teruskan saja... tapi akibatnya di akhirat kelak sendiri yang tanggung...", ucap fariz dengan wajah yang serius. Alisha terdiam selepas itu...

*** *** ***

Hari itu merupakan hari cuti umum. Fariz segera balik ke kampung halamannya untuk menjenguk adik adiknya di kampung. Sebaik saja dia sampai di rumah pak longnya dia pun terus di sambut mesra oleh adik adiknya shima dan shila. Mereka kelihatan baik baik saja. Apabila fariz melihat mereka baik baik saja dia merasa sungguh lega sekali. Dia membawa barang makanan dan juga dua helai baju baru untuk adik adiknya. Bukan main gembira lagi shima dan shila sebaik saja mereka melihat abang mereka datang menjenguk mereka di kampung. Terubat sedikit rasa rindu di hati mereka. Cuma mereka merasa terkilan sebab emak yang tercinta tidak dapat datang menjenguk mereka di kampung tapi fariz berjanji pada mereka yang dia akan membawa mereka ke bandar untuk bertemu dengan emak mereka apabila mereka ada cuti panjang kelak. Dalam diam adik adiknya merasa tidak sabar lagi menunggu musim cuti tiba. Malam itu fariz bermalam di rumah bapa saudaranya...

*** *** ***

Tan sri rizal berdiri di balkoni rumahnya sambil memandang di kejauhan. Sejak natasha kekasih gelapnya menghilangkan diri dengan lelaki lain dia tidak lagi selalu keluar malam. Bila habis waktu pejabat dia terus balik ke rumahnya. Tapi masalahnya sekarang isterinya tidak melayannya seperti dulu lagi. Dia mula berfikir mungkin inilah akibat perbuatannya yang selalu tidak balik ke rumah selama ini. Lama kelamaan hubungan di antara dirinya dan isterinya semakin goyah dan hambar. Dia merasa menyesal kerana mengabaikan isterinya yang selama ini begitu setia menunggunya di rumah. Sepatutnya dia tidak harus berlaku curang di belakang isterinya. Tapi setelah dia di goda oleh perempuan yang bernama Natasha itu dia mula berlaku curang di belakang isterinya tapi akhirnya dia di tinggalkan oleh perempuan tersebut gara gara dia sudah mendapat seorang 'sugardaddy' yang baru. Sungguh sakit hati tan sri rizal bila dia di tinggalkan oleh perempuan tak guna itu. Dalam diam dia telah mengupah pembunuh upahan untuk membunuh perempuan sial tersebut. Dia hanya menunggu berita kematian perempuan celaka itu.

Lamunannya terhenti sebaik saja dia melihat isterinya, puan sri mia melangkah keluar dari dalam kereta mazda hitamnya. Dia pun melangkah turun ke tingkat bawah. Dia memandang wajah isterinya yang kelihatan letih itu. "Awak baru balik?", soal tan sri rizal dengan lembut. Puan sri mia hanya diam membisu. Dia duduk di atas kerusi sambil memejamkan matanya. Perlahan lahan tan sri rizal duduk di sebelahnya. "Mia... maafkan abang kerana selama ini abang selalu mengabaikan awak... sebenarnya abang tak bermaksud hendak mengabaikan awak untuk selamanya. abang cuma sibuk dengan pekerjaan abang di pejabat tu tapi mulai dari hari ini abang akan berusaha untuk menghabiskan masa dengan awak... abang berharap semoga awak akan beri peluang pada abang untuk berubah...", kata tan sri rizal perlahan lahan.

Puan sri mia membuka matanya. Dia memandang wajah suaminya itu. "Apa mimpi abang semalam sehinggakan abang tiba tiba nak berubah ni?", soal puan sri mia ingin tahu. Matanya kini tertumpu ke arah wajah suaminya. "Sebenarnya abang baru saja tersedar yang hubungan kita semakin hari semakin hambar... saya sibuk dengan urusan saya... awak pula sibuk dengan urusan awak, sehinggakan kita jarang sekali meluangkan masa bersama. Jadi saya fikir sudah tiba masanya untuk kita memperbaiki hubungan kita yang hambar ni...", kata tan sri rizal dengan bersungguh sungguh. "Oh really?", soal puan sri mia macam tidak percaya dengan apa yang di dengari nya saat itu. "Ya...", balas tan sri rizal sepatah. "Hahaha... awak ni... buat lawak pula... hahahha...", tawa puan sri mia. Itu pun tawa yang di buat buat. "Eh... saya tak buat lawaklah... saya serius ni... apa kata kalau saya bawa awak melancong kat parish hujung minggu ni. Kita pergi ke sana selama seminggu. Di sana nanti kita boleh habiskan masa bersama sama. Tanpa buat kerja dan tanpa anak di sisi... yang ada cuma kita berdua saja...", cadang tan sri rizal dengan wajah yang serius.

