"Akhirnya siap jugak" ucap Maera lantas menutup buku ditangannya. "Eh Maera, kau buat apa tu?" soal Seungcheol sambil menjengahkan kepalanya untuk melihat apa yg dilakukan gadis di depannya itu. Maera mencebik. "Kacau ah kau ni, dah pegi sana" halaunya. Seungcheol membuat muka tak puas hati. "Kau halau aku? Ok fine!" ucapnya sambil berpura-pura meninggalkan tempat itu.
Maera lantas mencapai tangan Seungcheol untuk memberhentikan niat lelaki itu. Dalam diam Seungcheol mengukirkan senyuman. "Alah kau ni macam budak kecik la. Sikit-sikit merajuk, tak padan dengan umur langsung" ucap Maera. Seungcheol mengambil tempat di sebelah gadis itu. "Ok aku tak merajuk, tapi dengan syarat aku nak tengok apa kau tulis dalam tu. Boleh?" ucap Seungcheol sambil jari telunjuknya diarahkan kepada buku di pegangan Maera. Maera menggeleng laju. "Andwae, ada banyak rahsia dan luahan hati aku dalam ni" balas Maera tenang.
"Kedekut la kau ni, sekejap je please" ucapnya lantas merampas buku di pegangan gadis itu dan bangun berdiri. Maera yang terkejut lantas berdiri dan ingin merampas kembali buku di tangan Seungcheol. Ketinggiannya yang lebih 20 inci dari gadis itu memberinya kelebihan dalam perebutan tersebut. Seungcheol lantas memalingkan tubuhnya dan mula membuka buku itu.
Maera menghalang dengan tangannya tetapi tetap tidak berjaya. Terlihat akan lukisan Maera yang cantik itu, membuatkan dirinya lupa untuk mempertahankan buku itu dari dirampas oleh pemiliknya. Sedar bahaya akan luahan dan rahsianya yang ditulis di dalam buku tersebut, Maera lantas membuat bunyi seakan-akan mahu menangis. Seungcheol yang mendengar lantas memalingkan wajahnya ke arah Maera.
Hatinya tersentuh melihat muka gadis di hadapannya yang bakal mengalirkan air mata itu. "Alah kau ni aku melawak je lah, nah ambik buku kesayangan kau ni" lelaki itu memulangkan buku ditangannya kepada Maera. Maera sudah mengukirkan senyuman. Seungcheol tergelak kecil melihat rakannya itu.
"Dah jom aku belanja hot coffee" Seungcheol tersenyum memandang Maera. "Kul!" jawab Maera gembira. Mereka berjalan beriringan ke cafe berdekatan. Seungcheol mengangkat tangannya untuk memeluk bahu Maera, tapi dia menurunkan kembali tangannya. Dia bersiul untuk menghilangkan rasa janggal.
##
Setelah selesai membayar minuman tersebut mereka lantas pulang ke rumah. Niat untuk menghabiskan minuman di cafe itu dibatalkan apabila mereka menyedari hari sudah lewat petang.
"Esok kau pergi tak event yang dekat rumah Jisoo. Aku dengar ramai classmate kita yang pergi" suara dari gadis kecil itu terdengar. Seungcheol menggeleng. "Entah la, kalau tak busy aq pergi la. Kenapa, kau pergi ke?" soalnya kepada Maera. "Aku nak pergi dengan Sohye dan Yeri, tapi diorang tak lalu depan rumah aku. So diorang tak dapat drop nak ambil aku" ujar Maera. Seungcheol kembali berdiam. "Aku ingat tak nak pergi sebab tak ada partner" ucap gadis itu lagi. Seungcheol kekal diam.
"Aku masuk dulu lah" ujar Maera sesampainya mereka di rumahnya. Seungcheol tersentak, lamunannya membuatkan dia tidak menyedari di mana mereka sekarang. Melihatkan Seungcheol yang kekal berdiam, Maera melangkah perlahan memasuki rumahnya. "Aku tunggu kau pukul 4 esok dekat rumah. Lambat aku pergi dengan Jeonghan" kata-katanya membuatkan langkah Maera terhenti. Dia lantas berpaling melihat ke arah Seungcheol. Dahinya dikerutkan.
"Aku cakap tentang event dekat rumah Jisoo" terang Seungcheol sambil menatap mata Maera. Gadis itu mengangguk kecil lantas tersenyum. "Ok. Nanti aku hantar chat kalau aku dah siap" balas Maera. Seungcheol tersenyum. "Okay aku balik dulu lah. See you tomorrow Mayla Park" balas lelaki itu sambil memulakan langkahnya. Maera membalas dengan lambaian singkat kepada Seungcheol. Dia kembali melangkah memasuki rumahnya dengan senyuman lebar di bibir. Bahagia mungkin?
YOU ARE READING
Heartbeat (Oneshot)
Short StoryJust a short story that was created by my friend for me 😊