Tombol pintu dipusing mengikut arah jam. Pintu bilik dikuak separuh lalu ditutup semula. Kerusi kerja ditarik daripada bawah meja. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Tangan pantas mengambil sebuah buku berwarna biru tertulis 'Jurnal Syafiz Zikri' di muka depan. Buku tersebut diselak laju. Terpapar dua belah muka surat kosong yang menunggu untuk diisi. Tangan kiri licik menyelongkar bekas pensel. Mencari-cari sebatang pen biru. Penutupnya dibuka. Batang pen terus menari cekap di atas kertas, mencurahkan dakwatnya.
**********
Ahad 18 September
9.01 pagi
Jika nak dijadikan cerita, malam tadi aku pergi ke sebuah pasar malam. Aku pergi ke sana naik LRT. Ayah, Mak dan Adik pergi kenduri di rumah Mak Su. Angah pula ada kem di sekolah sejak hari Jumaat lalu. Jadi, aku sendirilah tinggal di rumah. Bosan tu memanglah bosan. Sebab tu aku telefon ayah nak minta izin pergi ke pasar malam. Pada mulanya, ayah tak izinkan. Tapi, aku pujuk ayah sampai dapat.
Bila aku sampai di pasat malam tu, aku terus jalan-jalan pusing pasar malam. Aku tercari-cari juga kalau-kalau ada 'member' yang datang ke situ. Tapi, diorang semua tak ada pula nampak batang hidung. Sekitar jam lapan begitu, aku duduk dekat sebuah tempat yang agak lengang daripada kunjungan ramai orang. Baru separuh pasar malam yang aku sudah lewati. Aku bukannya perempuan yang tak reti penat fasal bab shopping ni. Tujuan aku ke sini cuma untuk lepak je. Aku keluarkan telefon bimbit aku dari poket baju. Sedang aku pasang earphone pada telinga aku, tiba-tiba ada seorang lelaki berbaju merah merampas telefon aku dan bawak lari. Tanpa teragak-agak, aku kejar lelaki tadi.
Aku kejar peragut tadi sehingga jauh dari pasar malam tadi. Dia memasuki sebuah lorong gelap di antara belakang bangunan kedai. Kelibatnya tadi hilang di sebuah selekoh. Belum sempat aku memasuki selekoh itu, peragut tadi tercampak keluar beberapa meter dari aku. Aku terkejut. Aku beranggapan ada seseorang yang telah memukul peragut tersebut.
Anggapan ku memang tepat tatkala ada seorang lelaki meluru ke arah peragut tadi yang sedang terbaring di atas tanah dalam keadaan separa sedar. Lelaki tadi menumbuk peragut tadi sehingga pengsan. Aku cuma melihat adegan tadi dengan mata terbuka luas dan peluh laju menitik di dahi. Lelaki itu memakai jaket hoodie berwarna hitam, berseluar hitam dan berkasut hitam jenama Jazz Star. Seluruh kepala ditutup dengan hoodie jaket tersebut kecuali di bahagian muka. Dia memakai sebuah topeng muka yang agak menyeramkan. Aku nampak topeng itu ada di jual di pasar malam tadi. Menurut pengamatan aku, dia mempunyai kulit yang agak cerah apabila aku melihat kulit tangannya.
Dia mengeluarkan telefon bimbit ku daripada genggaman peragut tersebut lalu melangkah senyap ke arah aku. Dia menghulurkan telefon tu kepada aku. Jarak antara aku dan dia cuma berada dalam lingkungan satu hingga dua meter sahaja. Ia membuatkan jantung ku berdegup pantas. Liang-liang roma ku mula melepaskan peluh dingin. Bukan sebab takut, tapi sebab lain yang aku tak dapat nak terangkan bagaimana. Aku perasan yang dia sedang melihat aku dengan pandangan yang tajam walaupun muka ditutup penuh oleh topeng tersebut. itu membuatkan jantung aku nak meletup dan hati aku berasa tak sedap je. Lelaki itu mempunyai aura yang menakutkan walaupun dari segi ketinggian, aku jelas mengalahkan dia.
