part 14

1.4K 46 2
                                    


.
“Penting? Saya tak rasa macam tu!”
.
“Saya cintakan awak, Dania…”
Dania terdiam sendiri. Kelu lidahnya dengan kata-kata lelaki itu. Benarkah? Betulkah? Dia menyoal diri sendiri.
.
“Saya dah jatuh cinta pada awak, Dania. Saya dah jatuh cinta pada awak sejak saya ternampak wajah polos awak sewaktu awak tertidur kat tepi peti ais hari tu. Sebab tak sampai hati, saya angkat awak ke katil awak.”
.
“Sebab tu juga saya kena marah teruk dengan lelaki tu.”
.
“Ya, saya tahu… Sebab tu juga awak kena halau tidur kat luar, kan?”
.
Dania mengerutkan dahi. Macam mana dia boleh tahu pulak? Dia dengar ke?
.
“Macam mana saya boleh tahu?” Dia menyoal apabila melihat raut wajah berkerut itu. Pasti persoalan itu yang ada di dalam mindanya.
.
“Abang Amsyar ceritakan pada saya. Bukan sewaktu dua tahun yang lepas. Tetapi selepas dia kemalangan.” Kemalangan? Amsyar kemalangan?
.
“Macam mana keadaan dia?”
.
“Sebab tu saya cari awak, Dania. Abang Amsyar hutang kemaafan dengan awak. Sekarang dia terlantar di hospital bertarung nyawa. Dan… hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita.” Menitis air mata Dania mendengar berita itu. Amsyar… Asyraf belum dapat kenal papanya lagi. Tapi… awak dah nak pergi tinggalkan dia. Saya minta maaf Amsyar… Sebab rahsiakan tentang kelahiran Asyraf Damsyar.
.
“Dania… saya harap sangat awak dapat datang jumpa dia. Sekurang-kurangnya awak maafkan dia. Mungkin dia boleh pergi dengan hati yang tenang?”
.
“Tapi… mama macam mana? Mama akan marahkan saya macam dulu! Saya dah tak sanggup Arsyad! Saya dah tak sanggup dihina… dimaki macam dulu! Apatah lagi depan anak saya! Saya tak nak anak saya merasai apa yang saya rasa. Cukuplah hanya saya seorang yang merasakannya!”
Arsyad melepaskan keluhan berat. Bibirnya menguntumkan senyuman hambar.
.
“Mama dah meninggal, Dania.”
Bulat matanya memandang seraut wajah itu. Antara percaya atau tidak… dia masih ragu-ragu dengan kenyataan itu.
.
“Ya, Dania. Beberapa bulan selepas awak pergi tinggalkan rumah tu, mama jatuh tangga. Lepas tu mama kena stork. Separuh daripada badannya lumpuh. Dua bulan selepas tu mama meninggal. Genap setahun mama meninggal, Amsyar pula yang kemalangan. Dan saya rasa… Amsyar mahukan kemaafan awak, Dania.”
.
“Tapi saya tak rasa macam tu. Dia bencikan saya sangat-sangat. Sampai dia sanggup tuduh saya curang dengan awak, Arsyad.”
.
“Ya, saya tahu… Tapi sebenarnya mama yang reka cerita tu. Mama cakap dia nampak awak masuk dalam bilik saya dan buat benda tak elok dengan saya.”
.
“Ya… sebab tu Amsyar marahkan saya sungguh-sungguh. Sampai sanggup menyakiti tubuh saya. Saya langsung tak sempat nak jelaskan semuanya. Tiba-tiba tuduhan demi tuduhan menimpa saya. Saya sedih sangat bila dia hina saya. Sampai
ke hari ni… luka dan parut itu masih terkesan dalam diri saya.”
.
“Dia dah betul-betul menyesal dengan apa yang pernah dia lakukan pada awak.” Terungkap sebuah kebenaran. Ya, aku difitnah! Dan orang yang menaburi fitnah itu adalah mama, ibu mertuaku… Ibu
kepada suamiku…
.
“Maafkan… memaafkan seseorang itu adalah sesuatu yang paling indah, Dania. Keindahan yang akan kita bawa seumur hidup kita. Di dunia… dan juga akhirat kelak.”
.
          
.
Hmm… kemaafan adalah suatu anugerah yang terindah. Dua tahun… aku memendam segala kemaafan. Aku memendam segala kebencian dan kemarahan. Aku memendam sebuah dendam yang mendalam.
Dan diakhirnya… segala dendam itu sudah terlerai. Segala kemaafan itu sudah diluahkan. Segala kebencian dan kemarah itu sudah dihapuskan. Ya… kemaafan adalah dendam yang paling indah.
.
Di dalam lautan yang terbentang luas itu, dia melihat senyuman suaminya. Terima kasih segalanya, suamiku… Kerana menerima dengan seadanya. Kerana memberi dengan seikhlasnya. Kerana menyayangi isteri dan anakmu dengan sepenuh hati… Hanya dia… Arsyad bin Aizril.
Senyuman terukir indah di bibirnya. Melihat isterinya yang sedang termenung itu, ada sahaja ideanya untuk mengusik.

Perlahan derap langkahnya diatur mendekati isterinya. Oh, ralit betul duk pandang laut tu kan? Entah apa yang ada dalam laut tu?       
.
bersambung ...

Perempuan Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now