part 8

1.1K 49 1
                                    


.
Arsyad mengerutkan dahinya. Kenapa Dania macam takut sangat dengan suaminya sendiri? Apa sebenarnya yang mama sembunyikan? Dan Amsyar... Kenapa dia macam berkasar sangat dengan isterinya itu? Aku betul-betul tak faham dengan semua ni
.
.    
.
SEPASANG tangannya lincah menyediakan sarapan pagi. Roti sardin dah siap. Nasi lemak pun dah siap. Cuma mee goreng masih dalam kuali dan telur mata kerbau baru nak dibuat. Tengok! Banyak betul sarapan pagi yang kena sediakan. Tapi yang nak makan... cuma enam orang. Tak habis pun! Membazir betul, kan? Tapi nak buat macam mana. Satu arahan! Kenalah ikut kalau tak nak kena pukul. Namun dia ikhlas dengan semua itu. Walau sesukar mana pun hatinya tetap ikhlas menyediakan makan minum keluarganya. Dania tersenyum di dalam hati. Syukurlah... aku masih mampu bertahan hingga ke saat ini.
.
Derap langkah kaki seseorang memasuki ruang dapur membuatkan Dania berpaling ke arah pintu dapur. Senyuman dihulurkan.
.
"Assalamualaikum, abang. Awal abang hari ni?" Dia sekadar bertanya walaupun dia tahu kemungkinan besar soalannya akan dibiarkan sepi tanpa jawapan. Namun, dia tak akan pernah berputus asa. Ya, salam tidak dijawabnya. Langkah kaki diaturkan menghampiri Dania yang masih menggoreng mee goreng.
.
"Masak apa?" Soalan tanpa perasaan meniti bibirnya. Dania mengukirkan senyuman. Walaupun dia tahu soalan itu tidak ikhlas, dia tetap tersenyum untuk suaminya itu.
.
"Mee goreng. Dah nak masak ni. Abang duduklah dulu. Nanti Nia hidangkan." Api di dapur dimatikan.
.
"Aku tak suka kau rapat sangat dengan Syad." Dania menoleh ke arah suara itu. Lelaki di sisinya itu langsung tidak memandangnya. Dahinya dikerutkan sekejap.
Apa pulak kena mengena dengan Arsyad?
.
"Hah? Tapi saya tak..."
.
"Tak apanya? Aku nampak Arsyad tu macam sukakan kau aje? Tak habis-habis nak back up kau! Kau pun sukakan Syad ke? Kau kena ingat Dania... Kau tu isteri aku! Aku berhak haramkan kau berbual dengan Arsyad tu!" Laju dia mencantas ayat yang baru dituturkan oleh Dania itu. Satu pandangan tajam dihalakan ke arah isterinya itu. Haramkan? Sampai macam tu sekali?
.
"Tapi... takkanlah sampai macam tu sekali. Dia cuma seorang adik bagi saya." Huh! Dia mencebik sinis.
.
"Yelah sangat, kan? Kau tu bukannya boleh dipercayakan pun! Silap-silap hari bulan kau sendiri yang masuk bilik Arsyad tu! Serah diri sendiri!"
Terasa seperti nafasnya putus apabila tuduhan sebegitu menghempap dirinya. Daripada seulas bibir suaminya! Senyuman hambar dihulurkan.
.
"Saya tak akan buat perkara macam tu!" Suara mendatar itu membuatkan dia tergelak sinis.
.
"Ha'ah... terlupa pulakkan? Kau kan Perempuan Bidadari Syurga. So, tak adalah kau nak buat benda-benda macam tu kan?" Dia ketawa besar setelah memerli perempuan itu.
Dania terdiam sekejap.
.
Amin... saya akan mengaminkan setiap doa dan kata-kata awak itu, Amsyar. Semoga saya betul-betul mampu menjadi salah seorang perempuan bidadari syurga kelak.
.
"Nia? Abang Am? Buat apa tu?" Suara Arsyad muncul di muka pintu dapur.
Dania menelan liur. Jangan-jangan... Arsyad dengar ke perbualan mereka? Amsyar menjeling sekilas ke arah isterinya. Menghantar amaran tanpa suara. Tengok! Kat mana ada isteri aku, kat situlah Arsyad akan datang! Memang boleh menimbulkan syak was sangka, kan?
.
"Tolong Nia masak." Amsyar menjeling sekilas ke arah isterinya.
Arsyad tersenyum sambil mengorak langkah menghampiri pasangan suami isteri itu.
.
"Nia masak apa? Bau macam best aje?"
.
"Hah? Er... mee goreng." Tergagap-gagap suaranya apabila melihat jelingan tajam suaminya. Sungguh, dia sudah serba salah sendiri! Ya Allah... bantulah hambaMu ini. Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi seorang isteri yang derhaka pada suaminya. Tapi... aku juga tak mahu Arsyad mengesyaki apa-apa. Demi aib aku dan suami aku!
.
"Waa... sedapnya."
.
Amsyar panas telinga! Juga panas hati! Kakinya terus dilangkahkan meninggalkan Arsyad dan Dania.
.
"Eh, abang Am! Nak gi mana? Jomlah makan sekali. Alang-alang abang Am dah awal hari ni. Bolehlah makan sekali. Dania pun jom lah makan sekali." ajaknya walaupun terasa sedikit kejanggalan .
.
bersambung ...

Perempuan Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now