Tangan ku yang basah tadi diangkat untuk mengambil telefon yang dihulur tadi. Belum sempat aku mengambilnya, dia pantas menarik balik telefon tersebut. Telefonnya pula dikeluarkan daripada poket jaketnya. Kata laluan jenis pin terpapar pada skrin telefon ku setelah butang 'on' ditekan. Dengan sekali tekaan, dia dapat memecah masuk ke dalam telefon aku. Aku tahu, password telefon aku itu terlalu 'common'.
Aku perhati je apa yang dia tengah buat. Jarinya yang kurus itu laju menekan-nekan skrin telefon ku dan telefonnya dalam keadaan serentak. Entah apa yang ditekanya, aku pun tak tahu. Tak sampai seminit, dia serahkan semula telefon aku. Dengan teragak-agak, tangan ku mencapainya. Tiada ucapan terima kasih yang aku hulurkan. Tangan ku pula pantas memeriksa telefon tersebut kalau-kalau ada benda tak baik yang dia dah buat. Lelaki itu masih berdiri di hadapan ku sambil menekan-nekan sesuatu di telefonnya. Tidak semena-mena, aku dapat satu mesej dari Wechat. Nama pengirimnya ialah Black.
- Jangan risau, aku tak buat apa-apa pun dekat phone kau!-
Aku terkejut. Aku terus menyemak identiti 'Black' di dalam Wechat. Ternyata kesemua informasi tentang dirinya berada dalam mod 'private'. Aku langsung tidak boleh mengetahui apa-apa tentang pengirim tersebut. Telefon aku berbunyi lagi menandakan ada sebuah mesej lagi masuk.
-Aku cuma masukkan id wechat kau ke dalam phone aku je-
Aku mula faham sekarang. Aku cakap dekat lelaki yang berada di hadapan aku.
" kau ke yang kirim ni?"
Dia menaip, -Ya, aku yang taip. Aku tak kan bercakap dengan kau. Kita cuma boleh bercakap di dalam Wechat je.-
-kau... bisu ke?- Aku menaip.
Dia cuma membalas dengan tiga noktah. Aku tak pasti sama ada 'ya' ataupun 'tak'. Tapi, kenapa guna cara ni? Kenapa kau nak sangat kenal dengan aku sampai nak ambil id Wechat? Kenapa?
-nama kau apa?- aku bertanya lanjut.
-kau boleh panggil aku Black. Kau?-
"Syafiz Zikri." Aku menjawab ringkas.
" Kenapa kau... pakai topeng?" sifat ingin tahu aku tiba tiba meningkat. Seperti ada sesuatu yang penting terhadap dirinya. Namun, tiada jawab darinya. Suasana menjadi tegang. Aku cuba memperbaiki keadaan.
" Umur kau berapa? "
-16 tahun, kau?-
" 17 tahun." Aku menjawab.
" Kau buat apa kat sini?" aku bertanya lagi. Tapi, dia diam je. Tiada tanda-tanda hendak menjawab. Kepalanya tertunduk. Aku bertanya lagi. Dia masih berdiam diri. Sehingga 4 kali aku mengulang benda yang sama, dia masih lagi diam. Aku sudah mula menyampah dengan sikat dia ni. Jadi, aku pun pergi. Tinggalkan dian seorang diri di situ. Semasa berjalan, aku toleh ke belakang. Dia masih berada di situ. Tidak berganjak sedikit pun. Kepala masih tertunduk. Aku cuma beranggapan yang dia merupakan orang gila yang tengah sesat walaupun bajunya berada dalam keadaan elok. Entahlah, aku malas hendak fikir walaupun otak aku nak sangat tahu dia ni siapa sebenarnya.
YOU ARE READING
Jurnal Seorang Lelaki
RandomIni cuma cerita pendek. Bukan novel. Jadi.. tak perlulah ada sinopsis ye. apa apa pun enjoy!