Kenangan Perang

14 0 0
                                    

"Eh korang, jangan lupa, malam esok datang rumah aku." kata Haris kepada Ahmad, Irfan dan Khairul. "Kenapa ?" tanya Ahmad, lupa barangkali. "Lusa kan aku dh nak pergi. Adalah majlis sikit." kata Haris. "Kau kata nak 'pergi' tu mcm selamanya pulak." kata Irfan pula. Mereka tergelak kecil.

"Kalau ajal belum tiba, ada lagi majlis yg korang kena hadir. Klau korang tk dapat kad undangan dari aku, aku harap korang sedekahkan al-Fatihah buat aku." kata Haris. Dalam maknanya. "Aku harap, banyak lagi majlis yg kau akan buat. Nasi minyak kau, aku belum rasa lagi. Itu majlis yg aku tunggu." kata Khairul. Mereka tergelak lagi.

"Mak, abah, Haris pergi dulu. Kalau umur Haris panjang, kita berjumpa lagi. Kalau tidak, mak abah doakan Haris semoga tenang." kata Haris. Sekejap sahaja lagi, trak tentera akan datang mengambilnya.

"Haris, mak doakan yg terbaik. Kalau yg terbaik adalah untuk kau tidak pulang, mak redha. Tapi, cubalah sedaya upaya nak. Pertahankan tanah air. Jangan biarkan tanah ini jatuh ke tangan yg salah." kata Puan Hasimah menangis teresak-esak sambil memeluk anaknya itu.

"Abah pun doakan yg terbaik. Macam yg mak kau cakap, abah juga akan redha. Kalau kau jatuh, bangkit nak. Banyak lagi cabaran yg perlu kau tempuhi. Jadikan diri kau sebagai idola adik-adik. Abah bangga miliki anak seperti kau." kata Encik Anuar pula.

"Angah, jaga mak, abah, achik dengan adik elok-elok. Kalau aku tak kembali, kau jangan sedih. Aku selalu ada cuma kau tak nampak. Jangan sibuk nak bercinta. SPM bagi lepas dulu. Nanti kau akan pikul tanggungjawab yang lebih besar. Tabah ye ngah ?" kata Haris kepada Hairul, anak kedua Encik Anuar dan Puan Hasimah merangkap adiknya.

"Along, jaga diri kat sana. Solat semua jangan tinggal. Kalau keadaan dh kritikal, berdoa kepada yg Maha Menguasai. Jangan risau, kau pergi jalankan amanah sebagai seorang askar. Biar aku galas tanggungjawab kau buat sementara waktu." kata Hairul.

Haris memeluk erat Hazwan a.k.a achik dan Helmi a.k.a adik. Haris tahu yg Hazwan dan Helmi masih tidak faham apa situasinya sekarang. 'Semoga kau membesar menjadi orang yg berguna.' kata hati Haris untuk adik-adiknya itu.

"Mad, Ipan, Khai, aku mintak korang tolong tengok-tengokkan keluarga aku kat sini. Kalau ada yg kekurangan, bantu lh dulu. Insyaallah nnt aku pulang, aku ganti." kata Haris sambil bersalam dengan 3 rakannya itu.

"Jangan risaulah Haris. Percayakan kitorang. Pergi berjuang bersungguh-sungguh." kata Khairul mewakili Ahmad dan Irfan.

Sebaik sahaja selepas bercakap dengan 3 rakannya itu, trak tentera tiba. Haris memeluk Puan Hasimah, Encik Anuar dan adik-adiknya buat kesekian kalinya. Trak mula bergerak. Haris melambai kepada semua orang yg berkumpul di halaman rumahnya.

"Ramai yg menghantar kau." kata Sufian, rakan sepasukannya. "Mereka sayangkan aku. Bukan macam kau." balas Haris sambil tertawa. Itulah cara mereka bergurau. "Kau mana pernah naik trak ambik aku kt rumah. Satu daerah berkumpul nak hantar aku." kata Sufian pula. Mereka berdua tergelak. Perjalanan ke kem diteruskan.

Di kem.

"Kau pergi mana tadi Pian, aku cari tak jumpa." kata Haris sambil berbaring di atas katilnya. "Aku pergi tulis surat lah. Pagi tadi kan aku miss." kata Sufian. "Esok kita dh nak pergi." kata Haris. "Esok kita dh nak berjuang." kata Sufian pula. "Demi negara." sambung Haris. "Demi bangsa." kata Sufian. "Dan agama." serentak Haris dan Sufian berkata. Mereka berdua tergelak.

"Tuan, komander panggil." kata Idham, rakan sepasukan mereka yg lebih muda. "Sape ? Aku ke Pian ?" tanya Haris. "Dua-dua tuan." kata Idham. "Ok. Terima kasih Idham." kata Haris lagi. Odham berlalu pergi.

"Masuk." kedengaran Komander Kamal berkata dari dalam sebaik sahaja Sufian mengetuk pintu pejabatnya. "Tabik !" kata Sufian sambil mengangkat tabik. Haris mengikut pergerakan Sufian. Setelah Komander Kamal menjatuhkan tabiknya, Sufian dan Haris juga berbuat demikian.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 05, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kenangan Perang Where stories live. Discover now