.
“Sayang… buat apa?” Pinggang isterinya diraih dari belakang.
Pantas Dania menoleh ke belakangnya.
.
“Abang!! Terkejut Nia!”
Dia sudah tergelak besar.
.
“Itulah… termenung sangat! Hmm… kat laut tu ada gambar muka abang ke? Abang tengok Sayang macam syok gila pandang laut tu!” Dania tergelak besar. Ya, abang… Ada gambar abang yang sedang senyum dengan seikhlasnya… “Eee... perasannya mamat ni?”
.
“Jom duduk situ?” Dia mengajak isterinya duduk di atas sebuah bangku yang menghadap laut. Indah sungguh permandangan ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa ini! Sangat mendamaikan! Sangat menenangkan!
.
“Abang nak cakap apa?” Dia bersuara sebelum suaminya memulakan baris ayatnya. Seraut wajah itu menggambarkan bahawa suaminya itu seperti ingin meluahkan sesuatu kepadanya. Dania menghulurkan senyuman.
.
Dia tergelak kecil. “Ai… macam tahu aje?” Dania mencebik sambil menjungkitkan kedua belah bahunya. Main agak aje sebenarnya. Padangan kembali dihalakan ke arah lautan yang membiru itu.
.
“Masa arwah abang cakap yang dia dah ceraikan Sayang tu, abang rasa menyesal sangat Sayang.” Dia meluahkan kekesalannya. Ya, dia sangat menyesal dengan apa yang dah berlaku kepada isterinya itu.
Dania mengerutkan dahi sambil memandang suaminya. Dia yang menyesal?
.
“Kenapa pulak abang yang menyesal?” Lelaki itu menganggukkan kepalanya perlahan. .
“Sebab abang rasa rugi sangat… Sangat-sangat rugi bila melepaskan seorang perempuan bidadari syurga seperti sayang.” Dania tergelak perlahan. Dah lama dia tak dengan panggilan macam tu. Dulu… hanya arwah Amsyar yang memanggilnya
dengan panggilan itu.
.
“Kenapa abang masih nak panggil Nia dengan panggilan tu?”
.
“Sebab abang rasa… Sayang memang layak untuk mendapat gelaran tu. Sebab Sayang adalah sebaik-baik perempuan yang
pernah abang temui. Sayang tahu..?” Soalnya sambil memandang isterinya.
.
“Tahu apa?”
.
Senyuman dihulurkannya. “Sayang ingat tak hari pertama abang balik dari Sedney tu?” Dania menganggukkan kepala.
.
“Hmm… kenapa dengan hari tu?”
.
“Abang sampai rumah mama dalam pukul empat pagi. Lepas tu abang rasa lapar sangat. Abang turun dapur, makan. Dah sudah makan tu abang panjat tangga nak balik ke bilik Di anak tangga terakhir abang dengar suara seorang perempuan
mengalunkan bacaan suci Al-Quran. Mula-mula abang pelik sangat!”
Berkerut dahinya memandang suaminya. Tak pelik pun? Ucapnya di dalam hati.
.
“Apa yang pelik?”
.
“Setahu abang… kat rumah tu tak ada orang perempuan lain selain mama. Dan mama tak pandai baca Al-Quran. Bila abang dengar betul-betul, suara Sayang merdu sangat sampai terkesan dalam lubuk hati yang paling dalam. Bacaan yang sangat lancar. Abang cari dari arah mana suara itu. Bila abang pandang bilik Abang Amsyar, masa tu barulah abang ingat yang Abang Amsyar dah kahwin. Rupa-rupanya isteri Abang Amsyar yang baca Al-Quran di subuh hari.” Bila tersenyum lagi bila mengingatkan tentang peristiwa itu.
.
bersambung ...
YOU ARE READING
Perempuan Bidadari Syurga
Teen FictionKau curang dengan aku Dania! Aku benci kau! Mulai saat ini bersaksikan mama aku... aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ini, aku haramkan kau pijak rumah ni! Berambus!!" Lantang suara itu bergema di dalam rumah agam itu. . "Abang jan..." B...