part 4

1.2K 62 0
                                    


.
LANGKAH kaki diaturkan menuruni anak tangga itu. Sekilas anak matanya memandang ke tingkat atas, ke pintu biliknya. Amsyar… saya harap awak akan bangun solat Subuh. Dia masih mengharap. Sekejap sahaja dia sudah memasuki ruang dapur. Terkejut beruk dia apabila melihat sekujur tubuh yang sedang duduk di meja makan di dalam gelap.
.
Siapa? Pencuri ke? Orang jahat ke? Dia sudah berdebar kencang. Apa yang aku nak buat ni? Ambil batang penyapu ke? Anak matanya melilau mencari penyapu. Mana pulak penyapu ni? Dia melangkah perlahan. Terhendap-hendap dia mencari penyapu di tepi peti ais. Ada pun! Batang penyapu itu dicapai. Namun baru sahaja dia ingin menoleh, tiba-tiba sahaja ada suara yang menyapanya.
.
“Buat apa?” Terpelanting batang penyapu yang dipegangnya kerana terkejut.
.
“Aaa…” Baru sahaja dia ingin menjerit mulutnya sudah ditutup oleh sepasang tangan itu. Dania memejamkan kelopak matanya. Takut untuk berhadapan dengan kemungkinan dia akan dibunuh oleh penjahat itu. Di dalam hatinya dia sudah mengucap panjang.
Perlahan kelopak matanya dibuka apabila tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh lelaki itu. Seraut wajah itu dipandangnya.
.
Siapa ni? Aku tak kenal dia! Mesti orang jahat! Tapi muka dia… tak nampak macam jahat pun? Kakinya cuba memijak kaki lelaki itu. Namun lelaki itu lebih pantas mengelak. Cuba digigitnya tangan lelaki itu. Juga tidak berjaya.
.
“Siapa awak ni?” Berkerut dahinya apabila lelaki itu menyoalnya dengan soalan sebegitu. Aik… apa ke pelik? Sepatutnya aku yang tanya dia siapa, kan? Sebab aku langsung tak kenal dia! Dia cuba untuk bersuara, namun tangan lelaki itu masih terletak elok pada mulutnya.
.
“Awak ni… ” Dia cuba meneka sesuatu. Senyuman dihulurkan kepada wanita itu. Sekejap sahaja tangannya sudah tidak melekat lagi pada mulut wanita itu. Teringat pula pada alunan bacaan Al-Quran yang didengarinya seawal pagi tadi.
.
“Awak ni isteri Amsyar?”
Makin pelik Dania dibuatnya. Dia kenal aku? Siapa dia? Tubuhnya cuba dijarakkan daripada lelaki itu. Cepat-cepat dia bergerak ke arah suis lampu. Dapur yang tadinya gelap sudah terang berderang. Kali ini dia sudah dapat melihat dengan jelas seraut wajah itu. Eh, ada iras dengan… Jangan-jangan adik dia tak?
.
“Awak ni…” Arsyad tergelak kecil.
.
“Saya Arsyad. Adik Amsyar. Baru sampai pukul empat pagi tadi. Selamat berkenalan, kakak ipar.”
Dania masih diam tidak berkutik. Anak matanya masih tidak berkelip memandang lelaki itu. Apakah lelaki ini juga seperti Amsyar? Apakah lelaki ini juga akan membencinya seperti Amsyar? Seperti mama Amsyar?
Arsyad kepelikan dengan riak kurang senang gadis itu. Kenapa dengan dia? Ada yang tak kena ke dengan muka aku?
.
“Awak tak nak kenalkan diri awak? Isteri Amsyar, kan?” Dia menyoal lagi inginkan kepastian. Sekejap sahaja anak matanya singgah pada kesan lebam pada dahi gadis bertudung itu. Ada yang tak kena ke? Dia cuba menduga. Dania mengangguk perlahan. Mengiyakan soalan lelaki itu.
.
“Dania.” Hanya sepatah sahaja jawapannya. Dia sudah tersenyum lebar. Akhirnya… nak jugak dia bercakap dengan aku.
.
“Awalnya turun? Kenapa tak sambung tidur balik?” Liurnya diteguk perlahan. Kenapa dia masih nak menyoal aku? Sekejap lagi, pasti dia juga akan berlagak seperti Amsyar. Seperti mamanya.
.
“Maaf, saya minta diri dulu.” Kakinya dilangkahkan ke sinki. Kenapa dia ni macam pelik aje? Dia gaduh dengan Amsyar ke? Takkanlah… Bukan ke mereka baru kahwin awal bulan
lepas? Melihat riak kurang senang gadis itu, Arsyad terus melangkah keluar. Kakinya mendaki anak tangga. Fikirannya masih teringatkan kakak iparnya itu. Mindanya penuh dengan tanda tanya. Sekejap sahaja dia sudah menjungkitkan kedua belah bahunya sendiri. Entahlah! Ini yang buat aku rasa takut nak kahwin ni! Macam-macam boleh jadi lepas kahwin!
.
.             
.
PELUH dingin pada dahinya dikesat perlahan. Ya Allah… matilah aku kali ni! Mesti mama akan marah gila kejap lagi.
.
Gara-gara terserempak dengan Arsyad pagi tadi, dia terlewat menyiapkan rutin hariannya. Pagi ini dia cuma menyediakan nasi goreng, telur mata kerbau dan roti sandwich untuk sarapan pagi .
(Bersambung .. )

Perempuan Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now