Cerpen pendek- Rahsia Hati

10.6K 118 19
                                    

Tisya merupakan seorang gadis innocent. Susuk tubuh yang langsing, tinggi dan berkaca mata. Apa yang membuatkan Tisya kelihatan innocent?

Perangai dia yang sentiasa dalam keadaan blur dan wajah nya yang kelihatan suci. Tetapi di sebalik ke-innocent-an Tisya, dia juga merupakan seorang yang happy go lucky. Di mana sahaja dia pergi dia akan mudah memperoleh rakan.

Pagi itu merupakan hari yang ceria buat Tisya. Kenapa dia ceria pun dia tak tahu. Sedang dia berlari-lari untuk keluar daripada kelas, dia terlanggar seseorang. Perlanggaran yang berlaku itu telah menghasilkan momentum yang kuat sehingga Tisya tidak dapat mengimbangi badannya.

"Hoi kau ni jalan elok-elok tak boleh ke?!" Sergah orang yang telah dilanggar Tisya. Suara nya garau. Ya, dia lelaki.

Tisya yang telah terduduk itu berkerut menahan sakit di bahagian pinggang. Dia mengangkat mukanya perlahan-lahan. Terus mata nya terbuntang luas. Lelaki di hadapan nya itu sudah pun bangun mengibas kotoran di seluar sambil memandang tajam ke arah Tisya. Tisya terus meloncat bangun.

"Mata kau taruk mana? Bontot?!"

Mencerlung mata Musa mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Tisya. Tidak sangka gadis seperti Tisya berani berkata begitu. Sangkaan nya selama ini Tisya hanya seorang gadis yang polos meleset sama sekali.

"Hey bontot bontot kau jangan sebut eah. Aku sensitif!" Balas Musa geram. Dia terus melangkah masuk ke dalam kelas. Beg dihempas sedikit di atas kerusi. Baju kemeja yang sudah terkeluar sedikit di selitkan semula ke dalam seluar.

Tisya memandang Musa yang sudah duduk di kerusi itu. Di jelingnya sebelum memandang ke hadapan. Walaupun Musa tidak nampak tapi dia tetap mahu menjeling. Dia geram dengan lelaki itu. Langkah di buka untuk menuju ke tandas.

"Sedap ke Musa dapat berlanggar dengan Tisya?" Rakan semeja Musa mula menyakat.

"Diam lah. Dia tu jalan tak reti nak pandang depan. Melompat-lompat je kerja. Macam beruk!" Musa melepaskan geram dengan menumbuk meja belajarnya.

Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia menghamburkan kata-kata kesat kepada Tisya biar dia sedar siapa dirinya. Namun keadaan dan tempat tidak sesuai untuk dia melakukan semua itu. Prestasi nya sebagai senior yang sering menjadi rebutan para gadis akan jatuh jika dia terlalu ikutkan perasaan. Nama baiknya harus dijaga sebaik mungkin.

"Eeee hensem nya diaaa. Muka masa tengah marah pun hensem. Alahai hati tolonglah berhenti berdegup laju. Aku tak dapat tahan dah ni." Kata Tisya seorang diri di hadapan cermin tandas. Dia menekan-nekan bahagian dada nya. Nafas ditarik dalam dan selepas itu dia terbatuk-batuk kerana bau tandas yang kurang menyenangkan.

Alahai Tisya.. kalau iya pun nak tarik hembus nafas, cari lah udara yang segar sedikit.

Tidak dinafikan lagi, Tisya juga merupakan salah seorang peminat Musa. Tetapi Tisya meminati Musa dalam senyap. Hanya dia sahaja yang tahu perasaan nya terhadap Musa. Namun apabila berhadapan dengan lelaki itu, dia cuba untuk tidak menunjukkan minatnya kepada Musa.

"Okay dah. Hati, enough. Kau jangan nak perasan lebih-lebih. Semua yang jadi tadi tu tak sengaja je okay? Tak sengaja." Tisya menghembuskan nafas nya kuat melalui mulut dan terus beredar semula ke kelas.

Tisya berjalan riang menuju ke kelas nya. Pintu kelas diketuk.

"Assalamualaikum.." meleret Tisya memberi salam dengan senyuman di bibir.

"Woww Tisya.. Happy je muka lepas berlanggar dengan Musa. Ada apa-apa ke ni?" Pelajar lelaki mula menyakat. Tisya terus membuat muka menyampah lalu menuju ke meja nya.

Rahsia Hati (COMPLETED)Where stories live. Discover now