Minggu ini balik bermalam bagi pelajar asrama. Habis je sekolah, terus Aqma naik asrama untuk packing. Semangat tu mau ada lah!
"Kau ni, kalau ya pun sabarlah. Kang jatuh nanti.."tegur Izzati sewaktu menaiki tangga.
"Aku tak sabarlah, ti.. dah dua bulan dah aku tak tengok muka mak aku."jawab Aqma."Yela.. jalan tu biar slow lah sikit. Nanti jatuh macam mana?"ujar Izzati.
"Hmm. Yelah, aku jalan slow. Tengok ni hah!" Aqma memperlahankan kakinya perlahan seperlahan-lahannya. Sengaja. Izzati mencebik.
"Saja lah tu! Nak ejek aku.."ujar Izzati.
"Ishh dahlah," Aqma memahut bahu Izzati menuju ke bilik setelah berada di tingkat teratas.
Setelah sampai di bilik, Aqma terus menyerbu katilnya lalu baring di atasnya.
"Eh, asal baring lagi? Bukan kau nak balik tadi ke?"tegur Izzati sambil membuka stokin di birai katilnya.
"Lambat lagi.. pukul 5 baru balik,"jawab Aqma sambil tangannya diletak pada dahi dengan matanya yg tertutup.
"Laaa.. lambat lagi rupanya,. Habis yang kau tergesa sangat tadi tu kenape?,"
"Aku nak baring atas katil ni je sebenarnya.. penat,"jawab Aqma.
Izzati tergeleng. Tubuh dibaringkan ke atas katil.
"Tak lari pun katil tu,"ujarnya. Suasana senyap seketika.
"Zati," panggil Aqma.
"Hmm."sahutnya.
"Aku rasa macam nak berhenti sekolah je tau."ujar Aqma.
"What? Kau gila? Takkan kau nak berhenti sekolah dalam umur 16 tahun?"soalan ditanya bertalu-talu bagaikan peluru yang ditembak berdas das.
"Tak.. aku kesian je dekat mak aku kat kampung. Lagipun dia dah tua, mana dapat kerja lagi. Kalau dia sakit nanti sape yang nak jaga? Anak dia pun aku sorang je." Kini Aqma bertukar posisi kepada duduk pula.
Izzati pun mengikuti laku Aqma.
"Disebabkan tu lah kau disuruh sekolah, Aqma. Mak kau perlukan kau untuk jaga dia bila dia dah tua nanti. Senang sikit sebab kau dah ada kerja, dapat lah kau bagi dia makan, minum, rumah.. kau taknak tengok dia bahagia ke?"nasihat Izzati.
"Hmm. Aku pun tak tahulah zati,"Aqma menarik nafas panjang. Tambah-tambah lagi sekarang ibunya dalam kampung tengah sakit teruk. Gelisah tu hanya Allah je tahu.
_"Mana bas ni, kang aku tak sempat balik rumah nanti macam mana.." Aqma menilik jam di tangan. Sudah masuk 6.30 petang.
Dah masuk maghrib ni. Tapi takpe, Aqma pun masih dalam tawanan Jepun. Cuti-cuti Malaysia lah katakan.
"Eh, awak belum balik?"tegur seorang lelaki tiba-tiba muncul.
"Eh, terkejut saya. Belum lagi, tengah tunggu bas tak sampai-sampai."jawab Aqma. Ya Allah budak ni lagi..
"Oh.. rumah awak dekat mana?"tanya Azrul.
"Err..." takkan aku nak bagitahu mana aku tinggal kat sembarangan orang. Bahaya,.
"Err.. rumah dekat kampung."jawab Aqma akhirnya.
"Ohh.." jawab Azrul. Tahulah dekat kampung, tapi kampung mana? takpelah, 'ooh'je lah.
"Awak bukan pelajar harian ke?"tanya Aqma sekadar berbasa -basi.
"Ya,"jawab Azrul.
"Kenapa tak balik lagi? Jam dah lewat dah ni."kata Aqma sambil menilik jam nya.
"Saya ada kelas tadi sampai pukul 6. Sekarang ni tengah tunggu parents la," jawab Azrul.
Pada masa yang sama, sebuah kereta BMW 525i sampai di hadapan sekolah.
"Parents saya dah datang. Saya balik dulu lah. Assalamualaikum." Azrul bangun lalu mengambil beg sandangnya dan keluar menuju keretanya.
"Waalaikumusalam.."Aqma menjawab salam itu. Tanpa disedar, Aqma sudah tergeleng-geleng.
"Uuu mak ai.. besarnya kereta.. Anak orang kaya rupanya."komen Aqma sambil menghantar pandangan ke arah kereta sehingga hilang kelibatnya.
_"Ah? Kenapa pulak kitaorang kena pindah ma?" Ujar Aiman, si abang tidak puas hati. Azrul yang duduk di sebelahnya hanya diam.
"Papa dengan mama kan kena overseas selama 4 tahun dekat German, tak kan nak tinggalkan kamu berdua dekat sini 4 tahun. Gila?" Ujar Tan Sri Suhaili sambil mendepakan sebelah tangannya di atas sofa.
"Takpelah, Aiman dengan Azrul kan dah besar. Kami pandai jaga diri," dengan selamba Aiman mengemukakan pendapatnya yang begitu bernas.
"Kalau dah besar tapi akal tak pandai nak pakai pun tak guna juga. Tengok, belum pergi lagi Aiman dah bagi pendapat yang tak bernas. Nanti bila mama dengan papa takde dekat sini, kamu berdua nak makan ape? Nak harap kamu berdua masak?" Panjang lebar si ibu membebel. Kau hambek lah,.
"Alaa, mama upahlah pembantu dekat rumah ni.. kan senang?" Ujar Aiman.
"Abang, tak payah lah cam tu sangat.. ikut je lah apa diorang cakap," Azrul yang sedari tadi diam bersuara kerana tidak senang dengan perlakuan Aiman.
"Takde takde. Ikut je apa papa cakap. Mulai minggu depan kita gerak pergi German. Dan berpindah di sana."ujar si ayah. Aiman menayang muka tidak puas hati.
"Aiman, ikut je. Jangan melawan." Tegur si ibu.
"Hmm, ye." Jawab Aiman lemah.
"Mama, kita dekat sana berapa lama?" Tanya Azrul pada ibunya.
"Kan papa dah cakap tadi,. Kita dekat sana 4 tahun."jawab si ibu. Wajah Azrul berubah kendur.
"Kenapa? Kamu pun nak melawan juga?" Tanya si ayah. Cepat-cepat Azrul menggelengkan kepalanya.
"Eh, tak. Azrul ikut je." Jawab Azrul. Sebenarnya, Azrul tu pun tak suka dengan keputusan ayahnya untuk berpindah ke German.
Tapi Azrul tak berani membangkang. Lainlah kalau abang dia, ade je benda yang nak dibangkang.
"Baguslah,. Ini demi syarikat papa. Bukan papa saja2 pindah dekat sana, papa pun ada kerja. Cari duit untuk bagi makan kamu semua. Kalau papa takde duit, papa nak bagi apa dekat kamu? Kamu berdua nak makan batu masak kicap?" Sempat lagi si ayah berloyar buruk. Ade ke orang nak makan batu masak kicap?
"Kalau batu tu boleh dimakan, dah lama Aiman dengan Azrul makan batu pa.. tak payah makan dekat restoran mahal, minum Starbuck tu semua." Aiman pun sama ikut loyar buruk.
Antara mereka berdua, Aiman lah yang ikut perangai ayah. Azrul tak sangat, dia pendiam.
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
أدب المراهقينBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?