Chapter 5

5.1K 192 1
                                    

"Weh betul ke kau nak pindah?" Tanya Haziq. Azrul hanya mengangguk.

"So, abang kau pun sama?"tanya Haziq.

"Ye lah. Tak kan nak tinggal dia sorang dekat sini?"

"Oohh.. Pindah dekat mana?"

"German."

"Makk ai.. jauhnya."komen Haziq.

"Nak buat macam mana, dah papa aku ada kerja dekat sana."Jawab Azrul.

"Kalau kau pindah nanti, jangan lupakan aku tau. Kita kan dah lama kawan,"ujar Haziq.

"Tak,. Aku akan ingat kau sampai bila-bila. Sebab kau lah aku tak rasa sunyi. Tapi ada satu benda lah yang aku kagum dekat kau ni Ziq."

"Apa dia?"

"Tahan jugak eh kau dengan aku ni. Aku ni kan pendiam, kau tu banyak mulut. Kau tak bosan ke cakap dengan aku?"

"Taklah, aku suka sembang dengan kau. Sebab bila aku bercakap takde orang nak menyampuk."jawab Haziq.

"Aku pun sedih ah nak pisah dengan kau.." Azrul meletakkan tangannya di bahu Haziq.

"Aku pun sama," Haziq pun meniru gaya Azrul dengan meletakkan tangnnya di bahu Azrul.

"Hoi, gay ke apa? HAHAHHAHAHA," meletus ketawa pelajar-pelajar lain yang melihat aksi Azrul dan Haziq.

"Hoi takdelah!" Ujar Haziq.

"Husnudzon,."sampuk Azrul.

Seminggu selepas Azrul berpindah~

"Mana pergi budak tu ah?"tanya Aqma pada Izzati.

"Budak mana?"tanya Izzati semula.

"Budak yang aku selalu cakap tu lah, takkan kau tak ingat," Izzati terdiam sekejap. Mengingat kembali gerangan yang dimaksudkan.

"Budak yang tingkatan 3 tu ke?"

"Haah."

"Betul tu, aku pun jarang nampak dia minggu ni. Eh, kau perasan tak Aiman pun sama takde."ujar Izzati.

"Ye tak ye eh.. apa masalah diorang sebenarnya?"

"Mana lah aku tahu,"jawab Izzati.

"Haii," tegur Haiza tiba-tiba.

"Haii.." serentak Aqma dan Izzati menjawab.

"Ape yang korang sibuk cakapkan ni?,"tanya Haiza.

"Budak yang aku selalu cakap tu, aku jarang nampak dia sekarang ni. Aiman pun sama."

"Laa.. korang tak tahu ke?"

"Tahu ape?"

"Diorang dah pindahlah.. kat German."ujar Haiza.

"Oohh.. patutlah,. Habis Aiman tu pe kes pulak?"tanya Izzati.

"Samalah, pindah. Dah adik-beradik, kena samalah."jawab Haiza.

"Aiman dengan dia adik-beradik ke??"tanya Aqma tidak percaya.

"Korang tak tahu jugak ke? Ya Allah, jauhnya korang ni. Memang diorang adik-beradik pun,"

"Ohhh.."serentak mulut mereka dd,,berdua membentuk 'O'.

"Tapi kan, perangai diorang jauh beza tau,"ujar Aqma sambil meletakkan jari telunjuk pada hidungnya berlagak seperti orang sedang berfikir.

"Kan? Jauh sangat,"Izzati menokok nambah.

"Selamat pagi cikgu,"lamunan mereka terhenti apabila terdengar geseran kerusi-kerusi menandakan guru mereka telah datang.
_

Gambar yang kemas berada di tangannya ditenung bagai hendak tembus. Tidak menyangka bahawa terasa sekejap saja dia menemui gadis ini.

Adakah masih ada peluang untuk Azrul bertemu gadis itu lagi? Nama pun belum tahu lagi, dah kena pindah sekolah. Kenapa Azrul tidak terfikir untuk bertanya nama gadis itu? Dahinya ditepuk berkali-kali.

"Asal lah kau tak tanya nama dia... ishh bodoh, bodoh,"gumamnya sendiri. Hmm. Azrul terdiam sekejap. Kemudian gambar itu diletak ke tepi.

Sudah seminggu Azrul berada di German. Dan selama itulah Azrul menaruh rasa rindu di hati. Azrul sudah betul2 jatuh cinta pada gadis itu.

Tapi kenapa dia tak perasan semua tu? Dia tak nampak ke aku selalu tegur dia, senyum kat dia. Tak perasan ke? Azrul berasa sedih tiba-tiba.

Dia mula memikir bukan2. Apa gunanya kalau aku mencintai dia, tanpa dia tahu akan perasaan aku? Rasa-rasanya cinta aku ni berbalas ke? Tak sia-sia ke kalau aku tunggu dalam jangka masa yang lama?

Azrul buntu. Dia risau kalau gadis itu terlebih dahulu diambil oleh lelaki lain. Bagaimana caranya aku nak dia tahu yang aku sukakan dia?

Sedangkan aku dah berada jauh darinya. Azrul hanya mampu berharap gadis itu akan menjadi miliknya yang sah suatu hari nanti.

Love You Mr. Under AgeWhere stories live. Discover now