Puan sri mia diam membisu. Dia berfikir tentang suaminya itu. Suaminya mengatakan bahawa dia ingin berubah dan dia ingin meluangkan masa dengannya. Itu satu perubahan yang positif dari suaminya tapi masalahnya sekarang perasaan cintanya terhadap suaminya sudah semakin hambar. Namun dalam pada itu dia merasa kasihan pula pada suaminya apabila dia melihat suaminya menagih cinta daripadanya. Dia tidak sampai hati hendak mengecewakan lelaki tersebut. Bertahun lamanya dia hidup bersama suaminya. Belum pernah dia merasai kasih sayang dan cinta sejati dari suaminya tapi mungkinkah kali ini suaminya benar benar berubah dan mencintainya sepenuh hatinya?... hm... entahlah... "mia... mia... awak dengar tak apa yang abang tanya ni?", kedengaran tan sri rizal bersuara di sebelahnya. "Apa dia?... saya tak dengarlah...", soal puan sri mia sebaik saja dia tersedar dari lamunannya. "Abang tanya awak... awak setuju tak dengan rancangan abang ni?", soal tan sri rizal ingin tahu. "Berikan masa untuk saya memikirkannya dulu...", balas puan sri mia. "Baiklah saya bagi awak masa untuk memikirkannya tapi jangan lama lama, ya...", setelah tan sri rizal berkata begitu dia pun beredar dari situ.

Puan sri mia mula berfikir panjang. Dia rasa dia perlu beri suaminya peluang untuk memperbaiki hubungan mereka yang semakin hambar. Jikalau suaminya bisa berubah mungkin dia akan cuba berusaha untuk menghapuskan perasaan cintanya terhadap fariz. Itu pun jikalau dia dapat menghapuskan perasaan cintanya terhadap pemuda tersebut. Sebenarnya dia merasa sungguh bersalah terhadap suaminya kerana dia mencintai lelaki lain. Dia tahu ini semua salahnya kerana dia membiarkan dirinya bergaul rapat dengan fariz. Fikirnya jikalau dia bergaul rapat dengan pemuda tersebut dia akan dapat menghilangkan rasa sunyi di hatinya tapi tanpa di sedarinya dia jatuh cinta pada pemuda itu pula.

"Ini satu kesilapan yang besar, mia... kau sudah berkahwin tapi kenapa kau membiarkan diri kau di hanyutkan oleh perasaan cinta kau terhadap fariz?... kenapa kau tidak berusaha mencintai suami kau sendiri?... apa apa pun kau harus buang jauh jauh perasaan cinta kau terhadap fariz tu... kau harus ingat yang kau tu isteri orang... lagi pun kau tu sudah semakin tua... kau jangan ingat nak bermain cinta dengan lelaki muda pula...", bisik puan sri mia pada dirinya sendiri. Dia cuba memberikan peringatan pada dirinya sendiri. "Tapi.... ya Tuhan... tolonglah hambaMu ini untuk melupakan perasaan cintaku terhadap fariz... tolonglah aku...", bisik hati kecilnya dalam diam. Dia menutup matanya sambil mencuba melenyapkan bayang wajah fariz dari mindanya...

AUTHOR NOTE: OKAY, TO BE HONEST MIZZ SEDANG BERFIKIR PLOT CERITA YANG TERAKHIR. INI BELUM SAMPAI PART YANG TERAKHIR LAGI. MASIH ADA PART YANG TERTINGGAL. ANYWAY, TERDAPAT BEGITU BANYAK ENDING STORY NI DALAM OTAK MIZZ SEKARANG. MIZZ TAK TAHU MANA SATU ENDING YANG TERBAIK UNTUK CERITA NI SAMADA NAK BUAT HAPPY ENDING KE, SAD ENDING KE, TRAUMATIC ENDING KE, SHOCKING ENDING KE OR MAYBE TRAGIC ENDING?... SEMUANYA ADA TAPI MIZZ TINGGAL PILIH AJE... HM... MAYBE MIZZ WILL DECIDE LATER ON LAH....

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now