Jangan biarkan akar Syajaratun tercabut dari bumi yang Quddus dan bertuah ini.

12 2 0
                                    

Wahai pewaris tercinta
Kita adalah yang terpilih bertuah
Yang sempat berteduh di langit aman
Zaman baru yang dibawakan oleh orang terdahulu
Dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah
Di tanah merdeka abadi kita.

penyambung warisan yang bijak bestari
Ini tanah Quddus perjuangan orang terdahulu
Yang bersumpah setia memartabatkan bangsa, mendamaikan tanah air, membina kebebasan dan membangunkan mahligai merdeka yang kita diami.

Inginku sedarkan, jangan biarkan akar Syajaratun tercabut dari bumi yang Quddus dan bertuah ini.
Hidup generasi pejuang sepanjang zaman!

Pada zaman dahulu kalah
Pabila penjajah menjejakkan kaki di tanah Malaya
Keris senjata Hulubalang Malaya
Sedia dihunus jika rakyat setitik berdarah.

Melayu bahasa ibunda
Padi perlu ada di medan perang
Sebagai alas perut perwira
Kubu tubuh yang tabah untuk dipertahankan.

Tunku Abdul Rahman memberi tarikh 31 Ogos 1957 sebagai kemerdekaan
Anak muda perlu masa untuk gagah
Sedangkan perang tidak disangka bila tercetusnya lagi.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!


-31Ogos1957
-Kemerdekaan
-sehati sejiwa

Luahan Hati seorang HambaWhere stories live. Discover now